Adsterra

PAYUNG HATI : EDISI SATU

Ralit aku memerhati Amira dan anaknya, Ahmad Firdaus yang sedang berseronok di gigi pantai. Aku tersenyum senang mendengar ketawa Amira. Ketawa yang hilang hampir tiga tahun lalu. Waktu itu aku sudah tidak kenal Amira. Dia bukan lagi Amira yang aku kenal berbelas tahun lalu. Semuanya kerana seorang lelaki yang diberi amanah tetapi gagal dalam menjaga amanah. Amira yang aku kenal sedari kecil sebagai seorang yang ceria dan sentiasa gembira sekelip mata menjadi seorang wanita yang sentiasa muram raut wajahnya. Semuanya kerana lelaki bernama Saiful Bahri. Amira sudah temui bahagia dan bahagia itu adalah bersama Syed Hafiz Lutfi.
Kelibat Syed Hafiz Lutfi yang berjalan menghampiri mereka aku perhati dengan perasaan yang berbaur. Tipulah kalau aku katakan bahawa saat ini seluruh perasaan aku untuk lelaki itu telah hilang mahupun mati. Sisanya masih wujud. Kekadang sisa itu seperti mahu tumbuh mekar tetapi cepat sahaja aku cantas.
Demi kasih untuk Amira yang menjadi sahabat aku sedari alam kanak-kanak, aku serahkan seorang lelaki yang amat aku kasihi untuk melihat senyuman bahagia terukir di bibir wanita itu. Bukankah kita seharusnya menyerahkan sesuatu yang kita sayang kepada seseorang itu? Dalam kes aku, aku menyerahkan Syed Hafiz Lutfi! Ini bukan sedekah tetapi ini kasih sayang!
You gila ke Nisa? Apa pengorbanan yang cuba you lakukan ni? You nak suruh I bernikah dengan Amira?�
Antara aku dan Syed Hafiz Lutfi adalah kisah cinta yang tidak diketahui oleh teman-teman rapatku termasuk Amira. Aku sembunyikannya tanpa ada alasan yang kukuh. Cuma waktu itu aku belum cukup bersedia untuk memberitahu orang lain tentang hubungan kami.
�You ingat I ni barang sedekah ke Nisa? You ingat senang-senang I nak jatuh hati pada perempuan lain? Senang-senang untuk I menerima perempuan lain? Pengorbanan apa yang you cuba buat ni Nisa?�
Saat itu dia tidak pernah faham erti seorang sahabat untuk seorang aku ini. Berhari-hari dia menjauhkan diri. Berhari-hari bermasam muka denganku sehinggakan Encik Vijay sedar akan hal itu. Akhirnya aku terpaksa menghantar emel kepadanya. Aku nyatakan kepadanya cinta aku kepadanya tidak akan sama akan rasa kasih sayang aku terhadap Amira. Aku juga katakan kepadanya aku sedar akan perasaan Amira terhadapnya. Sedari hari pertama aku memperkenalkan mereka berdua. Amira tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap mana-mana lelaki sebelum ini melainkan Syed Hafiz Lutfi.
Tidak sampai sejam selepas emel itu aku hantar aku telah menerima balasan emel daripada lelaki itu. Ringkas.
Up to u Nisa. Kalau itu yang u mahukn.
Ya, benar-benar ringkas dan tidak sampai seminggu kemudian Amira menghubungi aku dengan suara yang jelas begitu gembira. Kegembiraan yang aku rasa telah hilang daripada hidup Amira sepanjang dia hidup bersama Shaiful Bahri.
Amira bercerita bahawa dia terserempak dengan Syed Hafiz Lutfi. Jujurnya waktu itu aku merasakan seluruh duniaku gelap. Terdiam dan tergamam seketika. Aku biarkan Amira seronok bercerita. Langsung tanpa sepatah kata aku menyampuk!
