Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 3

Sara? Awak? Siapa dia nak panggil aku dengan nama je?! Budak tak sedar diri betul! Aku ni baya Aina tau! Aina tu kakak kau!
Serta merta dalam keadaan marah itu Maisara teringatkan Aina Mardhiah, sahabatnya semasa di universiti dahulu. Gadis cantik berkulit putih mulus itu memang baik orangnya. Mereka berkawan sedari hari pertama pendaftaran lagi. Sementelah mereka ditempatkan di bilik yang sama.
Kerana keakraban mereka sering kali juga sekiranya cuti hujung minggu sekiranya tidak punya kelas dia mengikut sahabatnya itu pulang ke rumah keluarganya yang terletak di Kota Damansara. Encik Rusli dan Puan Hasmah menyambut baik kedatangannya. Setiap kali sahabatnya memberitahu dia akan ikut pulang bersama Puan Hasmah akan menyediakan masakan kegemaran mereka berdua. Sudah dilayan dirinya seperti anak sendiri. Dia juga menganggap keluarga itu seperti keluarganya sendiri. Dia juga mengenal Aina Maisara kakak kepada Aina Mardhiah. Oleh kerana nama mereka yang sama itu, mereka menjadi rapat walaupun jarak usia mereka tiga tahun. Begitu juga dengan Faiz tetapi kerana satu peristiwa dia hilang sahabat dan keluarga itu. Bukan niat untuk Maisara menjatuhkan hukum ke atas keluarga sahabatnya itu hanya kerana perbuatan terkutuk Faiz tetapi hatinya benar-benar sakit. Dia tidak mampu untuk terus punya hubungan dengan mereka lagi.
Sekarang lelaki itu muncul di hadapannya. Menjadi salah seorang daripada tiga puluh rakan sekerja yang lain. Walaupun lelaki itu akan jarang berada di pejabat tetapi sesekali tentu sahaja mereka akan terserempak.
Maisara merintih. Dia baru sahaja mahu melupakan segalanya tentang peristiwa itu. Dia mahu membina bahagia bersama Azwan. Mengingat Azwan dia semakin kusut. Ikatan suami isteri yang bakal mereka bina nanti mendapat tentangan daripada kedua-dua ibu bapa lelaki itu. Azwan menyakinkan dirinya pernikahan itu tetap akan terjadi dan ibu bapanya akan menerima pilihannya nanti.
Majlis yang bakal berlangsung empat bulan lagi itu pun semuanya diuruskan oleh Azwan dengan kakak dan abang iparnya. Berkali-kali Maisara memujuk Azwan supaya menangguhkan pernikahan mereka sehingga mendapat restu kedua-dua ibu bapa lelaki itu tetapi Azwan tetap mahu meneruskan.
Keluarga Maisara tidak tahu akan hal ini. Mereka menganggap kedua-dua ibu bapa Azwan telah bersetuju. Majlis pertunangan antara kedua-dua mereka hanya akan berlangsung sehari sebelum majlis akad nikah. Semasa merisik dulu, kakak Azwan yang bernama Khatijah itu yang datang bersama suaminya Rosman. Keluarga Maisara tidak dapat mensyaki yang bukan-bukan. Dia tidak tahu bagaimana nanti sehingga hari pernikahan ibu bapa Azwan masih belum dapat menerimanya.
Hang tu tak standing Saleha. Saleha tu belajaq agama. Ilmu agama dia tu lebih tinggi. Pakaian dia tak macam hang! Pakai tudung labuh. Dia tu anak ustaz dengan ustazah. Dah berapa kali naik haji! Hang?! Aku dah habaq awai-awai kat Wan, aku tak mau penganti Saleha tu orang bukan-bukan! Aku nak nikahkan dia dengan anak Haji Kadir!�
Dia ingat lagi jerkahan demi jerkahan dari emak Azwan. Ketika itu Azwan membawanya bertemu ibu lelaki tersebut. Kemudian, lelaki itu terpaksa pergi mengambil ayahnya di bengkel. Waktu itulah ibu lelaki itu menengkingnya. Maisara benar-benar tekejut. Mana tidaknya ibu lelaki itu kelihatan lembut sahaja. Paling Maisara tidak dapat terima dia dibandingkan dengan arwah isteri Azwan.
Teruk sangat kah dia sampai tidak layak berdamping dengan Azwan di mata keluarga lelaki itu? Tidak cukup menutup auratkah dia? Maisara akui pakaiannya biasa-biasa sahaja. Cuma dia tidak berjubah dan berpurdah seperti arwah Saleha. Dia juga bukanlah lulusan Universiti Al-Azhar. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak punya agama! Dia tahu halal dan haramnya sesuatu perkara. Hatinya tidak buta. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjawab dengan ibu lelaki yang dikasihinya itu. Walau bukan lulusan agama, dia boleh berbahasa Arab dengan baik. Dia juga pandai mengaji mengikut makhraj dan tajwidnya. Beberapa kali juga semasa di sekolah dahulu sehingga di universiti dia menjuarai pertandingan Musabaqah Al-Quran. Ya, memang itu tidak ada apa-apa yang mahu dibanggakan tetapi sekurang-kurangnya dia tetap menjunjung agama yang dianutinya sejak lahir lagi.
Paling Maisara sedih bila kata-kata pedih dan hina itu datangnya daripada seorang wanita bergelar Hajjah dan tinggi ilmu agamanya. Bukankah seorang yang seperti itu seharusnya lembut pertuturannya dan tinggi budinya?
