Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 22

Puan Miskiah menggeleng melihat anak sulungnya yang termenung dari tadi. Entah apa yang dimenungkan tidaklah diketahuinya. Bila ditanya Maisara hanya menggeleng sahaja. Sejak anaknya balik tanpa memberitahunya dua hari lepas dia memerhati sikap anaknya itu. Termenung sana sini. Kekadang itu bila dipanggil langsung tidak berpaling. Mahu ditanya suaranya tidak terkeluar. Mulutnya terkunci. Memang sejak dulu dia dengan anak-anak tidak begitu banyak bercakap terutama dengan Maisara. Bercakap bila perlu dan ada hal yang mahu dicakapkan. Bukan mereka tidak mesra Cuma begitulah senario dalam keluarga mereka.
�Ecah, hang cuba pergi tanya akak hang tu awatnya lagu tu! Risau mak tengok!�
Suaranya perlahan meminta anak keduanya itu bertanyakan hal yang mengganggu Maisara. Nur Aisyah mengeluh berat. Kakaknya itu kalau ada masalah mana mahu bercerita dengan orang. Dengan adik-beradik sendiri pun jangan haraplah. Namun melihat kakaknya yang begitu dia sendiri naik rimas.
Akhirnya, selepas beberapa minit dia bangun dari duduknya dan menghampiri Maisara yang sedang termenung jauh di beranda rumah. Dia menggaru-garu keningnya, memikir-mikir bagaimana mahu memulakan perbualan. Sempat dia menoleh ke belakang, dengan isyarat mulut sahaja Puan Miskiah menyuruh anak yang dipanggil Ecah sedari kecil itu meneruskan langkahnya.
�Kak Long��
Perlahan dia memanggil. Tiada reaksi. Nur Aisyah mengeluh. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Maisara.
�Kak Long��
Kali ini suaranya sedikit meninggi sambil tapak tangannya menepuk perlahan bahu Maisara. Sedikit terkejut Maisara. Dahinya berkerut dengan riak wajah kurang senang kerana diganggu.
�Kak Long fikirkan pasal apa ni? Ecah tengok dari Kak Long balik hari tu akak macam ni? Pasal Abang Azwan?�
�Tak adalah!�
�Habis tu? Kenapa dok termenung jer sampai mak tu susah hati tau?!�
�Tak ada apalah, Ecah. Kak Long okey.�
�Okeylah sangat tu!? Kak Long, kalau orang tu okey tak adanya dok termenung sana sini.�
Nur Aisyah semakin berani. Geram juga hatinya bila Maisara tetap tidak mahu bercerita. Bukan dengan sesiapapun dengan adik sendiri!
Keluhan berat Maisara lepaskan. Dia tidak tahu mahu bercerita bagaimana. Perasaannya kini berkecamuk. Antara perasaan marah, dendam, duka dan teraniaya.  Antara Faiz dan Azwan. Dia sedang menghitung hari detik dan saat Azwan akan bergelar suami untuk kali ke dua. Bukan dengannya tetapi dengan wanita pilihan ibu lelaki itu. Figura Hajjah Kalsum singgah di ruang matanya. Wanita terhormat itu membuatkan dirinya terkilan dan kecewa. Masakan tidak, memandang kesempurnaan sehingga menafikan hak wanita lain untuk anaknya.
�Tengok tu� dok mengeluh je!�
�Erm� Abang Azwan akan berkahwin tak lama lagi.  Entah-entah sekarang ni dah bertunang.�
Nur Aisyah tidak langsung menunjukkan riak dia terkejut. Tentang hal itu awal-awal lagi dia sudah tahu. Azwan sendiri memberitahu hal itu. Lelaki itu akan bernikah dengan pilihan ibunya pada hari yang sepatutnya menjadi hari kakaknya bergelar isteri. Azwan meminta perkara itu dirahsiakan. Cukuplah Maisara hanya mengetahui bahawa dia akan bernikah selang tiga bulan lagi. Nur Aisyah simpati dan kasihan dengan Azwan dan Maisara. Pada hari Azwan menghubunginya dia hamburkan rasa kecewa terhadap ibu lelaki yang pernah bergelar tunangan kakaknya itu. Dia tidak peduli akan apa perasaan Azwan.