Cerita antara aku dengan Syed Hafiz Lutfi benar-benar tamat bila lelaki itu melamar Amira. Aku gembira dalam tangis.
�I melamar Amira kerana you. I buat semua ni sebab you yang mahu. Semuanya akan jadi salah you kalau Amira tak akan bahagia.�
Itu ugutan Syed Hafiz Lutfi beberapa hari sebelum dia melafaz akad janji seorang suami dan aku hanya mampu terdiam, tanpa sebarang kata.
�Jauhnya kau termenung, sampai aku panggil pun tak dengar.�
Suara itu mengejutkan aku dari lamunan.  Amira sudah berdiri di hadapan aku dengan riak wajah yang sedikit mencerut. Kepalanya tergeleng-geleng.
�Apasal cari aku? Dah habis main pasir?�
�Tak larat dah. Biarlah Daus main dengan Hafiz. Yang kau dari tadi aku tengok tersengih kenapa? Kau ingatkan siapa?�
Amira mengambil tempat disebelah aku. Aku sengih sahaja sebagai jawapan. Tercari-cari ayat untuk menjawab sebenarnya. Masakan perlu aku beritahu tentang apa yang aku ingatkan tadi!
�Bila kau nak kahwin?�
Soalan yang tetiba keluar daripada mulut Amira itu membuatkan aku berpaling ke arahnya. Amira tidak memandang aku sebaliknya pandangannya jauh memandang anak dan suaminya yang sedang membina istana pasir sambil berborak.
�Kalau aku minta sesuatu daripada kau boleh?�
Suara itu kedengaran janggal kepadaku. Suara yang boleh kutafsirkan bagai punya sesuatu yang besar. Wajah itu berubah keruh. Aku jadi tak sedap hati dengan bicara dan raut wajah yang terpamer itu.
�Anis�. Aku dah tahu semuanya. Aku dah tahu apa hubungan kau dengan Hafiz. Kenapa kau buat macam ni Anis?�
Saat Amira memalingkan muka memandang aku, aku larikan pandangan ke arah sekumpulan rakan sekerja yang lain yang sedang bermain bola tampar. Getaran jantungku usah katalah. Berdegup pantas, serasa mahu pecah. Rasanya tapak tanganku yang menekap pasir tidak mampu menahan getaran tanganku. Angin pantai yang tadinya dingin bagaikan sudah bertukar panas bila menyapa tubuhku. Ya ALLAH, tolonglah aku!
�Aku kenal kau bukan sehari dua, Nisa�.�
Kedengaran Amira mengeluh lemah dan aku masih seperti tadi.
�Tapi aku buta untuk melihat apa yang wujud antara kau dan Hafiz. Aku lupa kau sememangnya dari dulu susah untuk kau beritahu kami tentang lelaki yang istimewa dalam hidup kau tapi selama ini aku selalu alert� aku selalu sedar kalau ada sesuatu antara kau dengan lelaki yang kau perkenalkan sebagai kawan. Aku minta maaf Nisa dan aku rasa amat bersalah. Nisa�.�
Aku masih berpura-pura memandang ke arah anak kecil salah seorang rakan sekerja yang galak berlari. Berpura-pura terpesona dengan tingkah si comel itu.
�Aku tahu kau dengar tapi kau buat-buat tak dengar. Nisa, aku redha sekiranya Hafiz memperisterikan kau.�
Nyata baris terakhir kata-kata Amira itu berjaya membuatkan aku berpaling ke arahnya. Entahlah aku tidak tahu reaksi wajahku saat itu tetapi yang pasti aku marah dan tidak percaya. Senyuman yang tersungging di bibir itu bagaikan tidak terkesan dengan reaksi aku. Ditarik tanganku dan digenggam erat jari-jemariku.