Keluhannya disedari oleh Aizura. Sejak tengah hari tadi dia menyedari temannya itu bagaikan ada yang tidak kena dan dia sedar perubahan itu bukannya kerana Azwan. Sesekali sewaktu makan tengah hari tadi, dia mencuri pandang ke arah jurutera baru syarikat yang bernama Faiz itu dan setiap kali itulah dia perasan yang Faiz sedang memandang Maisara. Ada cerita daripada pandangan itu tetapi dia tidak dapat menelah. Mahu bertanya kepada Maisara, dia pasti jawapan yang dia akan dapat bukan sesuatu yang dimahukan.
�Kau ni kenapa Sara? Aku tengok dari tadi termenung. Lepas tu mengeluh semacam jer?�
�Entahlah Zura.�
�Kau tak mahu cerita kat aku ke?�
Maisara mengeluh lagi. Walaupun Aizura kadang-kadang bersikap menjengkelkan tetapi wanita itu tetap ada di sisinya bila diperlukan. Kebanyakannya diceritakan kepada wanita itu berbanding Mazlin. Mungkin kerana Mazlin sudah berkeluarga. Tetapi perlukah dia berceritakan berkenaan Faiz?
�Keluarga Wan. Mak bapak aku tak tahu lagi yang sebelah sana tu tak restu. Sekarang ni semua pakat kalut nak buat persediaan perkahwinan kami. Aku takut perkahwinan ni tak diberkati sebab Wan tak dengar cakap keluarga dia.�
Akhirnya perihal keluarga Azwan juga yang keluar dari mulut Maisara. Tentang Faiz biarlah ia menjadi rahsianya sahaja.
Susah aku nak cakap, Sara. Dulu aku pun macam kau.  Keluarga lelaki tak restu. Kononnya aku ni perempuan tak ada kelas. Yalah, mereka tu berduit. Anak semua kerja besar-besar. Waktu tu aku ni kerja kerani cabuk je. Sebab keluarga dia tak restu, kami putuskan hubungan kami. Lelaki tu sekarang dah kahwin dan ada anak tiga. Aku? Macam nilah.�
Maisara tahu akan kisah itu dan dia pasti perasaan Aizura untuk lelaki itu masih wujud dan masih menebal. Kalau tidak, masakan Aizura masih menyendiri sehingga sekarang. Walaupun perangainya kekadang menyakitkan hati tetapi bukan tiada lelaki yang cuba rapat dengannya. Bukan calang-calang orang juga!
�Perlu ke aku putuskan hubungan aku dengan Azwan?�
�Gila kau?! Empat bulan lagi kau nak kahwin. Keluarga kau dah gebang satu kampong. Kau teruskan je dan insyaALLAH keluarga Wan akan terima kau. Cuma cepat atau lambat je dan kau kena banyakkan berdoa. Berbuat baik dengan mereka tu tapi jangan sampai kau kena pijak dengan mereka sudah lah!�
Aizura memandang Maisara sekilas sebelum pandangannya kembali kepada jalan. Keretanya mula memasuki bahagian tempat letak kereta pasar raya yang terdapat di Bukit Mertajam itu.
�Kau jangan fikir sangatlah. Lagi kau fikir lagi kau serabut. Azwan lebih tahu apa yang terbaik untuk dia. Dan yang terbaik itu adalah kau. Aku bukan nak mengutuk atau bersikap prejudis tapi tak semua yang bertudung labuh dan belajar agama tu bagus sangat serba serbi. Ada pulak tu bertudung labuh dan belajar sekolah agama tapi perangai macam apa lagi! Macam bakal mak mertua kau itulah.�
Maisara tersengih. Dia memandang Aizura di sebelahnya yang sedang memandu. Ada benar juga kata-kata Aizura itu tetapi dia tidak berani mahu menuduh atau berprasangka buruk dengan wanita-wanita yang sebegitu. Walaupun dia pernah melihat dengan matanya sendiri berkenaan hal itu tetapi dia tidak boleh menghukum semuanya sama.
�Aku tengok kau tak ada kurangnya. Tak pernah aku nampak kau pakai baju tak cukup kain, semua baju-baju kau waima t-shirt pun berlengan panjang dan labuh. Seluar jeans pun kau tak ada. Tudung kau pakai pun semuanya menepati ciri menutup aurat.�
Maisara tersenyum lagi. Kata-kata Aizura itu bagaikan pujian ke atas dirinya. �Dah jom. Sat lagi beli barang sampai lupa pulak maghrib!�
�Kita makan dululah. Lepas solat maghrib baru kita beli barang. Aku lapar ni.�
Cadang Maisara sambil menolak pintu kereta Perdana milik Aizura. Oleh kerana mereka tinggal bersama mereka akan bergilir-gilir memandu. Sekiranya hari ini menaiki kereta Aizura esok pula kereta Maisara.
�Okey. Ikut suka kau lah! Asyik lapar jer tapi badan macam tu jugak!�
Well, tengok oranglah!�
Aizura mencebik. Dia memang cemburukan Maisara kerana wanita itu makan apa sahaja tidak pernah berat badannya naik seperti dirinya. Kalau dia, makan banyak sikit serasa badannya berat sahaja.
�Sudahlah. Menyampah aku!�
Aizura menarik muka masam dan terus menonong langkahnya meninggalkan Maisara yang sudah ketawa. Tanpa sedarnya ada seseorang yang asyik memerhatikan dirinya.

0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 3"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel