PADA DETIK ITU...: BAB 22
Natrah terpisat-pisat menelek telefon bimbitnya. Kecil sahaja matany cuba menangkap nama yang tertera di skrin telefon. Akhirnya, baru butang jawab di tekannya dan telefon bimbitnya itu diletakkan di telinganya.
�Assalamualaikum��
�Waalaikumsalam�� longlai sahaja dia menjawab panggilan tersebut sedangkan orang yang di sebelah sana punyalah ceria.
�Tidur lagi ke?�
�Aah. Encik, yang tetiba telefon pepagi ni ada hal apa? Saya mengantuklah. Hari ini kerja pagi. Kalau ada apa-apa petang esok sahaja ya? Saya mengantuk ni.�
�Sayang, sudah pukul enam pagi ni. Bangun lah mandi sekarang, lepas tu solat subuh. Saya on the way ni.�
�Hah? On the way ke mana?�
�Ke rumah awak lah. Kita breakfast sama-sama. Dalam masa setengah jam saya sampai. Bangun ye sayang?!�
�Erm��
�Natrah�. Bangunlah. Jangan sambung tidur boleh? Nak sangat breakfast dengan awak ni. Takut esok-esok tak boleh nak breakfast bersama��
�Apa ni encik?! Mengarut kenapa?� terus segar-bugar Natrah jadinya mendengar kata-kata Idlan. Lelaki itu sudah tergelak perlahan. Sampaikan tersedar rakan sebiliknya yang lain.
�Sabarlah sayang.. saya belum habis cakap lagi dah potong cakap saya. Saya nak cakap takut tak dapat breakfast sama esok-esok kat luar. Yalah nanti kan dah jadi isteri saya.�
�Siapa pulak nak jadi isteri encik ni?�
�Awaklah. Dahlah sayang, awak pergi mandi dan solat. Nanti saya sampai saya SMS. Kalau tak keluar saya hon sampai jiran awak dengar.�
�Ugutlah tu�� suaranya kembali perlahan. Kuasa mengantuknya kembali diaktifkan.
�Mana ada ugutlah! Saya ingatkan jer� dah.. saya pun dah masuk dalam kereta ni.. dua puluh minit saya sampai.�
Natrah diam tidak menjawab. Otaknya bagaikan tidak mampu berfikir secara baik kerana sekarang waktu tidurnya. Jam telefon bimbitnya sudah di set pada pukul tujuh pagi. Hari ini dia �bercuti� solat jadi lambatlah jam telefon bimbitnya itu disetkan.
�Sayang� awak tidur ke?�
�Erm��
�Natrah� janganlah tidur. Pergi mandi ya? Lepas tu solat. Terus pakai uniform awak� lepas breakfast saya hantar ke hospital.�
�Erm��
�Natrah!�
Serentak dengan itu telinganya bingit menangkap bunyi lagu. Spontan dia menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Terus hilang segala kantuknya. Yang ada sekarang rasa geram terhadap lelaki itu.
�Apa ni? Boleh pekak tau buat macam tu!�
�Siapa suruh tidur balik.�
�Mana ada saya tidur!�
�Yalah tu. Pergi mandi cepat. Tak elok lewatkan solat.�
�Saya tak boleh solatlah!�
�Oh patutlah pun. Kalau macam tu mandi dan bersiap. Saya akan cuba sampai dalam lima belas minit.�
�Jangan nak mengada-ngada. Drive tu elok-elok sikit.�
�Sayang juga awak kat saya kan?�
�Banyaklah!�
Idlan sudah ketawa lepas.
�Sayang, janganlah macam ni. Kita breakfast sama ya.�
Berharap benar Idlan.
�Yalah. Macam mana saya nak mandi kalau encik tak letak-letak lagi.�
�Hehehe� okey Natrah. Assalamualaikum.�
�Waalaikumsalam.�
Panggilan dimatikan tetapi Natrah masih berteleku di atas tilamnya. Malas benar dia untuk mandi dan bersiap. Lima minit berlalu barulah dia bangun mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
�Encik tak sihat ke?� Soal Natrah sebaik sahaja mereka mengambil tempat duduk di kedai makan berhampiran rumahnya.
�Ada gaya orang tak sihat ke?�
�Dah dari tadi saya dengar encik selsema� batuk-batuk�muka pun pucat je.�
�Erm� saya okey je ni. Demam biasa je. Cepatlah, awak nak minum dan makan apa? Saya ambilkan.�
�Tak apa. Saya ambilkan untuk encik. Encik nak makan apa?�
Idlan tersenyum. Raut wajah Natrah terpamer riak risau. Dia suka melihat riak risau itu. Sekurang-kurangnya dia tahu Natrah prihatin akan dirinya.
�Senyum pulak dia ni!�
�Teh tarik dengan nasi lemak kerang.�
Idlan tersenyum sendirian bila melihat Natrah yang ramah berbual dengan mak cik kedai tersebut. Dia pasti pilihannya tidak salah dan tepat sama sekali. Tidak kiralah siapa pun Natrah hatinya sudah terpaut. Natrah, gadis itu biasa-biasa sahaja. Berbanding dengan gadis-gadis yang pernah didampinginya dan dikenalinya Natrah memang tidak secantik mereka. Mungkin dengan sekali pandang tiada siapa akan jatuh hati. Ah, tetapi tidak dia! Pertama kali bertemu gadis itu di kaki lima butik tempat Imran bekerja sebenarnya hatinya sudah terpaut. Mengambil Natrah bekerja dengannya dengan gaji yang mungkin tidak pernah diperolehi oleh pembantu rumah lain adalah sekadar alasan yang dia tidak sedar. Benarlah kata Imran!
�Encik! Encik!�
�Hah?!�
�Mengelamun lagi. Entah apa yang difikirkan.�
�Awaklah.�
�Gila. Dahlah makan tu.�
�Saya suka tengok awak buat muka macam tadi. Rindu sangat nak tengok awak buat muka macam tu. Dulu saya perasan bila saya marah awak ke membebel dengan awak ke.. mesti muka awak macam tu.�
Statik jadinya Natrah. Mukanya mula mengendur, mengundang tawa kecil Idlan.
�Tak usahlah nak cover muka tu macam tu� macam kartun dah saya tengok.�
�Encik ni kan.. demam-demam pun larat kenakan orang!�
�Panggil saya Idlan bukan encik. Susah sangat ker?�
�Dah terbiasa�� perlahan dan mendatar jawapan Natrah sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
�Janganlah biasakan. Nanti dah kahwin tak kan nak panggil macam tu.�
�Saya tak��
�Sayang, cuba buka pintu hati awak tu. Saya tahu kat hati awak tu ada satu tempat untuk saya!�
Natrah sudah merungut di dalam hati. Kunyahannya semakin perlahan sedangkan Idlan pula langsung tidak menjamah nasi lemaknya.
�Saya tak tahu dan saya tak bersedia. Lagi pun saya dengan encik jauh sangat berbeza. Saya tak nak orang kata saya bersama encik sebab harta. Saya tak mahu orang hina asal usul saya kerana bersama encik. Perkara ni bukan soal hati semata-mata. Saya kena fikir semuanya.�
Akhirnya Natrah luahkan rasa hatinya. Keadaan kedai yang tidak masih tidak ramai memudahkan dia meluahkan rasa hati.
�Kan senang awak luahkan apa yang awak rasa?! Beritahu saya apa sebenarnya peasaan awak terhadap saya.�
�Tak tahu.�
�Awak tak cuba kan? Mana awak nak tahu, Natrah..� perlahan sahaja tutur bicara Idlan tetapi sudah membuatkan air mata Natrah bergenang.
�Hei.. kenapa ni? Dahlah jangan menangis. Saya minta maaf ya? Kita cakap hal ni nanti okey? Awak makanlah� maaf ya?!�
Natrah sekadar angguk dek kerana dirinya sudah dikepung perasaan sebak yang semakin menjalar. Dia benar-benar tidak tahu akan perasaannya terhadap Idlan. Suka atau tidak, dia benar-benar tidak tahu. Air matanya sudah mengalir sebaik sahaja dia menundukkan kepala. Namun, cepat-cepat air mata itu dikesat dengan tisu yang berada di tangannya.
�Sayang��
�Saya okey. Minta maaf sebab teremosi sikit.� Ada senyuman terukir di bibirnya sedangkan matanya sudah memerah.
�Awak ni buat saya takut je lah� tak pasal-pasal nanti mak cik kedai ni hempuk saya dengan kuali nanti bila tengok awak menangis.�
�Ada-ada je encik ni.�
�Idlan bukan encik.�
�Erm��
�Comellah awak ni!�
�Dahlah tu.. kalau puji saya sampai esok pun makanan tu tak habis!�
�Hahaha� kan saya dah kata awak ni comel. Terus saya sihat kalau duduk dengan awak ni.�
�Yalah tu. Cepatlah makan.�
Idlan ketawa girang melihat muka Natrah yang memerah. Dia tahu, dengan sedikit lagi penantian Natrah akan menjadi miliknya. Dia cuma perlu tahu cara untuk menyakinkan Natrah tentang isu asal usul itu bukanlah sesuatu yang besar pada zaman sekarang ini. Dulu, mungkin dia memilih gadis yang mahu didampinginya dari kalangan gadis yang senang di bawa ke mana sahaja. Gadis yang ada pakej yang boleh dia banggakan melalui kecantikan dan pembawaan diri mereka dari segi pakaian yang dipakai. Dia bangga bila orang-orang disekelilingnya memuji teman wanitanya yang cantik dan bergaya. Tetapi sekarang, dia merasakan bangga andai Natrah menjadi suri hidupnya. Gadis itu biasa-biasa sahaja tetapi tetap memikat hatinya. Tetap membuatkan dia rasa tenang dan senang hati. Ya, dia akan tunggu saat Natrah akan menerima dirinya dan sudi menjadi isterinya!
jauh rasanya PDI ini dengan apa yang MN mahukan. :(
tapi harap kalian sudi membacanya. ^_^
0 Response to "PADA DETIK ITU...: BAB 22"
Post a Comment