BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 21
Suara Haikal yang galak bercerita berkenaaan dengan kemalangan yang baru terjadi ketika dia di dalam perjalanan pulang ke rumah tadi langsung tidak menarik minat Faiz. Fikirannya sarat memikirkan Maisara. Janjinya untuk tidak lagi menganggu wanita itu bagaikan sukar sekali untuk dia laksanakan tetapi melihat kebencian Maisara terhadapnya yang semakin teruk itu dia cukup buntu. Baru sehari sebelumnya wanita itu bagaikan dapat menerimanya alih-alih keesokannya dia diherdik dan ditengking.
�Woi! Buat berbuih mulut aku bercerita dengan kau� haram sepatah pun kau dengar. Ni apa kes lagi ni? Tak settle lagi?�
Faiz mengalih pandang ke arah Haikal. Kosong sahaja pandangannya. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab persoalan temannya itu. Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya. Susah juga kalau ada Majnun macam ni! Gerutu hati Haikal.
�Tak payah kau nak pusing-pusing Iz! Ada jodoh kau dengan dia, ada lah. Kalau tak ada, nak buat macam mana. Kalau tiga puluh tahun pun kau tunggu dia, kalau dah ALLAH dah tetapkan bukan dia jodoh kau tak kemana juga. Tapi kalau kau betul-betul sayangkan dia bukan macam ni caranya. Tunjuk muka macam orang mati bini macam ni� minta pada ALLAH. Mintak pada DIA kalau Kak Sara tu jodoh kau, dekatkan kau dengan dia. Kalau tak, kau minta pada ALLAH tenangkan hati kau� buka pintu hati kau untuk perempuan lain� minta supaya kau tak rasa apa yang kau rasa sekarang. Kau duduk termenung macam ni berjam-jam pun buat kematu punggung kau je!�
Nah, sekali kena ceramah percuma daripada Haikal. Faiz mendengus. Padanya Haikal tidak memahami dirinya kerana Haikal tidak melalui apa yang dia rasakan sekarang. Dia tidak peduli kalau ada orang kata dia lelaki lembik disebabkan cinta. Biarlah!
�Ni kau nak makan tak? Aku nak masak. Nak bubur?�
Mata Faiz sudah terjegil. Apa kes pulak temannya itu mahu buatkan dia bubur? Dia bukan sakit ataupun demam!
�Aku bukan sakit nak makan bubur-bubur ni. Tak payahlah kau susah-susah. Aku tak lapar.�
Haikal mencebik kemudian tersenyum. Mana ada kajian menyatakan hanya orang demam atau sakit sahaja yang makan bubur! Dia sendiri amat menggemari bubur. Alasan terbaik adalah dia boleh mendapatkan satu hidangan lengkap dengan bubur. Nasi dan sup serta kalau dia rajin akan digoreng ikan atau ayam. Kemudian ikan mahupun ayam itu akan dicarik-carik dan dimasukkan ke dalam bubur. Kalau terlebih rajin digoreng bawang untuk dibuat bawang goreng.
�Macam-macamlah kau ni Faiz! Orang perempuan angau pun tak macam kau ni hah! Manalah Kak Sara tu tak rimas. Aku ni pun naik rimas tau tengok kau macam ni!�
�Alah aku tak akan kacau dia lagilah!�
Serentak dengan itu Faiz bangun daripada duduknya. Kunci kereta yang berada di atas televisyen dicapainya, mahu mencari ketenangan diluar.
�Betul ke ni? Kau jangan hangat-hangat tahi ayam sudah! Kang tak sampai sejam kau cari dia.�
Sengaja Haikal mengusik Faiz. Bukan dia tidak kenal temannya yang seorang itu. Cakap sahaja lebih. Ketawa kecil yang kedengaran dibalas dengan jelingan tajam oleh Faiz. Ada jugak yang makan kunci ni nanti! Aku tengah macam ni pun boleh pulak dia sesuka hati nak bergurau-gurau dengan aku!
�Relaks lah bro�kau ni gelabahlah. Baguslah kau tak mau kacau dia lagi. Bagi dia ruang sikit. Kot-kot lah nanti, dengan cara kau ni dia tetiba terindu kat kau ke kan ?!�
�Kau rasa dia rindukan aku tak?�
�Hahaha..�
Akhirnya meletus ketawa besar daripada Haikal. Aduhai, temannya yang seorang ini mengharap rupanya!