�Biarlah Kak Long. Nak buat macam mana. Dah bukan jodoh Kak Long dengan Abang Azwan. Mana tahu esok-esok ada lelaki yang jauh lebih baik daripada Abang Azwan tu datang meminang akak. Yang emak dia tak cerewet macam emak Abang Azwan tu.�
Maisara tersengih. Mengenali Azwan, dia merasakan lelaki itu sudah cukup sempurna. Dia tidak pasti akan ada lelaki seperti Azwan lagi dan saat itu raut wajah Faiz tetiba menyapa. Maisara menggeleng. Bukan lelaki itu!
�Kalaulah ada kan� umur Kak Long bukan muda lagi.�
�Alah baru tiga puluh dua. Zaman sekarang mana orang tengok dah semua tu. Entah-entah Kak Long dapat lelaki ganteng macam Baim Wong tu! Jauh lebih muda dari Kak Long lagi!�
Senyum sampai ke telinga Nur Aisyah bila menyebut pelakon Indonesia kesukaannya itu. Di rumah ini, hanya dia seorang sahaja penggemar cerita-cerita dari seberang itu tambahan pula kalau pelakonnya adalah Baim Wong. Semua kerja tak menjadi. Kedai pun tak dibukanya.
�Kak Long ni masih sedar diri lagi tahu nak bercinta dengan lelaki lebih muda. Tiap-tiap hari Kak Long cermin diri.� Dia sudah mula tergelak kecil. Raut wajah Faiz yang cuba disingkirkan dari pandangan matanya bagaikan tidak mahu pergi. Tersenyum-senyum kepadanya. Senyuman yang tidak pernah berubah.
�Eceh�. Ingatkan tak reti guna cermin. Apalah Kak Long ni� orang zaman sekarang ni dah tak hairan dah dengan lelaki lebih muda. Ada tu sampai dua puluh tahun perempuan lebih muda dari lelaki. Tak ada hal punya! Kak Long bukan tak cantik��
�Eleh, hang cakap pandai. Dulu si Zarul tu beria nakkan hang, hang tolak. Konon dia muda dari hang. Tak matanglah� macam budak-budaklah.�
�Gila? Budak tu baru lepas STPM. Anak Mak Cik Seri pulak tu! Nak kena perambat dengan penyapu kalau orang terima budak tu!�
Maisara ketawa lepas. Mengingatkan balik bagaimana Zarul yang merupakan bekas anak muridnya semasa mengajar tuisyen beberapa tahun lepas cuba mengorat adiknya benar-benar terasa lucu. Sehinggakan Nur Aisyah terpaksa menyuruh Azman berlakon sebagai kekasihnya yang akhirnya benar-benar menjadi suaminya kini.
�Akak janganlah sedih sangat. Ecah tahu Abang Azwan tu lelaki baik dan mungkin nak dapat lelaki seperti dia susah sekarang ni tapi Kak Long kena yakin setiap apa yang terjadi tu ada sebabnya. Allah tentu sahaja ada percaturan yang lebih baik untuk Kak Long.�
Ketawa Maisara sirna. Dia mengeluh lagi. Entahlah!
�Dahlah tu! Rimaslah tengok Kak Long macam ni. Tak payah fikir pasal Abang Azwan tu. Hidup kena teruskan. Kalau terus-menerus macam ni memanglah tak ada lelaki nak dekat. Muka masam mengalahkan kimci jer!�
Tangan Maisara sudah mendarat di atas peha Nur Aisyah. Menjerit kuat wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu itu. Terlupa pula dia penangan tapak tangan Maisara memang terasa bisanya.
�Hang tu macamlah pernah rasa kimci tu macam mana. Ikut sedap je nak bercakap. Dahlah, Kak Long nak naik��
�Orang pernah buatlah kimci.  Tanya emak kalau tak percaya, siap emak suruh buat letak kat kedai lagi!�
Maisara mencebik. Adiknya yang seorang ini menjadi pemilik kedai makan di pekan. Kedai makan yang diberi nama �Selera Gerik� itu sudah empat tahun diusahakan Nur Aisyah dan suaminya. Walaupun keuntungannya tidaklah seberapa tetapi sudah cukup memuaskan hati mereka. Air tangan adiknya itu memang diakui keenakannya sehinggakan sering dipuji oleh sesiapa sahaja yang merasainya.

0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 22"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel