BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 13
Pagi itu sampai sahaja di pejabat Maisara diberitahu oleh Nora, pembantunya bahawa pada hari itu dia perlu mengendali temuduga petang nanti berseorangan kerana Encik Fakhrul dari Bahagian Pembangunan Perniagaan. Kesemua resume untuk jawatan eksekutif pembangunan perniagaan sudah diletakkan di atas mejanya. Ada tiga orang yang akan hadir temuduga pada hari itu, selebihnya akan ditemuduga keesokan harinya.
Baru sahaja dia mahu membelek-belek resume tersebut, telefon bimbitnya berbunyi. Dadanya berdegup pantas. Aturannya tidak menentu. Nama yang terpamer di layar skrin telefon bimbitnya diperhati lama. Perlukah dia menjawab atau membiarkan sahaja?
Deringan telefon yang mengalunkan lagu Passage of the heart daripada Omar Ikram terhenti dan itu melegakan Maisara. Namun, belum pun sempat dia meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg sandangnya telefon itu berdering lagi.
�Assalamualaikum, Sara.�
Perlahan sahaja orang di sebelah sana memberi salam.
�Wa�Waalaikumussalam.�
Teragak-agak dan tergagap-gagap Maisara menjawab. Panggilan daripada Azwan selepas seminggu tidak berhubung benar-benar menghadirkan getaran yang cukup di dadanya.
�Abang nak jumpa Sara tengah hari nanti boleh?�
�Untuk apa?�
Aturan suaranya tidak teratur. Bunyi semacam Maisara bersikap dingin dengan Azwan sedangkan dia langsung tidak berniat begitu.
�Untuk kali terakhir, bagi abang peluang jumpa Sara.�
Suara di sebelah sana kedengaran sebak. Begitu juga Maisara. Matanya sudah berkaca. Bila-bila masa empangan matanya pecah dengan air mata. Dia tahu antara dia dan Azwan sudah tidak boleh diselamatkan.
�Nak jumpa kat mana?�
�Erm� abang ambil Sara, kita ke restoran yang dekat BM tu. Kat situ taklah ramai orang sangat walaupun waktu makan tengah hari. Boleh tak?�
�Boleh. Ab.. abang nak ambil saya pukul berapa? Tak boleh lewat sangat, sebab petang nanti saya kena handle interview.�
�Okey, waktu makan tengah harilah, dalam pukul dua belas empat puluh lima . Abang cuti hari ni.�
�Oh�. Okey.�
Maisara terus mematikan panggilan bila salam Azwan dibalasnya. Akhirnya air mata yang cuba ditahan tadi mengalir juga. Dia tahu cinta Azwan untuknya masih menebal begitu juga dengan dia tetapi perpisahan ini demi seorang ibu. Apakan daya restu ibu itu azimat sebuah hubungan bahagia.
*****
Langkahnya diatur menuruni anak tangga demi anak tangga. Sengaja tidak menggunakan lif kerana tidak mahu bertembung dengan sesiapa. Kepada Aizura dan Mazlin sudah dikhabarkan bahawa dia akan bertemu dengan Azwan tengah hari itu.
Dia kuatkan hatinya bila tubuhnya sudah terpacak di hadapan bangunan pejabat empat tingkat itu. Sebaik melihat susuk tubuh Azwan datang menghampiri dia terkaku. Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Mahu hulurkan senyuman ataupun tidak, dia berfikir-fikir.
�Kereta abang parking kat hujung sana . Jom.�
Maisara angguk dalam senyuman tidak menjadi. Dia mengekori langkah Azwan. Di pertengahan jalan dia terserempak dengan Faiz yang baru sahaja keluar daripada keretanya. Renungan lelaki itu langsung tidak diperduli. Laju sahaja langkahnya membuntuti Azwan.
�Siapa lelaki tadi?� Tanya Azwan sebaik sahaja mereka berada di dalam perut kereta. Maisara sudah memandang lelaki itu, tidak menyangka Azwan menyedari akan Faiz.
�Lelaki yang pandang Sara semacam tadi tu��
Bila Maisara tidak menjawab, Azwan bersuara kembali sambil menghidupkan enjin kereta.
�Satu office.�
�Oh� patutlah dia pandang semacam je. Mungkin dia tengok Sara macam terpaksa ikut abang je tadi, dia ingat abang nak culik Sara kot!�
Azwan ketawa kecil di hujung bicaranya. Ketawanya itu disambut sekadar dengan senyuman oleh Maisara. Dia tahu dan amat pasti renungan Faiz itu bukan kerana hal yang dimaksudkan oleh Azwan. Dia tahu kerana hal yang lain.
Kereta yang dipandu Azwan terus melucur menuju ke destinasi yang dituju. Suasana sunyi sepi antara kedua-duanya melainkan hanya kedengaran celoteh Dj radio sahaja.
Tanpa sedar, kereta sudah memasuki ruang parkir berhadapan restoran yang dimaksudkan oleh Azwan. Memasuki ruang restoran yang masih tidak ramai orang, Azwan memilih untuk duduk di bahagian sedikit belakang.
�Sara sihat?� Tanya Azwan sebaik pelayan restoran berlalu dengan minuman yang dipesan oleh mereka.
Angguk.
�Erm� Abang tak tahu nak mulakan dari mana tapi perkara ni abang kena beritahu Sara sebab ia penting.�
�Perkara apa, bang?� Sara memberanikan diri bertanya. Keluhan berat dilepaskan oleh Azwan. Dia memejamkan mata sambil memicit tulang hidungnya.
�Sara, tiga bulan lagi� tiga bulan lagi abang akan berkahwin��
Terpempan Maisara mendengar berita itu. Tubuhnya tersandar di belakang kerusi. Matanya sudah berkaca.