�Aku tahu Nisa� Hafiz mengahwini aku kerana paksaan kau dan kau pula memaksa Hafiz kerana aku pernah tunjukkan minat aku terhadap Hafiz. Sebelum aku tahu, aku tertanya-tanya kenapa Hafiz kekadang begitu dingin dengan aku. Kekadang aku selalu merasakan dia tidak ikhlas bila menyatakan dia sayangkan aku. Dan akhirnya aku tahu juga sebabnya.�
�Mana kau tahu?�
�Dari handphone dia. Sejak kahwin aku memang tak pernah sentuh telefon dia. Bunyi call ke SMS ke aku biarkan aje. Mungkin ALLAH nak tunjuk kat aku�selama ni aku ambik hak kawan aku sendiri. Hari tu aku baru terperasan dia ada dua handphone. Satu handphone tu aku memang tak pernah tengok. Bila aku belek inbox, ada banyak SMS dari someone yang Hafiz save nama dia sebagai �Sayang�. Mula-mula aku rasa sakit hati bila baca SMS yang mula-mula tapi bila aku baca semuanya baru aku faham. Bila aku cek nombor tu dan nombor tu nombor kau. Aku minta maaf, Nisa.�
Ada air mata yang mengalir dari tubir matanya yang membuatkan aku rasa serba salah. Aku membuang pandang ke arah Syed Hafiz Lutfi dan Ahmad Firdaus. Asyik benar lelaki itu melayan Ahmad Firdaus. Tidak jelas butir bicara mereka melainkan kedengaran suara mereka sahaja yang sesekali ketawa riang. Aduhai kenapa saat yang aku tidak inginkan akhirnya berlaku juga? Tidak bolehkah rahsia ini tersimpan sehingga akhir hayat?
�Kau anggaplah aku meminang kau untuk Hafiz. Setuju sahaja dan aku akan uruskan semuanya.�
�Kau gila, Mira!�
Lantas aku bangun dan menyapu pasir yang bersisa di punggung. Sudah tidak petah lama-lama bersama Amira. Aku perlu lari dari perkara ini kerana aku tidak pernah bersedia. Aku tidak mungkin akan pernah bersedia!
�Aku tak mahu terus kau beralah dengan aku, Anis. Ini bukan pertama kali��
�Anis!�
Panggilan itu mematikan kata-kata Amira. Aku menoleh ke arah suara lelaki yang sudah biasa aku dengar itu. Sufian. Kalau tidak kerana perkara yang telah terbongkar ini mungkin kehadiran lelaki itu begitu tidak aku senangi tetapi sekarang dia bagaikan penyelamat.
�Maaflah Mira, aku dah janji nak jejalan dengan Sufian.�
Aku pandang Amira sekilas sebelum mengatur langkah menghampiri Sufian dengan senyuman yang buat pertama kalinya terukir untuk lelaki itu. Tentu dia pelik! Oleh itu sebelum Sufian terlebih dahulu menghampiriku dan bertanya tentang kepelikan itu adalah lebih baik aku terlebih dahulu menghampirinya.
�Jom� kita naik basikal, pusing-pusing kampung.�
Dahi Sufian berkerut. Jelas parut hampir seinci di tepi keningnya. Katanya dulu, parut itu parut kenangan sewaktu remaja, terkena libasan parang akibat bergaduh. Waktu itu dia memang malas belajar. Akibatnya keputusan SPM tidak seperti kakak-kakaknya dan kerana keputusan cukup makan itu dia tidak menyambung pelajaran di mana-mana pusat pengajian awam mahupun swasta. Akhirnya dia sekadar mampu menjawat jawatan sebagai budak pejabat. Tetapi bukan sebab itu aku tidak menyukainya. Ah, perlukah ada sebab untuk tidak menyukai seseorang?
�Awak okey ke tak Nisa? Bukan ke��
�Ikut je lah! Jom!�

***

�Awak kenapa tadi? Serius semacam je?�
�Tak ada apalah.�
Aku menjawab acuh tidak acuh sahaja sambil membaringkan basikal ke atas lantai pasir. Mahu ditongkat takut nanti belum apa-apa sudah menyembah bumi. Aku lihat Sufian ikut sama membaringkan basikalnya.
�Pasal Hafiz?�
Aku menoleh saat serkap jarang Sufian mengena. Lelaki itu tersengih. Menampakkan jaluran berupa kerutan di hujung matanya.
�Nak tahu macam mana saya tahu? Sebab��
Sufian berjeda di situ. Rasanya muka masam mencuka aku ini tidak mampu menghilangkan sengihan yang terukir di bibirnya. Malah dia semacam sengaja membuatkan aku tertunggu-tunggu.
�Saya pernah nampak awak dengan dia keluar. Bukan main mesra lagi. Bukan setakat tu, awak pernah nak send SMS kat Hafiz tapi terhantar kat saya. Hahaha�.�
Aku menelan air liur. Ketawa itu bagaikan dibuat-buat. Jelas benar! Sambil itu aku memikir-mikir bila masa aku pernah tersalah menghantar pesanan kepadanya?
�Apa yang saya send?� Soal aku sedikit meninggi, menutup kegugupan yang menyerang tetiba.
�Encik Hafiz, saya sayangkan awak sangat sangat sangat� entah berapa banyak sangat entah yang awak taip!�
�Awak tipu! Mana ada saya��
�Nak bukti? Saya masih simpan lagi SMS tu.�
Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika kemudian ditunjukkan pesanan ringkas yang dimaksudkan olehnya tadi. Membulat mataku saat membaca setiap patah perkataan itu. Ya ALLAH malunya aku!
Delete lah! Yang awak simpan tu buat apa?!�
�Suka-suka. Hahaha��
�Bagi handphone  tu saya delete SMS tu!�
Terus telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam kocek seluar tracknya. Aku mendengus kasar, kurang berpuas hati dengan Sufian. Mengapa dia harus menyimpan benda yang sudah hampir setahun itu? Buat apa? Sedangkan aku sudah membuang segala pesanan daripada Syed Hafiz Lutfi itu! Nombor telefon peribadinya pun sudah tiada dalam simpananku.
�Saya akan delete kalau awak cerita kepada saya apa yang berlaku tadi? Kenapa saya tengok muka isteri Hafiz tu lain macam je?!�
�Lain macam, macam mana? Dan kenapa pulak saya nak kena cerita dengan awak?!�
�Sebab saya tahu saya telah menyelamatkan awak dari keadaan perang dunia ke tiga tadi! Jadi awak �berhutang� dengan saya dan sebagai cara melangsaikan hutang tu awak kena bercerita kepada saya tentang tadi.�
�Tak kuasa saya!�
�Erm tak kuasa erk? Kalau saya tunjuk SMS ni kepada isteri Hafiz tu macam mana ya?�
Membulat mataku memandang Sufian yang tergelak-gelak. Lelaki ini memang sengaja nak cari nahas dengan akulah! Bukan nak menyenangkan hatiku tapi menyusahkan aku!
Aku capai semula basikal berwarna biru tua dan mula menyorong kembali ke jalan bertar yang hampir seratus meter dari pantai.
�Hey, relakslah! Saya bergurau je.�
�Lantak awaklah. Nak delete ke nak tunjuk kat Amira ke, sebab Amira dah tahu! Dia tahu saya dulu pernah couple dengan Hafiz! Dia nak saya bernikah dengan Hafiz, dia melamar saya untuk suaminya! Dah jelas?!�
Wajah Sufian sudah berubah rona. Tiada sengihan mahupun senyuman malah ketawa seperti tadi. Matanya yang kelihatan sepet tadi bagaikan normal kembali.
�Jadi? Awak terima?�
�Awak gila? Saya ni masih waras lagi tahu nak hidup bermadu. Tambahan dengan kawan sendiri!�
�Okey apa? Bermadu dengan kawan sendirilah lebih senang. Saling faham-memahami!�
Sekejap cuma senyumannya sirna. Memang tak boleh harap betul lelaki ni! Boleh main-main pulak!
�Awak lelaki� memanglah suka bab-bab madu ni! Kalau boleh seratus, seratus nak!�
�Nisa� Nisa� saya ni nak cari seorang isteri pun susah inikan pula seratus! Nak bagi anak orang makan apa? Pasir?�
Dia gelak lagi! Sedar diri pulak mamat ni!
�Tahu pun! Ingatkan tak sedar diri tadi!�
Ketawa lelaki itu lepas. Entah di mana lawaknya kata-kataku tadi tidaklah aku pasti.
�Aduhai� awak ingat saya ni berangan kerja CEO ke? Saya ni despatch je. Awak pun tak pandang saya kan?!�
Aku mencebik. Bukan sebab itu yang membuatkan aku �tidak pandang� Sufian. Jujur! Bukan sebab dia sekadar budak pejabat. Tidak sama sekali!
�Dahlah, jom kita pusing-pusing sini. Lepas tu balik ke resort. Tadi Mr. Elvin sudah beritahu kita check-out lewat sikit. Pihak resort bagi extend sampai lepas lunch!
Sufian menyorong basikalnya terlebih dahulu ke jalan. Perlahan-lahan aku mengikutnya dari belakang. Terkesan rasa kecil hati dari bicaranya tadi. Ini yang aku tak suka ni!



