Cerpan : Uncle Dihatiku.
Kejutan Pertama
�Kau bila nak kahwin?�
Nazim angkat muka. Keningnya terangkat sedikit. Hairan dia dengan pertanyaan yang datang daripada Mahadi. Tidak pernah-pernah lelaki itu bertanyakan dia akan perihal yang satu itu. Tetiba hari ini bertanya, angin apa pulak?
�Kau ajak aku keluar ni semata-mata nak tanya aku pasal hal tu ke?�
Mahadi tersengih bagaikan membenarkan telahan Nazim. Baginya Nazim bukan lagi muda. Sudah mencecah usia tiga puluh enam tahun. Sepatutnya pada usia begini Nazim sudah berkeluarga, sudah punya anak-anak seperti dirinya.
�Dah tiga belas tahun, Zim. Tak kan kau masih berdendam dengan Marisa. Lupakan dia. Dia sekarang sudah berbahagia dengan lelaki tu. Kau pulak mahu terus macam ni? Hidup seorang diri? Kau tak rasa nak berkeluarga macam orang lain?�
Bicara Mahadi sudah kedengaran serius. Nazim meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan. Hilang terus selera makannya apabila Mahadi menyebut nama Marisa, wanita yang telah merobek-robek hatinya sehinggakan dia menjadi trauma akan cinta dan wanita.
�Aku tak ada masa untuk fikirkan hal tu. Kau pun tahu kan sekarang ni aku tengah sibuk dengan syarikat aku tu.�
�Ya, aku tahu. Alasan kau tu aku dengar dari dulu lagi. Dah berbelas tahun dah aku dengar. Dari umur anak aku si Nadya tu umur tiga belas tahun lagi. Sekarang ni Nadya dah berumur dua puluh lima tau!�
Beza umur antara mereka berdua sememangnya agak jauh iaitu sepuluh tahun. Mereka saling kenal-mengenali sejak bekerja di syarikat yang sama. Jarak usia sepuluh tahun itu tidak menghalang mereka menjadi rapat.
�Kalau ada isteri boleh jugak jaga kau. Sakit pening kau tu ada orang tolong tengokkan. Makan minum terjaga. Ini taklah aku dengar dah tua-tua bangka macam ni dok makan mi segera je!�
�Kejap. Yang kau tetiba cakap pasal ni kenapa? Tak pernah-pernah nak tanya aku tetiba tanya aku hari ni kenapa? Ke kau nak kenenkan aku dengan sesiapa ni? Siapa pulak kali ini?�
Bertalu-talu Nazim bertanya kerana dia sudah tidak selesa bila mana Mahadi membebel di hadapannya. Dia ingatkan Kak Longnya sahaja yang suka membebel tentang hal itu. Sekarang ni bertambah seorang lagi!
�Hah! Pandai pun kau� dah berpuluh perempuan aku kenalkan dengan kau. Sorang pun tak lekat. Macam-macamlah alasan kau. Ini tak betul itu tak betul. Dari budak kampong sampailah sebandar-bandar perempuan, satu pun kau tak berkenan.�
�Habis tu sekarang perempuan dari planet mana pulak kau nak kenalkan aku?�
�Nadya.�
Berkerut dahi Nazim mendengar nama itu. Tidak dapat memikir sesiapa yang bernama Nadya yang dikenalinya sedangkan dari cari Mahadi menyebut nama itu seperti dia amat mengenalinya.
�Nadya mana?�
�Nur Nadya Binti Ahmad Mahadi.�
Terbeliak mata Nazim bila nama penuh gadis yang mahu �dijodohkan� dengannya itu. Kalaulah dia sedang mengunyah roti canai saat nama itu disebut pasti muka Mahadi itu penuh dengan sisa roti canai yang tersembur tepat ke mukanya.
�Aku silap dengar atau kau yang sedang bergurau ni?�
�Hahaha��
Mahadi ketawa lepas. Sudah lama dia memikirkan itu. Sejak anak gadis suntinya itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke dua puluh lima baru-baru ini. Melihat layanan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Nazim terhadap anaknya dia merasakan Nur Nadya akan selamat dan bahagia bersuamikan Nazim. Dia sudah berbincang dengan isterinya, Suhana. Walaupun isterinya pada mulanya tidak bersetuju tetapi setelah dia memberikan sebab-sebab dan alasan demi alasan yang munasabah isterinya pulak yang terlebih teruja. Nazim pun tidaklah nampak terlalu tua kalau hendak dibandingkan dengan umurnya yang sudah menjangkau tiga puluh tujuh itu. Masih nampak kacak dan muda. Kalau tidak ada yang kenal, lelaki itu tentu sahaja dianggap baru berusia lewat dua puluhan.
�Kau boleh gelak pulak?! Jangan main-main! Nanti aku mengorat betul-betul anak kau, baru kau putih mata!�
Nazim menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia merasakan bahawa Mahadi sekadar main-main sahaja. Tidakkah gila namanya mahu menjodohkan anak sendiri dengan kawan sendiri? Mahu dipanggil apa? Bagaimana pula dia dan Nadya? Gadis itu sudah terbiasa memanggilnya �uncle Im�. Begitu juga dia! Malah tidak pernah terfikir untuk mengahwini anak kawan baiknya sendiri. Perasaan untuk gadis itu juga tiada.
�Siapa kata aku main-main? Perkara ni aku dah bincang dengan Suhana. Dia pun tak kisah. Dari anak aku tu jatuh cinta dengan lelaki yang aku langsung tak berkenan baik dengan kau sahaja.�
�Kau gila? Hilang akal? Anak kau tu baru dua puluh lima . Aku ni dah tiga puluh tujuh. Kau fikir Nadya bersetuju dengan rancangan gila kau ni?�
�Alah, benda tu bukan sesuatu yang tak normal. Berapa banyak lelaki yang jauh lebih tua berkahwin dengan perempuan yang sebaya dengan Nadya. Yang lebih muda daripada itupun ada!�
�Itu orang. Dan masalah sekarang kau tu kawan aku! Apa orang akan kata? Kau tak fikir Nadya ada pilihan sendiri? Kau dah berbincang dengan dia?�
�Aku tanya kau dulu. Kalau kau setuju aku dan Suhana akan berbincang dengan Nadya. Sama ada dia setuju atau tak, aku tetap mahukan kau jadi menantu aku!�
�Die, terus-terang aku cakap dengan kau ni� aku tak mahu memusnahkan kebahagian Nadya dengan rancangan gila kau ni!�
Nazim benar-benar tidak berpuas hati dengan Mahadi. Rancangan gila yang diatur itu mana mungkin akan dipersetujui oleh Nadya dan dia sendiri tidak mahu melihat Nadya menderita walau atas apa alasan sekalipun. Dia menyayangi Nadya tetapi sayangnya itu tidak pernah sayang seorang lelaki terhadap seorang wanita.
***
Kejutan Kedua
�Kenapa Nadya bersetuju dengan rancangan papa?�
Soal Nazim ketika gadis itu datang berkunjung ke pejabatnya petang itu. Bila berita itu diberitahu kepadanya oleh Mahadi, terus dia menghubungi Nadya. Gadis itu berjanji akan datang menemuinya setelah menamatkan tugasannya menemuramah seorang pengusaha butik.
�Tak ada sebab.� Jawab gadis itu dengan senyuman yang tersungging di bibir.
�Nadya.. Nadya tahu tak apa yang Nadya pertaruhkan sekarang? Kebahagian Nadya tahu tak?�
�Uncle Im tak boleh bahagiakan Nadya ke?�
Senyuman itu hilang. Nazim pula mengeluh mendengar pertanyaan daripada gadis yang dua belas tahun lebih muda daripadanya itu. Dia menggaru-garu keningnya yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana mahu bercakap dengan Nadya.
�Nadya bersetuju dengan rancangan papa sebab selama ni Nadya memang sukakan uncle. Uncle je yang buat tak tahu dengan Nadya. Layan Nadya macam budak kecik!�
Terkejut besar Nazim dengan pengakuan yang keluar daripada mulut gadis itu. Seakan tidak percaya dengan pengakuan itu. Adakah itu satu pengakuan yang benar-benar daripada gadis itu atau sekadar satu pengakuan yang dibuat-buat.
�Dah banyak Nadya cuba bagi hint. Ajak uncle keluar. Kenalkan uncle dengan kawan-kawan Nadya tapi uncle tetap tak faham!�
�Nadya tau tak apa yang Nadya cakap ni?�
�Tau! I�ve fallen in love with you! Nadya tak tipu. Ini bukan sebab papa atau umi tapi sebab memang Nadya sayangkan uncle. Perasaan yang sama macam papa dengan umi. Kawan-kawan Nadya pun kata, uncle memang sesuai dengan Nadya.�
�Nadya� erm� uncle tak tahu nak cakap apa. Uncle betul-betul terkejut sekarang ni. Dua hari lepas papa Nadya dan sekarang Nadya sendiri mengejutkan uncle��
�Erm, Nadya tak mahu paksa uncle sebab Nadya tahu susah untuk uncle lupakan Auntie Marisa. Walau apapun yang auntie dah buat Nadya tahu perasaan uncle masih tak berubah bukan? Sebab tu uncle tak nampak apa yang Nadya rasa terhadap uncle. Uncle tak pernah beri peluang kat diri uncle untuk perempuan lain. Nadya balik office dulu.�
Gadis itu bangun dari kerusi yang berhadapan dengan Nazim. Nazim sekadar memerhati langkah gadis sehingga kelibatnya menghilang di sebalik pintu. Akhirnya dia melepaskan keluhan berat. Tubuhnya disandar ke belakang kerusi. Marisa?! Benarkah dia masih punya rasa terhadap Marisa yang meninggalkannya tiga belas tahun lalu? Benarkah perasaan itu cinta? Bukan trauma atau apa sahaja yang sepertinya?
***
Kejutan ketiga
Setelah dua minggu pertemuan antara dia dan Nadya, Mahadi menghubunginya. Meminta dia datang untuk makan malam di rumah lelaki itu. Serba-salah Nazim dibuatnya. Berhadapan dengan Mahadi dan Suhana yang mahukan dia sebagai suami untuk anaknya. Berhadapan dengan Nadya yang baru sahaja meluahkan perasaan terhadapnya. Sukar benar rasanya tetapi mengenangkan ajakan ikhlas daripada sahabatnya itu dan dia diberitahu ada tetamu lain yang akan turut serta dia menyatakan persetujuan.
Dia sampai di hadapan rumah Mahadi ketika jam menunjukkan pukul lapan setengah malam. Ada beberapa biji kereta di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Ada yang dikenalinya dan ada baru pertama kali dilihatnya. Mungkin ada diantara rakan-rakan mereka menggunakan kereta yang berlainan daripada selalu.
�Aku ingat kau dah tak mahu datang. Kami semua tunggu kau ni.�
Dia menyalami semua yang ada di situ sehinggalah kepada seorang wanita yang sedang memangku seorang anak kecil. Dia terpaku. Berubah rona wajahnya. Senyumannya terus mati serta-merta. Mukanya dipalingkan ke arah Mahadi. Dia mahu tahu apa yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu.
�Im��
Dia kembali memandang wanita yang berdiri di hadapannya kini. Senyuman yang cuba diukir ikhlas oleh wanita itu tidak mampu disambutnya.
�Marissa baru balik dari Paris minggu lepas. Kebetulan aku adakan majlis makan-makan ni aku ajaklah dia. Jom kita ke meja makan.�
Semacam bersahaja lagak Mahadi. Terus dia menarik Nazim ke meja makan. Rakan-rakan yang lain walaupun tahu akan hubungan silam antara Marissa dan Nazim buat-buat tidak tahu sahaja.
�Jemputlah makan. Hari ni Suhana masak special punya.�
Sepanjang waktu makan itu, Nazim membisu sahaja. Dia tidak betah untuk bersuara disaat ada Marissa di situ. Hatinya yang sakit dahulu kembali rasa sakit. Dia mahu sahaja bangun dan meninggalkan rumah Mahadi tetapi hatinya tidak membenarkan.
Sedang mereka menikmati makan malam, tetiba Nadya yang keluar entah ke mana pulang. Wajah gadis itu masam mencuka sebaik sahaja bertentangan mata dengan Nazim. Nazim sedar akan hal itu.
�Nad, jemput makan sama. Hari ini kita ada tetamu istimewa.�
Hendak tidak hendak terpaksalah Nadya menghampiri meja makan yang sudah penuh. Dia sedar akan kehadiran seorang wanita yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
�Kenalkan Auntie Marissa. Mar, I kenalkan anak dara I, Nadya��
Sebaik nama Marissa disebut secara automatik Nadya menoleh ke arah Nazim. Lelaki itu berpura-pura tidak menyedari akan pandangan itu.
�Wah dah besar kan ? Dulu kali terakhir autie tengok kecik lagi.�
Nadya berusaha untuk menghadiahkan senyuman ikhlas sedangkan perasaannya ketika itu benci benar melihat wanita yang duduk disebelah ibunya itu.
�Nadya sudah makan belum? Kalau belum mari makan sama. Nanti umi ambilkan kerusi lain.�
�Tak apa. Nadya ambil sendiri.�
Nadya menghilang ke dapur dan kembali dengan sebuah kerusi. Dia sengaja memilih duduk di sebelah Nazim. Rapat dengan lelaki itu! Dia perasan akan riak wajah wanita bernama Marissa itu yang berubah seratus peratus dan dengan sengaja dia meminta Nazim mengambilkan pinggan yang telah siap diisi nasi untuknya.
***
Satu Keputusan
�I dah bercerai dengan Julien. Dah tiga tahun I bercerai dengan dia.�
�Jadi apa kena mengena dengan I?�
Riak kurang senang jelas kedengaran dari bicara Nazim. Kalau ikutkan hatinya yang marah dan sakit mahu sahaja dihalau Marissa keluar daripada pejabatnya.
�Hakim beritahu I yang you masih sendiri kerana I, kerana you masih cintakan I.�
�Hah? You jangan nak perasan boleh tak Mar!? Perasaan I terhadap you dah lama mati tau?! Yang ada sekarang adalah perasaan benci!�
�You tipu! Kalau tak, kenapa you masih tak berkeluarga? Kenapa you masih membujang? I tahu selama ini salah I... I minta maaf. Kita mulakan semula ya, Im?�
Nazim mendengus. Dia bangun daripada duduknya dan menghampiri tingkap bilik pejabatnya. Dadanya sekarang sedang berombak kencang. Degupan jantungnya tidak teratur. Mendengar setiap butir bicara yang keluar daripada Marissa buatkan luka lama berdarah kembali.
�I masih sayangkan you, Im. Perasaan I terhadap you tak pernah hilang sikitpun. I bersama Julien kerana impian semata bukan kerana I cintakan dia! I love you, Zim! Please� percayakan I� I tahu you masih cintakan I kan ?!�
Terus tubuh sasa milik lelaki itu dipeluk erat. Dan saat itulah pintu bilik Nazim ditolak. Kaku Nadya berdiri betul-betul di hadapan pintu melihat Nazim yang berada di dalam pelukan Marissa. Begitu juga dengan Nazim yang langsung tidak menyangka akan kehadiran gadis itu.
�Nadya!�
Panggilnya sebaik sahaja Nadya memusingkan badan dan terus berlalu. Serentak dengan itu tubuh Marissa ditolak kasar oleh Nazim. Dia berlari untuk mendapatkan Nadya.
�Tunggu Nadya!�
Nadya berpaling. Matanya sudah memerah tetapi ada senyuman terukir di bibirnya.
�Nadya tak akan ganggu uncle lagi. Lupakan pengakuan Nadya dan permintaan papa.�
�Nadya� apa yang Nadya tengok tadi bukan apa yang Nadya fikirkan.�
Gadis itu senyum lagi. Senyuman yang berserta dengan air mata. Nadya memasuki lif yang sudah sedia terbuka.
�Jangan risaukan Nadya. Esok lusa Nadya akan dapat lupakan perasaan ni. Semoga berbahagia.�
Pintu lif tertutup. Nazim kaku ditempatnya berdiri. Fikirannya tidak dapat memikirkan apa-apa. Lama dia berdiri di situ sehinggalah kedengaran bunyi dentuman dari bawah. Nadya!
Bergegas Nazim menuruni anak tangga. Sebaik sahaja dia sampai ke bawah, dia melihat orang ramai mengerumuni tengah jalan. Dia hanya terfikirkan Nadya saat itu. Nazim berlari ke arah kerumunan itu dan sebaik sahaja dia melihat Nadya dia terus menerpa ke arah gadis itu.
�Kenapa jadi macam ni? Ya Allah!�
�Nadya okey. Luka sikit je.�
�Ini sikit Nadya kata? Kenapa tak tengok kiri kanan sebelum melintas? Suka bagi orang takut macam ni ya? Apa yang uncle nak cakap dengan papa dan umi Nadya nanti?�
�Yang uncle risau sangat ni kenapa? Nadya tak ada apa-apalah. Kalau ada apa-apa pun apa uncle peduli?!�
Nadya cuba bangun walaupun kakinya terasa sakit. Kakinya mungkin terseliuh. Nasib baiklah kereta itu tadi tidak terlalu laju kalau tidak entahlah apa nasibnya. Kerana kecuaiannya yang terlalu emosi, dia membuatkan pemandu kereta itu terpaksa memulas stereng kereta sehingga melanggar deretan tong sampah yang berada di tepi jalan kecil itu. Dia dilanggar sedikit sahaja bahagian kereta itu.
Melihat Nadya yang terhuyung-hayang, Nazim memaut tangan dan merangkul pinggang gadis itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menyentuh Nadya begitu tetapi dalam keadaan begini dia terpaksa.
�Tak payahlah nak tolong! Nadya bukan lagi budak kecik macam yang uncle fikir!�
�Cuba jangan degil! Erm� kereta encik ke?�
Nazim beralih kepada lelaki berkemeja merah hati yang sedari tadi membelek-belek keretanya. Nyata riak kurang senang terpamer di wajah lelaki itu.
�Macam ni.. office saya kat sebelah restoran tu. encik bawa kereta encik ke bengkel dan segala bayaran encik boleh claim dengan saya nanti.�
Lelaki itu mengangguk. Nazim memapah Nadya ke keretanya. Kunci kereta yang sememangnya berada di dalam saku seluarnya dikeluarkan.
�Nadya tunggu dalam kereta. Uncle nak naik office ambil wallet. Tunggu tau!?�
Nadya angguk sahaja. Dari jauh dia melihat Marissa sedang menunggu Nazim di kaki lima . Wanita itu bercakap sesuatu dengan Nazim dan lelaki itu bagaikan membalas kasar kata-kata Marissa tetapi tidak dapat didengar oleh Nadya. Seketika kemudian, Marissa berlalu dengan riak muka masam mencuka.
�Apa uncle cakap dengan Auntie Marissa?� tanya Nadya sebaik sahaja Nazim kembali.
�Tak ada apa-apa.�
�Uncle tetap akan kahwin dengan auntie ke?�
�Masa bila pulak uncle kata nak kahwin dengan dia?�
�Habis tu dalam office tadi berpeluk sakan! Dah tak tahu halal haram!�
�Bukan uncle yang peluk. Dia yang peluk uncle.�
�Samalah tu!�
�Tak samalah, sayang!�
�Tak payah nak panggil Nadya sayang kalau hati tu tak ada pun rasa sayang tu!�
�Ya Allah budak ni! Uncle memang sayangkan Nadya sejak dulu lagi.�
�Alah, kalau setakat macam sayang papa kat Nadya baik tak payah! Nadya tak perlukan sayang macam tu lagi! Cukuplah papa je.�
Nazim tergelak. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya mula dipandu keluar menuju ke klinik yang berdekatan.
�Macam budak-budaklah Nadya ni!�
�Lantaklah. Kalau Nadya tak macam budak-budak pun bukan uncle mahukan Nadya sebagai isteri. Tak ada bezanya pun!�
�Macam mana nak jadi isteri kalau dok panggil uncle?! Pernah dengar ke isteri panggil suaminya uncle�
�Apa maksud uncle ni? Cakap direct terus boleh tak?�
Nadya sudah memusingkan badannya menghadap Nazim. Hatinya sudah berbunga riang tetapi dia mahukan kepastian terlebih dahulu daripada lelaki itu.
�Uncle lagi?�
Nazim ikut menoleh ke arah Nadya sebelum dia kembali memusatkan pandangannya ke arah jalan raya. Senyuman mengusik terukir di bibirnya tika itu.
�Habis tu?�
�Three.�
�Uncle! Jangan main-main boleh tak?�
�Okey. Kita pergi klinik dulu. Sambil tu Nadya fikirlah nak panggil apa. Lepas tu kita jumpa papa dan umi Nadya. Bagi jawapan yang mereka mahukan sebelum ni!�
�Betul ni? Tak main-main?�
�Ada muka main-main ke?�
Senyuman lebar terukir di bibir Nadya. Air mata gembira di seka dengan hujung jari jemarinya. Dia faham benar akan maksud kata-kata Nazim itu!
***
�Ingat Zim, jangan sesekali kau cuba lukakan hati Nadya. Papa serahkan Nadya kepada kau kerana yakin Nadya akan bahagia. Ingat tu?�
Terasa janggal bila mana mendengar Mahadi membahasakan dirinya sebagai papa. Lebih janggal dia sekarang ini perlu dan wajib memanggil lelaki itu sebagai papa dan Suhana yang selama ini dipanggil kakak itu perlu digantikan dengan panggilan umi. Kesemua rakan-rakan yang rapat dengan mereka nyata terkejut bila mengetahui berita itu. Memasing sibuk bertanya itu ini. Paling mereka pelik bila mengetahui Mahadi sendiri yang �melamar� Nazim untuk Nadya, satu-satunya anak lelaki itu bersama Suhana. Marissa pula akibat kecewa bila mengetahui akan berita itu pulang semula ke Paris .
�Jangan risau, insyaALLAH Zim tak akan sia-siakan amanah ini.�
Sekadar itu mampu dibalasnya lantaran rasa segan masih menggunung. Mana tidaknya sahabat yang selama ini berkau dan aku sahaja tetiba menjadi bapa mentuanya. Segala-galanya berputar tiga ratus enam puluh darjah.
�Apa yang abang menungkan tu? Tak mahu salin baju pengantin tu ke?�
Teguran daripada Nadya menyedarkan dia dari lamunan. Dia memandang isterinya yang sudah menukar pakaian. Walaupun mereka menggunakan khidmat catering tetapi ada perkara-perkara yang perlu mereka bantu.
�Mari sini kejap.�
�Buat apa?�
�Marilah.�
Nadya ikut sahaja arahan suaminya itu. Dia menghampiri Nazim yang sedang duduk di birai katil. Dia mengambil tempat disebelah suami yang baru dinikahinya itu. Pantas tubuhnya dirangkul erat oleh Nazim.
�Terima kasih.�
�Kenapa pulak?�
�Sebab berterus-terang dengan abang tentang perasaan sayang.�
�Patutnya abang berterima kasih kat papa. Kalau papa tak bagi tahu idea gila dia ni� sampai bebila pun sayang tak akan mengaku depan abang. Rupanya papa tahu sayang sukakan abang!�
�Maksudnya papa tahu dulu sebelum dia tanya dengan abang?�
�Aah. Itu yang papa beritahu sayang selepas kita balik rumah nak beritahu papa pasal hal tu. Papa juga beritahu, yang dia dapat rasakan abang juga ada perasaan yang sama terhadap sayang tapi abang tak sedar sebab abang masih tak dapat lupakan Auntie Marissa.�
�Ye ke? Abang jatuh cinta dengan sayang?�
�Yalah. Kalau tak papa kata tak mungkin dia nak kahwinkan kita berdua.�
�Erm� abang seganlah dengan papa dan umi. Bayangkan sebelum ni abang berkawan baik dengan papa tetiba jadi menantu dia pulak!�
�Alah lama-lama nanti biasalah. Dahlah, abang tukar baju cepat. Nanti orang kat luar tu fikir bukan-bukan pulak! Sayang keluar dulu.�
�Kejap.�
�Kenapa?!�
Nazim menarik Nadya yang sudah bangun supaya dekat kepadanya. Pipi gadis itu dikucupnya kiri dan kanan. Begitu juga dengan sepasang mata dan dahi gadis yang sudah bergelar isterinya itu.
�Terima kasih kerana cintakan abang dan abang berjanji akan mencintai sayang seperti mana abang sayangkan diri abang.�
�Me too.�
Cerpan nih CN buat dah lama... dok godek2 pendrive zaman toklat terjumpa plak... hahaha... oleh kerana BA1P belum jumpa cahaya.. dok tersesat jer... jadinya CN 'up' lah n3 ini. Sebelum2 ni tak letak sebab citer ni macam tak logik je.. hehehe... okey harap korang bacalah... CN bukan setakat tak ada idea nak letak n3 BA1P kerjapun ofis pun berlambak sebab kena buat kerja orang yang berhenti sekali. Inipun CN curi2 barang seminit dua nak betulkan mata yang berpinar-pinar ngan badan yang sengal2 ubi nih!
0 Response to "Cerpan : Uncle Dihatiku."
Post a Comment