�Ibu nak sangat abang kahwin dengan Wahida. Abang tak boleh kata tidak, Sara. Ibu dah pinangkan Wahida untuk abang. Malah ibu dah aturkan majlis bertunang minggu depan.�
Suara Azwan yang berbaur sebak itu menyebabkan senang sahaja air mata Maisara mengalir. Begitu sekali Hajjah Kalsum menolak dia sebagai menantu sehinggakan tanpa sempat menunggu untuk menjodohkan anaknya dengan calon menantu impiannya.
�Tak apalah bang, abang terima sahajalah apa yang ibu aturkan. InsyaALLAH itu terbaik untuk abang. Sara terima kalau ini sudah apa yang ALLAH tentukan untuk Sara. Abang jangan risaukan Sara.�
Akhirnya Maisara bersuara. Air mata yang mengalir dikesat dengan hujung lengan baju kurung warna biru polos itu. Dia nekad untuk tidak menangis kerana dia tahu membahagiakan hati seorang ibu adalah kewajipan seorang anak. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.
�Abang akan tetap cintakan Sara. Perasaan abang pada Sara tak akan berkurang sedikit pun.�
Maisara menghela nafas panjang. Belum dia sempat bersuara, pelayan datang membawakan minuman yang mereka. Baik Azwan mahupun Maisara mengucapkan terima kasih.
�Perasaan itu sepatutnya untuk bakal isteri abang. Jangan aniaya dia yang selayaknya dapat kasih sayang abang bukan Sara. Tapi Sara yakin, insyaALLAH lepas abang kahwin nanti abang akan cintakan dia sepertimana abang cintakan arwah Kak Saleha.�
�Entahlah Sara. Dengan arwah Kak Saleha, bila pertama kali abang tengok hati abang sejuk. Abang tahu dia akan jadi isteri yang baik tapi dengan Wahida abang tak rasakan itu semua. Sikit pun tidak.�
�Sebab abang masih letakkan Sara kat hati abang. Sara yakin satu hari nanti, abang akan nampak dia seperti mana abang nampak arwah Kak Saleha. Cuma abang kena terima seadanya siapa diri dia.�
Azwan mengangguk-anggukkan kepalanya. Ada benar daripada kata-kata Maisara. Minuman dihadapannya dihirup perlahan. Suasana antara mereka sunyi sepi sehinggalah Maisara mengajak Azwan menghantarnya kembali ke pejabat.
�Kita masih berkawan kan ?�
�Sara minta maaf. Sara rasa eloklah antara kita tak berhubung lagi. Semuanya demi kebahagian masing-masing. Sara tak mahu nanti ada masalah dikemudian hari. Paling Sara tak mahu ibu abang tahu kita masih berhubungan. Jadi cukuplah sampai di sini sahaja.�
�Erm��
�Sara doakan kebahagian abang dunia dan akhirat. Assalamualaikum.�
Sebaik sahaja memberi salam terus Maisara turun daripada kereta Azwan tanpa sempat lelaki itu menjawab salam tersebut. Dia cuba sedaya mungkin menahan rasa sebak yang menjalar ke setiap inci tubuhnya.
�Sara�Cik Sara��
Dia berpaling. Entah datang darimana lelaki bernama Faiz itu.
�Cik Sara okey?�
Angguk. Sedangkan matanya sudah berkaca. Terus dia mendaki anak tangga tetapi dia masih teragak-agak sama ada kembali ke biliknya atau tidak. Dia tidak mahu sesiapa melihat air matanya.
�Cik Sara��
Lengannya dipaut dan spontan Maisara cuba melepaskannya. Dia mendengus kasar. Kurang senang dengan perlakuan Faiz.
�Apa ni Faiz?!�
�Jom.. kita jalan-jalan. Tak kan Cik Sara nak masuk office dengan muka macam ni.�
�Tak naklah!�
�Cuba jangan degil! Saya bukan nak culik Cik Sara pun! Saya nak tolong Cik Sara. Dalam kereta nanti Cik Sara nak meraung pun saya tak kisah. Lepaskan semuanya. Lepas tu baru balik office.�
�Saya kena interview orang lah petang nanti!�
�Nak interview orang dengan muka macam ni? Cik Sara pilih nak ikut saya atau nak saya cium Cik Sara?!�
�Hah! Awak ni gila ke apa? Jangan nak tambahkan rasa benci saya terhadap awak, Faiz!�
�Saya peduli apa!? Sekarang Sara pilih� nak Faiz nak cium ke nak ikut jalan-jalan.�
Mata Maisara membulat bila mendengar Faiz mula membahasakan namanya tanpa awalan cik dan malah membahasakan dirinya sendiri dengan nama. Muka lelaki itu sudah didekatkan dengan mukanya dan jari-jemari lelaki itu masih kejap mengenggam tangannya.
�Yalah. Saya ikut tapi sekejap sahaja. Sebelum pukul tiga kena balik office dan jangan nak sesuka hati awak panggil saya dengan nama saya. Saya ni lebih tua daripada awak, sebaya dengan Aina.�
Faiz hanya ketawa kecil. Tangan Maisara ditariknya supaya menurutinya turun.
�Lepaslah Faiz! Jangan nak pegang-pegang saya boleh?! Awak tu bukan mahram saya!�
Faiz tersengih. Terus dilepaskan tangan Maisara.
�Alah� bukan sentuh terus pun. Ada kain� dua helai lagi��
Maisara mencebik. Hilang terus rasa sedihnya dengan perangai Faiz. Ada sahaja jawapan dia!
0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 13"
Post a Comment