***

�Mira benarkan kita bernikah!�
Rasanya mahu tersembur biskut kering yang baru kukunyah bila secara tetiba Syed Hafiz Lutfi bersuara. Dengan mulut yang penuh dengan biskut aku mendongak memandang lelaki itu yang sedang berdiri di hadapanku.
You ni tak berubahlah Nisa. Dapat makan biskut mayat tu macam dapat makan makanan paling sedap di dunialah!�
Aku menjeling tajam. Segera aku habiskan kunyahanku. Aku turut berdiri. Nasib baiklah saat ini tiada sesiapa yang duduk berdekatan aku. Ravin sedang berada di mesin fotostat, manakala Siew Man dan Jason Ling tiada di pejabat kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan.
You ni kenapa Hafiz? Sanggup you nak sakitkan hati Mira?�
�Eh, dia yang benarkan I kahwin satu lagi. Dengan syarat, orang itu adalah you.
Wajah itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Malah tersenyum-senyum. Apa yang dia sukakan sangat?!
�Gila! I tak nak. I banyak kerja ni, jadi if you don�t mind please��
Aku memberikan isyarat tangan supaya dia cepat beredar. Lama-lama dia di sini nanti ada pula yang perasan. Itu tidak apa lagi, kalau mereka terdengar bagaimana?
�I masih cintakan you, Nisa! Perasaan I terhadap you tak pernah hilang sedikit pun.�
Serasa panas seluruh tubuhku saat ungkapan itu melucur laju dari mulut Syed Hafiz Lutfi. Wajah Amira terbayang di mata. Apa perasaan Amira bila mendengarnya? Tidak adakah walau secalit perasaan cinta lelaki itu untuk Amira?
�Jangan nak mengada-ngadalah Hafiz. Bagi cinta you tu pada Mira, dia lebih layak! Dahlah, I malas nak bercakap pasal hal ni. I cuma nak ingatkan you, jaga isteri you dan sayangkan isteri you. You buat perangai macam Shaiful siap you!�
You dah tak sayangkan I, Nisa?�
�Tak!�
You tipu, Nisa!�
Aku pura-pura ketawa. Ya, memang aku tipu! Memang aku sedang menipu bahawa aku sudah tidak punya rasa cinta itu untuk Syed Hafiz Lutfi tetapi masakan aku harus mengakuinya. Mengakuinya bermakna aku menyakiti Amira! Tidak sama sekali.
�Buat apa I nak tipu you, Fiz? Ya, dulu memang I sayang dan cintakan you tapi sekarang perasaan I tu dah tak ada. Pertama, sebab you sekarang suami Amira. Kedua, I dah ada boyfriend baru.�
Aku sengih dengan kata-kata terakhirku sendiri. Nahas kalau tetiba lelaki ini bertanya siapa kekasih baru aku itu.
�Siapa?�
Aku dah kata dah!
�Sufian.�
�Hah? Office boy tu? You dah hilang akal ke? Budak tak berguna tu yang you nak buat laki? Entah-entah nanti you yang sara dia!�
Amboi, lelaki ni memang nak rasa penyepak aku agaknya! Sesuka hati mengutuk orang lain. Dia ingat dia tu bagus sangat ke?
�Apa you peduli? Gaji office boy tu you ingat tak mampu sara I? Dahlah Hafiz, I harap sangat you jangan nak seksa hidup Amira lagi. Cukuplah! Dia amanah yang perlu you jaga. Memang I yang nak you kahwin dengan Amira tapi Amira sayang dan cintakan you dan bila you dah berkahwin dengan dia secara otomatiknya you kena layan dia selayaknya!�
Perbualan ini harus dihentikan segera. Hari ini adalah hari terakhir aku dan Hafiz bercakap tentang hubungan kami. Untuk Amira, semuanya harus bernokhtah hari ini.
�Nisa��
Laju sahaja aku menoleh ke arah suara yang datang dari pintu masuk. Sufian lagi! Dia ni macam tahu-tahu bila diperlukan. Ada kuasa psikik ke?
�Saya menganggu ke?�
�Eh taklah. Boleh awak tunggu dalam lima belas minit tak? Saya ada kerja sikit. Lepas tu baru boleh keluar lunch.�
Sufian hanya mengangguk. Ah, dia ni memang pandai menyembunyikan reaksi mukanya yang pastinya tidak tahu apa-apa itu! Sejumlah surat diletakkan di atas meja Kak Nona, yang masih bercuti. Kemudian, Sufian mengambil tempat duduk di sofa dan mencapai majalah tanpa memperdulikan kehadiran Syed Hafiz Lutfi saat itu.
�Dan you,Hafiz, bukan you kena keluar jumpa client ke?�
Aku mencebik sebaik sahaja mendengar lelaki itu mendenggus kasar.  Lantak dialah tak puas hati ke apa!
Beberapa minit kemudian.
�Apalah nasib saya ni kan� asyik jadi hero next door je�superman bila diperlukan je�batman��
 �Udah le tu� saya belanja awak selama sebulan ni! Okey?!�
�Betul?�
�Ye lah.�
Yes! Jimat gaji mat despatch saya dua tiga ratus!�
Aku mencebik. Kemudiannya, tersenyum sendiri.

Bersambung....

****
Kerana terlebih panjang sudah, CN bahagikan kepada dua bab. :)
Kebuntuan idea untuk meletakkan tajuknya, jadi akhirnya saya memilih Payung Hati.



0 Response to "PAYUNG HATI : EDISI SATU"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel