Adsterra

Lafaz Qabul : Bab Dua

�Sama ada kamu suka atau tak mummy mahu kamu kahwin dengan perempuan tu!�
What? Are you crazy, mummy? Mummy, perempuan tu perempuan kelab malam! Mummy nak bermenantukan perempuan macam tu? Entah berapa ramai lelaki yang pernah tiduri dia��
Membahang seluruh tubuh Raif bila mendengar untaian kata-kata daripada ibunya itu. Dia rasakan ibunya ini sudah hilang akal! Mahu dia bernikah dengan perempuan kelab malam itu?!
Mummy memang tak berkenan dengan perempuan tu! Tapi kamu dah kena tangkap berdua-duaan dengan dia��
�Dah tu mummy nak Raif kahwin dengan perempuan tu kerana hal tu? Sekarang ni bukan macam dululah mummy! Bila kena tangkap je kena kahwin. Raif tak akan mengaku bersalah sebab Raif tak bersalah! Dan Raif tak teringin sikit pun dengan perempuan kampong macam dia tu! Terhegeh-hegeh nak kan Raif! Tak tahu malu betul!�
Suara Raif berkumandang kuat. Sudahlah di pejabat agama tadi, kepura-puraan Annisa menjengkelkan hatinya. Mahu sahaja dia menyepak terajang wanita itu!
Mummy dulu pun orang kampong Raif! Mummy tak suka orang-orang sekeliling kita mengata. Kamu kena bertanggungjawab dengan apa yang kamu telah buat!�
�Mummy bercakap macam Raif ni bersalah. Perempuan tak sedar diri tu perangkap Raif mi! Cubalah faham! Lagi  satu Mummy,  mummy tak rasa malu ke bila semua orang sekeliling bercakap yang anak mummy ni berkahwin dengan perempuan kelab malam! Mummy, Puan Rozilah seorang usahawan yang terkenal bermenantukan perempuan kelab malam yang entah pernah melayan lelaki-lelaki tak guna kat luar tu! Itu yang lebih memalukan mummy!�
Sudah kamu yang cari bala! Mummy tak kira. Kamu kena kahwin dengan perempuan tu! Walaupun mummy tak berkenan dengan dia� kamu tetap kena bertanggungjawab. Kamu yang pergi rumah dia.. bukan dia yang datang rumah kamu!�
Mummy!  Berapa kali Raif nak beritahu mummy yang Raif tak teringin dengan perempuan tu!?! Perempuan tu perangkap Raif! Dia ingat anak mummy ni kaya sangat!�
Please, Raif! Please, mummy ada meeting pukul sepuluh nanti. Raif kena ikut cakap mummy! Kahwin dengan perempuan tu walau apa pun! Mana tahu dia akan menjadi perempuan yang lebih baik!�
�Perempuan tu!? Sentuh pun Raif tak inginlah!�
�Okey� okey.. tapi kamu kena kahwin dengan dia� dan sekarang mummy nak sambung tidur!�
Mummy!�
�Please Raif!�

***

�Aku terima nikahnya Hawa Annisa Binti Abdullah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai��
Dengan tiga kali lafaz qabul, sahlah Annisa menjadi isterinya. Majlis akad nikah itu diadakan sekadar di pejabat agama. Tiada kenduri meraikan pengantin baru. Segalanya diatur Puan Rozilah. Kalau diikutkan Raif satu apa pun dia tidak mahu.
�Dengar sini� auntie  nak bagi amaran kepada kamu� jangan ingat auntie suruh Raif bernikah dengan kamu� auntie akan terima kamu sebagai menantu! Auntie tak mahu bermenantukan orang macam kamu ni! Tapi oleh sebab kamu yang teringin sangat nak bersuamikan Raif� auntie tunaikan permintaan kamu!�
Sempat Puan Rozilah berbisik ke  telinga Annisa bila mana menantunya itu menyalaminya. Memang itu rancangannya! Dia percayakan anaknya mana mungkin mahukan perempuan seperti Annisa! Dia ingin buatkan Annisa merana kerana memerangkap anaknya! Dia pasti Raif tak akan melayan Annisa sepertimana layaknya seorang isteri dilayan!
�Puan janganlah risau! Saya akan pastikan Raif mahukan saya sampai tak mahu berpisah dengan saya dan dia akan mula berjauhan dengan puan! Selama ni pun, anak puan tu tak macam lelaki! Asyik duduk bawah ketiak puan jer!
Ada gelak kecil di akhir kata-kata Annisa. Nadanya juga berbisik tetapi cukup jelas didengar Puan Rozilah sehinggakan wanita awal empat puluhan itu membulat matanya. Benar-benar terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut menantunya yang tidak sampai sejam memegang status isteri Raif, anaknya!
�Saya akan pastikan Raif terhegeh-hegeh dengan saya� dia ingat dia boleh malukan saya di depan semua orang macam tu je?!�
Sambung Annisa bila mana pipinya berlaga pula pipi Puan Rozilah. Kata-kata yang penuh dengan dendam itu membuatkan Puan Rozilah memegang dadanya. Terasa perit dan sakit! Rupanya perempuan bernama Annisa ini agendanya lebih menjangkau dari jangkaannya. Bukan setakat mahu memerangkap Raif supaya mengahwininya tetapi memerangkap Raif untuk satu dendam!
***

