DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 14
Eryna Sufia nekad. Notis dua puluh empat jam harus dihantar pada hari ini juga. Dia tidak kisah kalau dengan notis itu dia perlu menjelaskan bayaran sebulan gaji seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian awal ketika dia mula berkerja dahulu. Dirinya sudah tidak betah berada di situ. Tidak sanggup lagi mahu mengadap muka dua orang lelaki yang telah berjaya membuatkan dia terseksa begini.
Semalam puluhan panggilan malah SMS yang diterimanya daripada Fikri langsung tidak dijawab dan dibalasnya. Bukan lelaki itu mahunya. Dia mahu Fakhrul Razi memujuk dan mengakui cintanya tetapi ia Cuma satu pengharapan yang sia-sia.
Bangun pagi tadi, dia terus nekad untuk melupakan rasa cinta untuk lelaki itu. Lama dia berdoa di atas sejadah tika habis solat subuh tadi. Mohon ALLAH berikan dia kekuatan dan ketabahan untuk melupakan lelaki bernama Fakhrul Razi itu.
Ketika notis itu diserahkan kepada Miss Suzanne, nyata wanita berusia lewat tiga puluhan itu terkejut. Notis itu tidak diterima oleh ketuanya itu. Sebaliknya Miss Suzanne memberikan Eryna Sufia cuti selama seminggu. Dia mahu gadis itu memikir semasak-masaknya. Kalaulah gadis itu tidak muncul selepas seminggu, barulah notis berhenti kerja itu akan diterimanya.
Mahu melawan kata-kata ketuanya yang bagaikan satu arahan itu dia tidak berdaya. Terpaksalah dia mengangguk sahaja. Sunyi sepi ruang kerja bahagian itu bila Eryna Sufia keluar daripada bilik Miss Suzanne. Ketika Eryna Sufia berada di dalam bilik ketua mereka, sempat mereka berempat mencuri dengar perbualan kedua-duanya. Sebaik sahaja perbualan itu bagaikan sudah berakhir, cepat sahaja mereka melangkah ke tempat masing-masing.
�Kau okey tak ni?� Soal Atikah setelah berdiam diri. Semalam dia tidak berkesempatan bertanya apa-apa kepada gadis itu walaupun dia sudah tahu cerita sebenar daripada Fikri. Mahu memberi ruang untuk bersendirian kepada Eryna Sufia.
�Aku okey jer. Jangan risau.�
Tiga orang lagi rakan sekerjanya sekadar menjadi pemerhati. Selepas Eryna Sufia beredar nanti, mereka akan bertanya kepada Atikah.
Langkah Eryna Sufia yang berlalu meninggalkan mereka dipandang lama. Ada rasa simpati bertaut ditangkai hati masing-masing. Walaupun mereka tidak tahu sangat tentang duduk perkara apa yang berlaku, Robert, Stella dan Mei Chin dapat mengagak sebabnya.
Lif yang dinaiki Eryna Sufia berhenti di tingkat dua. Cepat-cepat sahaja dia menekan butang tutup tetapi pintu lif itu tetap terbuka. Dia tidak mahu kalau-kalau yang menunggu lif itu adalah Fakhrul Razi mahupun Fikri. Susuk seorang wanita berkemeja merah hati melegakan dirinya. Mereka berbalas senyuman.
�Tak kerja ke?� Soal wanita yang baru memasuki lif tersebut.
"Tak. Cuti.� Ringkas sahaja jawapan Eryna Sufia.
Perbualan itu berakhir di situ. Lega Eryna Sufia. Tidak perlulah dia membuka mulut untuk bercakap. Sebaik pintu lif terbuka terus sahaja Eryna Sufia melangkah ke keretanya. Seketika kemudian keretanya di pandu terus pulang ke rumah.
Cemas Atikah apabila panggilannya kepada Eryna Sufia dijawab oleh seorang lelaki dan bertambah cemas bila lelaki itu memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Jantungnya berdegup kencang bila anggota polis itu memberitahu Eryna Sufia terlibat di dalam kemalangan dan bunyi siren ambulan itu menambahkan kekalutan dirinya.
Selepas anggota polis itu memberitahu Eryna Sufia dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh terus sahaja Atikah meletakkan gagang telefon. Hatinya memang tidak tenang sedari awal gadis itu meninggalkan pejabat lagi. Tidak di sangka perasaannya itu bukan mainan.
Setelah memberitahu Suzanne, bergegas dia dan Robert ke hospital. Mei Chin, Stella dan Miss Suzanne terpaksa mengendalikan mesyuarat bersama Bahagian Promosi.Di tingkat bawah Atikah bertemu Fakhrul Razi yang sedang menunggu lif. Lelaki itu berpakaian biasa sahaja. Berseluar panjang berwarna krim dan berbaju t-shirt hitam.
�You tunggu I kat kereta sekejap. I nak cakap dengan Fakhrul.�
Robert sekerjanya mengagguk sahaja. Sebaik keluar terus Atikah menarik tangan Fakhrul Razi. Fakhrul Razi harus tahu perkara ini.
�Fakhrul, Eryna accident.�
Rona wajah lelaki itu berubah mendadak.
�Betul ke ni?�
�Betullah, Tak kan perkara macam ni pun saya nak tipu?!�
�Fikri dah tahu?� Kerisauan yang jelas terpancar dari wajah lelaki itu cuba disembunyi dengan sebaik mungkin. Cuba bertenang walaupun tutur katanya juga sudah bergetar.
�Tak. Saya belum call dia lagi. Family Eryna pun belum call.�
�Awak call lah Fikri dengan keluarga dia. Saya ada hal nak jumpa Tuan Murad.�
Terbeliak mata Atikah mendengar kata-kata Fakhrul Razi. Geram dan sakit hati bercampur menjadi satu.
�Kenapa dengan awak ni Fakhrul? Awak tak ada perasaan ke? Tak kesian dengan Eryna tu?�
�Nanti saya call awak.�
Fakhrul Razi terus memasuki lif yang sudah terbuka. Mendengus kasar Atikah. Ikutkan hati mahu disepak-sepak lelaki itu. Sampai begitu sekali mahu menjauhkan diri daripada Eryna Sufia! Langsung tak ada simpati.
�What happen?� soal Mei Chin sebaik sahaja Atikah menghampirinya.
�Tak ada apa-apa. I tak faham kenapa Eryna boleh jatuh cinta dengan lelaki macam tu!�
Mei Chin tidak terus bertanya. Kemarahan Atikah itu ada benarnya. Sikap Fakhrul Razi terlalu dingin.
Mei Chin yang bertindak sebagai pemandu terus memandu ke Hospital Sungai Buloh. Manakala Atikah menghubungi keluarga Eryna Sufia dan Fikri.
Keadaan Eryna Sufia tidak parah. Dia Cuma mengalami mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kirinya.
�Fakhrul tahu aku masuk hospital?� tanya Eryna Sufia lemah kepada Atikah selepas dua hari dia berada di hospital. Kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan sedangkan kebanyakan rakan sekerja walaupun berlainan jabatan datang melawat.
�Tau lah kot. Dahlah Ryn, kau tak payah fikir pasal dia lagi. Fikri tu dah banyak berubah�
Sakit hati Atikah bila memikirkan Fakhrul Razi. Lelaki itu menghubunginya malam tadi. Bertanyakan perihal Eryna Sufia. Selepas diberitahu gadis itu Cuma patah kaki dan sedikit kecederaan di kepala sahaja, lelaki itu mematikan panggilan. Batang hidungnya langsung tidak kelihatan.
�Sampai hati dia buat aku macam ni.�
�Yang kau nak menangis pasal lelaki tu buat apa? Dahlah Ryn, kesian pulak aku tengok Fikri tu. Memang salah dia tapi bagilah dia peluang. Dia betul-betul sayangkan kau.�
�Tapi hati aku tak ada pada dia,Atie!�
�Mana nak ada kalau semuanya dah kau beri pada Fakhrul. Sekali ni Ryn, aku minta tolong dengan kau jangan seksa diri kau sebab lelaki yang tak nak mengaku dia cintakan kau tu! Kau dah ada Fikri. Aku tengok dia layan keluarga kau dengan baik walaupun kau bersikap dingin dengan dia. Dia bukan lagi Fikri yang annoying macam dulu.�
Air mata Eryna Sufia sudah mengalir. Susuk tubuh Fakhrul Razi jelas terbayang di ruang mata. Nyata dia gagal untuk membuang perasaanya untuk lelaki itu.
�Jangan fikir lagi okey?! Aku tak mahu bercakap soal ni lagi. Nanti Fikri dengar macam mana?�
Eryna Sufia diam tidak menjawab. Air matanya di kesat dengan hujung baju yang dipakainya.
Badariah yang mengetahui Eryna Sufia di masukkan ke hospital dek kemalangan ketika dia menghubungi temannya itu, terus dia bergegas ke hospital.
�Terima kasih sudi datang, Bada. Aku okey je ni. Tak ada apa-apa yang teruk pun.�
�Alhamdulillah. Lega aku. Aku ingat kau teruk sangat. Abang aku pun tak cerita apa-apa pun!�
�Dia nak cerita apa pada kau kalau dia pun tak sudi tengok aku.� Eryna Sufia tergelak walaupun kata-katanya tidaklah lucu.
�Ryn, aku minta maaf bagi pihak abang aku ya?! Aku nak kau tahu sesuatu tapi kau jangan risau aku tak akan minta kau terus cintakan abang aku.�
�Tahu apa?�
�Abang aku ada beritahu aku yang emak kau datang jumpa dia. Minta jangan berkawan dengan kau lagi.�
�Jadi sebab itulah dia mengelak dari aku?� Belum sempat Badariah melanjutkan cerita Eryna Sufia sudah mencelah. Malam sebelum kemalangan itu Eryna Sufia ada menghubungi ibunya. Menyatakan rasa sedih dan terkilan akan sikap ibunya itu.
�Memang itu penyebabnya. Sebelum ni, abang aku pernah bercinta. Perempuan tu cantik dan sempurna macam kau. Perempuan tu memang baik sebab dapat menerima segala kekurangan abang aku tapi keluarga dia tak restu. Emak dan bapak perempuan tu datang rumah Mak Su aku maki hamun abang aku dengan kata-kata hina tapi abang dengan perempuan tu tetap nak teruskan. Masa tu abang aku fikir lama kelamaan mungkin satu hari nanti keluarga perempuan tu akan terima dia. Macam-macam abang aku buat untuk dapatkan restu keluarga perempuan tu tapi sia-sia. Sebaliknya keluarga perempuan tu cari jalan nak pisahkan dorang. Siap emak dia cakap, kalau pilih abang aku, perempuan tu tak akan dapat sesen pun harta pusaka keluarga dan bukan anak dia. Tapi perempuan tu tetap mahu bersama abang aku sehingga mereka terlibat kemalangan jalan raya yang mengorbankannya nyawa perempuan tu. Kemalangan tu berlaku hari ulang tahun perhubungan mereka dan kemalangan tu disebabkan mereka dikejar samseng yang diupah keluarga perempuan tu. Abang aku jadi trauma dan fobia, Ryn. Sejak tu dia tutup pintu hatinya untuk bercinta. Aku rasa sebab tu juga dia tak mahu mengakui cinta dia terhadap kau. Dia takut pengakhirannya kau jadi macam perempuan tu. Sebab tu dia terus menerus menafikan perasaan dia pada kau sedangkan aku tahu dia cintakan kau!�
Panjang lebar Badariah bercerita. Suaranya sudah berbaur sendu. Mana mungkin dia dapat melupakan peristiwa yang membuatkan abangnya itu bagaikan hilang semangat hidup dan kini dia melihatnya semula situasi itu. Kakaknya menghubungi dia dua hari lepas memberitahu tentang perubahan Fakhrul Razi.
�Keluarga aku tak sekejam tu, Bada!� tegas Eryna Sufia. Perasaan marah dan geramnya terhadap Fakhrul Razi beransur hilang. Bertukar simpati menggunung.
�Itu kata kau, Ryn. Mungkin juga keluarga kau tak sekejam tu tapi aku tak rasa abang aku sanggup ambil risiko dengan apa yang pernah berlaku sebelum ni.�
�Aku sayangkan dia, Bada.� Jujur Eryna Sufia mengakui perasaannya. Tiada langsung rasa malu kerana membuat pengakuan itu. Kalau dia tidak mengakuinya pun dia pasti Badariah tahu akan hal itu.
�Aku tak tahu nak tolong kau macam mana, Ryn. Susah-susah sangat, kau culik je abang aku tu.. paksa dia nikah dengan kau!�
�Boleh ke macam tu?� Pandangan Eryna Sufia yang penuh pertanyaan itu membuatkan Badariah tergelak. Berkerut-kerut dahi Eryna Sufia melihat temannya itu tergelak. Lucukah soalannya?!
�Gila kau!? Tak pernah dibuat orang.�
�Orang tak pernah buat, aku buatlah! Susah apa?!�
�Jangan Ryn. Kau jangan buat gila. Kesian kat abang aku.�
�Kau tak kesian kat aku?�
�Kesianlah juga. Macam ni lah, nanti aku pujuk dia tapi kau mesti janji dengan aku, kau tak akan degil macam ni kalau keluarga kau tetap tak boleh terima dia.�
�Tengoklah macam mana. Terima kasih, Bada. Kau kawan aku dunia akhirat.�
�Eleh, sebab aku jer pun kan?!�
Mereka sudah ketawa lepas. Tanpa sedar ada sesusuk tubuh yang sedang mendengar perbualan itu dan orang itu adalah Fikri.
0 Response to "DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 14"
Post a Comment