�Kau ni memang nak rasa penyepak aku ke?�
�Weh, sejak bila kau ni sensitif sangat ni! Relakslah! Jadi lelaki sikit boleh tak? Kalau kau rasa kau memang nakkan Kak Sara tu buat apa yang aku suruh dan kalau kau kata kau dah janji tak ganggu dia jadi jangan ganggu dia. Bagi dia tenang dulu then sekarang ni giliran kau pulak jual mahal dengan dia. Jangan layan dia. Jangan bercakap dengan dia. Tegur bila perlu je. Kau buat seolah-olah dia tak wujud. Maksud aku, kau buat dia rasa kau tak pedulikan dia. Tapi jangan sampai ada orang lain cuba cantas peluang kaulah.�
�Dah tu kau suruh aku tak peduli kan dia lepas tu jangan biarkan lelaki lain cantas pulak. Macam mana aku nak buat? Nanti mesti dia fikir aku dah tak mahukan dia. Lepas tu ada lelaki lain tunjuk minat dia terima lelaki tu. Akhirnya aku gigit jari!�
�Siapa suruh kau gigit jari?! Kau buat tak peduli dia bukan bermakna kau tak ambil peduli. Ini pun aku nak kena ajar ke? Orang nak jadi Majnun kau nak jadi Majnun tapi apa pun tak ada. Kau ikut rancangan aku. Dia kan ada kawan baik yang satu tempat kerja tu kan ? Mulai sekarang tanpa sebarang bantahan kau kena ikut rancangan aku! Seratus peratus rancangan aku! Jangan nak sesuka hati tukar rancangan!�
�Apa dia rancangan kau?�
�Apa kata kau belanja aku teh tarik kat bawah dulu. Kena ada bayaran muka dulu� hahaha.�
�Banyaklah kau!�
***
�Saya tak tahu nak tolong awak macam mana Faiz. Apa yang awak buat sebelum ni susah untuk saya tolong. Perkara tu melibatkan maruah Sara, bukan perkara main-main.�
Faiz mengeluh. Bila Aizura mengetahui perkara sebenar yang berlaku diantaranya dan Maisara tujuh tahun lepas wanita itu terpaku. Lama dia terdiam tanpa suara. Jelas benar riak terkejut di wajahnya.
�Saya tahu tapi saya betul-betul menyesal. Saya perlukan kemaafan Sara dan bukan setakat itu sahaja, saya nak dia terima saya. Saya sayangkan dia.�
Rasa segan berterus-terang tentang perasaannya terhadap Maisara kepada Aizura ditolak ke tepi kerana pada waktu ini dia Cuma ada wanita itu untuk membantunya. Mahu meminta bantuan Mazlin, wanita itu sedang dalam cuti bersalin. Akhirnya dia ada Aizura semata.
�Saya tak janji saya boleh bantu awak tapi saya akan cuba . Cuma jangan terlalu mengharap. Buat masa ni tak perlu ganggu dia. Dengan apa yang berlaku, apa tak boleh terus mendesak dia. Perasaan dia sekarang ni tidak terkawal. Bukan sebab awak je, sebab Azwan lagi. Tengok je Sara tu macam tak kisah tapi jauh di sudut hati dia tu dia memang terluka. Azwan lelaki baik dan kehilangan Azwan tentu sahaja meninggalkan kesan mendalam terhadap Sara. Mungkin kerana itu jugak� kerana kesedihan tu yang buatkan dia mudah sensitif.. mudah teringat perkara-perkara menyakitkan dulu.�
�Cik Zura rasa saya boleh gantikan tempat Azwan?�
Kedengaran Aizura ketawa. Dia turut tersenyum mendengar ketawa itu.
�Entah. Saya bukan Sara. Saya tak tahu tapi apa yang saya lihat Azwan seorang lelaki yang punya kualiti sebagai pemimpin dan awak perlu ada kualiti tu Faiz.�
�Ilmu agama saya tak cukup tinggi, Cik Zura. Belajar agama pun setakat waktu sekolah dulu.�
�Awal-awal lagi awak sudah pesimis? Ilmu boleh dituntut bila-bila masa je Encik Ahmad Faiz oooiii� Awak kena ada keyakinan. Banyak buku-buku agama yang ada.. kelas-kelas agama pun rasanya ada kat setiap masjid tu. Cuma awak tu kena cari ruang untuk makanan kerohanian awak. Tapi pada saya, kalau awak sudah ada asas.. sudah tahu halal haram� sudah tahu apa itu dosa pahala� itupun sudah memadai. Yang lain itu bonus. Jangan awak belajar agama kerana mahu menyaingi Azwan. Belajar untuk bekalan awak.�
�Terima kasih Cik Zura. InsyaALLAH.�
�Jadi, buat masa ni awak kena berjanji tak akan mendesak Sara.�
�Saya dah janji dengan dia yang saya tak akan kacau dia lagi.�
�Awak janji tak kacau dia lagi tapi minta pertolongan saya?!�
�Hehehe� alah Cik Zura, tak kan saya nak biarkan Cik Sara jatuh ke tangan lelaki lain. Saya dah kehilangan dia sekali tapi tidak untuk kali ini.�
Ya, dia tidak akan membiarkan Maisara terlepas daripadanya sekali lagi. Cukuplah sekali!
0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 21"
Post a Comment