Kalau tidak kerana Puan Rozilah memaksanya pulang ke rumahnya sendiri, jangan haraplah dia akan menjejakkan kaki ke rumah yang sekarang ini dihuni oleh Annisa. Sejak mereka dinikahkan seminggu lalu dia duduk di rumah ibunya itu.
�Pergilah tengok bini kamu tu� entah hidup entah tak��
�Kalau mati pun� apa Raif peduli mi.�
�Kalau mati tak menyusahkan kita tak apalah juga� tak pasal-pasal rumah kamu tu nanti berhantu pulak!�
Gelak kecil Puan Rozilah di hujung bicaranya langsung tidak mengundang senyuman di bibir Raif. Dia benar-benar rasa jijik dengan Annisa. Hendak memandang muka perempuan itu pun dia rasa mahu muntah.

Abang kat mana? Knp tak balik?Tak kesian dengan nisa ke?

SMS yang diterima daripada Annisa dua hari lepas hanya dibaca sekali lalu. Rasa geli geleman pula bila perempuan itu membahasakannya begitu.

Abang nak nisa dtg serang ofis abang ke? Malukan abang depan semua orang?

SMS berbaur ugutan itu juga dibiarkan sepi tanpa balasan. Dia tidak peduli langsung dengan ancaman itu tetapi kerana desakan dari Puan Rozilah dia terpaksa.
Sampai di rumah teres dua tingkat yang dibelinya setahun yang lalu jam sudah menunjukkan angka sembilan malam. Malas sahaja dia melangkah keluar daripada kereta. Rumahnya itu gelap gelita.
Perempuan ni tak reti-reti nak buka lampu depan tu ke? Semua nak kena ajar!? Bodoh betul lah!
Mulutnya terkumat kamit memaki hamun Annisa. Menggunakan kunci pendua dia memasuki rumah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk terang benderang ruang tamu rumah itu.
�Ingat abang dah tak mau balik rumah!�
�Yang kau sibuk sangat kenapa?�
Mencerlung Raif memandang Annisa. Melihat Annisa yang memakai baju tidur sedikit jarang itu langsung dia tidak bernafsu. Dasar pelacur!
�Abang nak air? Nisa buatkan.�
Suara Raif yang meninggi itu langsung tidak memberi kesan kepada Annisa. Senyuman tetap terukir di bibirnya.
�Tak payah nak berlagak jadi isteri mithali! Aku tetap tak terima kau sebagai isteri. Orang macam kau memang tak layak nak berlaki!�
�Terpulang pada abang. Abang yang tanggung dosa sebab mengabaikan tanggungjawab abang ke atas isteri.�
�Kau jangan cakap dengan aku soal dosa pahala lah! Cuba kau pergi cermin diri kau tu dulu! Dasar pelacur!�
Annisa langsung tidak menunjukkan reaksi hatinya terasa dengan tuduhan Raif. Dia menghampiri Raif dan cuba menyentuh tangan lelaki itu tetapi Raif terlebih dahulu menepis tangannya.
�Jangan ingat bila aku dah jadi suami kau, aku akan layan kau baik-baik! Satu lagi kau tak payahlah nak tunjuk body kau tu depan aku.. tak teringin aku tengok! Dah, aku nak naik dan masuk tidur! Jangan kacau aku!�
�Nisa buatkan abang air ye? Abang mesti penat kan? Nisa hantar ke bilik.�
Raif mendengus. Kalau di kata tak payah nanti, tetap juga perempuan tak guna itu menyediakan dia minuman. Lagi pula dia memang terasa haus.
�Abang nak minum apa? Cordial atau kopi?�
�Apa-apa aje lah. Cepat sikit, aku mengantuk dah ni!�
�Sekejap ya Nisa buatkan air oren untuk abang.�
Annisa berlalu ke dapur dan kembali seketika kemudian dengan segelas air oren. Kasar sahaja Raif mencapai minuman tersebut dan diteguknya sehingga hampir habis. Annisa hanya tersenyum melihat gelagat Raif.
Dan tetiba Raif merasakan pandangannya berbalam-balam. Dia memandang Annisa yang sudah kabur dari pandangannya. Dia rasa khayal�.



_____
tak ada kerja di ofis, jadi cepatlah saya update... sambil jeling-jeling meja bos... hahaha...

0 Response to "Lafaz Qabul : Bab Dua"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel