Payung Hati : Edisi 2 : Akhir
Ingatkan hal itu sudah dilupakan Amira. Ingatkan dia sudah �sedar� tentang keinginannya menyerahkan suaminya kepadaku. Rupa-rupanya tidak. Petang itu, aku berkira-kira untuk pulang lewat ke rumah kerana ada kerja yang perlu dihantar untuk perhatian Encik Vijay hari Isnin nanti. Aku tidak mampu cutiku terganggu dengan kerja-kerja pejabat. Waktu cuti adalah waktu aku berehat dari sebarang kerja. Amira muncul ketika semua pekerja beransur-ansur pulang.
�Hei Mira, kau buat apa kat sini? Jumpa Hafiz? Dia awal-awal lagi dah balik.�
Amira menggeleng.
�Tak. Aku datang nak jumpa kau. Aku nak tanya pasal permintaan aku tu?�
�Permintaan?�
�Please Nisa� Jangan buat tak tahu.�
�Mira, keputusan aku tetap tidak. Aku tak akan mengahwini Hafiz dengan apa cara sekalipun. Perasaan aku terhadap dia dah tak ada.�
�Aku kenal kau bukan sehari dua, Nisa. Kau dari dulu memang suka sembunyikan perasaan kau. Kau berlagak seolah-olah kau okey tapi aku tahu hakikatnya tak.�
�Dan aku juga tahu, Mira� aku kenal kau pun bukan sehari dua. Aku tahu kau tak sanggup berkongsi kasih dengan mana-mana wanita sekalipun.�
�Tapi Hafiz tak cintakan aku, Nisa! Dia tak pernah mahukan aku.�
Suara itu kedengaran berbaur sebak. Aku jadi gelabah. Sudah sifatku, tidak tahu untuk memujuk bagaimana kalau ada sesiapa mula beremosi sedih begini. Dulupun, sewaktu Amira menangis teresak-esak bercerita perihal rumahtangganya yang huru-hara aku sekadar mampu menggenggam jari-jemarinya. Itu sahaja!
�Mira, aku minta-maaf. Ini semua salah aku. Aku tak patut perjudikan kebahagiaan kau tapi kau kena berjuang untuk hak kau. Bukan mengaku kalah macam ni. Hafiz milik kau.�
Ya, aku tahu bercakap memang senang tapi itu sahaja yang mampu aku katakan. Aku bukan pandai memberi nasihat. Melibatkan soal ini, lagilah aku buntu.
�Aku nak buat macam mana lagi, Nisa? Dia dingin. Dia tidak ikhlas bersama aku. Dia tidak kisah pun tentang aku.�
Aku ikut mengeluh. Sudah tidak tahu untuk bercakap lagi kerana perkara ini bersangkut paut dengan aku. Aku tahu sekiranya aku mengahwini Syed Hafiz, hati dan perasaan Amira tentu sahaja terseksa. Mungkin dia akan pamirkan senyuman tetapi sekadar luaran, dalamannya tentu sahaja terluka.
�Aku minta-maaf tapi aku tak mahu tambah lagi luka dalam diri kau, Mira. Aku tak boleh terima Hafiz dan lukakan hati kawan aku sendiri. Lagipun, sekarang aku dah tak perlukan cinta dia. I have somebody else.�
�Sufian?�
Aku tergelak mendengar telahan Amira. Lalu aku mengangguk perlahan. Maaf Sufian, saya terpaksa gunakan nama awak untuk entah kali yang ke berapa! Maaf.
�Kau pasti?�
�Pasti apa?�
�Sufian. Aku bukan nak hina dia tapi aku tak nampak dia sesuai dengan kau.�
Aku senyum. Sufian yang bertubuh sederhana, berkulit agak gelap tetapi bermata agak sepet dan mempunyai parut hampir seinci di tepi matanya itu muncul di ruang mata. Ya, dia juga punya senyuman yang canggung!
�Kekadang kita perlukan seseorang yang berlawanan dengan sifat kita untuk menjadi seseorang yang istimewa.�
�Sejak bila kau pandai berpuitis ni?�
Aku tersenyum melihat senyuman yang mula terukir di bibir Amira.
�Well� aku memang budak sastera apa? Erm kau lapar tak? Jom aku belanja kau makan. Firdaus mana?�
�Aku belum ambil dia dari baby sitter.�
�Erm.. tak apa kan kau ambil lambat sikit. Takpun kau suruh je Hafiz ambilkan dulu. Kita pergi makan sekejap.�
Amira angguk sahaja. Aku lega. Harapnya semasa makan nanti tidaklah dia timbulkan sekali lagi berkenaan keinginannya yang satu itu.
Dan kerjaku? Nampaknya esok terpaksalah aku datang ke pejabat untuk menyiapkan semuanya!
***
Pagi Isnin itu, jam tanganku baru menunjukkan ke angka lapan lima belas minit pagi. Aku tidak terus naik ke ruang pejabatku sebaliknya terus melangkah ke kantin syarikat yang terletak di tingkat dua. Keadaan yang masih awal lagi, jadi ruang kantin masih lengang. Tanpa memandang sekeliling terus aku ke kaunter yang menempatkan pilihan pelbagai makanan. Aku memilih bihun goreng dan memesan teh panas sahaja. Sebaik mengambil tempat duduk, aku terperasan akan kelibat Sufian yang memandangkan sambil tersenyum. Dia sedang bersarapan dengan beberapa orang rakan sepejabat bahagian operasi. Senyumannya aku balas tetapi sirna tetiba bila melihat tangan kanannya yang berbalut. Aku memandangnya yang masih lagi tersenyum dan mengangkat keningku serta melirikkan mata ke arah tangannya, memberikan isyarat bertanya. Dia menggeleng. Gelengannya itu membuatkan aku tidak berpuas hati. Terus aku mengeluarkan telefon bimbit yang berada di dalam beg tanganku dan menghubunginya.
�Kenapa tangan?� Soalku terus tanpa sempat memberi salam. Kedengaran ketawa kecil di hujung talian.
�Tak ada apa-apalah. Luka sikit je.�
�Mana boleh luka sikit kalau dah berbalut macam tu?!�
�Nantilah saya cerita. Tak ada apa-apa yang teruk pun. Makanlah makanan awak tu dulu. Nanti tak sempat pulak nak bersarapan.�
�Baik awak cerita cepat!�
�Hahaha� awak ni kan � Buat saya rasa semacam je. Dahlah, budak bertiga ni dah pandang semacam je. Nanti saya beritahu, okey? Jangan buat muka masam macam tu, rezeki tak mau dekat pagi-pagi ni.�
�Yalah. Ingat, tengah hari nanti lunch dengan saya.�
�Ingat.�
�Assalamualaikum.�
�Waalaikumussalam, Nisa.�
Panggilan dimatikan. Aku jadi tidak berselera pula untuk menikmati bihun goreng kosong itu. Aku kembali memandang Sufian yang sedang berborak dengan rakan-rakan sekerja itu. Langsung dia tidak memperdulikan aku! Akhirnya dalam tiada selera itu aku jamah juga bihun goreng yang selalu menjadi kegemaran aku.
�Cuba makan tu elok-elok.�
Sedikit terkejut aku mendengar suara Sufian yang tetiba. Lelaki itu sudah mengambil tempat di kerusi berhadapan denganku dengan senyuman yang tersungging di bibirnya. Aku sambut senyuman itu dengan jelingan.
�Amboi, dia punya jelingan!�
�Lantaklah. Sesuka hati je nak sergah orang macam tu. Nasib baik tak tercekik bihun ni tau!�
Dia ketawa lepas tanpa memperdulikan rakan-rakan sekerja yang lain yang mula memenuhi ruang kantin. Mahu sahaja aku baling sudu masuk ke dalam mulutnya itu!
�Awak ni� awak pun makan macam nak tak nak jer, ada hati nak salahkan saya! Cuba makan tu elok-elok sikit. Pegang sudu dengan garpu tu betul-betul.�
�Bihun goreng ni tak sedaplah!� Beritahu aku sambil meletakkan sudu dan garpu ke atas pinggan.
�Aik, rasanya tiap-tiap pagi kalau sempat sarapan bihun goreng tak sedap ni jugak yang awak makan. Tetiba hari ni tak sedap pulak. Kenapa?�
�Dah tak sedap, tak kan nak cakap sedap pulak! Tu tangan awak tu kenapa? Tadi datang kerja naik apa?�
Dia masih gelak. Aku memandang tanganya.
�Jatuh motor hari Sabtu hari tu. Sikit je pun. Saya datang tadi abang saya hantar.�
�Sikit? Ini sikit awak kata? Macam mana boleh jatuh motor? Awak bawak laju sangat ke?�
�Ya ALLAH dia ni kalau bertanya macam polis. Saya jatuh motor sebab salah pemandu kereta yang tak ada kesedaran sivik sesuka hati nak masuk line nak naik flyover time dah hampir sangat.�
�Dah tu dia langgar awak?�
�Yalah. Motor saya kat tepi. Nasib baiklah jalan tengah jammed, kereta semua perlahan jer. Kalau tak, entah-entah hari ni awak dah tak nampak saya agaknya!�
�Boleh tak jangan nak mengarut!? Habis tu, doktor cakap apa? Luka kat tangan je ke?�
Dia gelak lagi. Lelaki ni memang suka gelak agaknya! Asyik-asyik nak tergelak je. Mental ke apa?
�Kat peha sikit. Kat kaki sikit. Jangan risaulah.�
�Habis tu awak nak buat kerja macam mana?�
�Saya tak keluarlah dua tiga hari ni. Faizal tolong saya. Jadi saya hanya duduk kat office dan buat kerja-kerja biasa je.�
�Kenapa tak telefon saya beritahu?�
Hilang gelaknya tetiba. Dia merenung seketika sebelum membuang pandang ke arah lain. Mukanya yang manis tadi tetiba kelat semacam. Salahkah aku bertanya?
�Saya tak nak ganggu awak. Lagipun saya memang tak terfikir nak telefon sesiapapun. Family saya pun orang yang telefonkan. Okeylah awak, saya nak naik dulu.�
�Hei, kenapa tetiba muka masam mencuka pulak ni? Saya salah tanya ke?�
�Taklah. Okeylah, nanti tengah hari call saya.�
Dia bangun. Aku jadi kaku tetiba, tidak faham dengan perubahan Sufian yang tetiba. Aku sekadar memerhati langkahnya sehingga menghilang di sebalik pintu dan muncul Syed Hafiz dengan keadaan yang tidak terurus.
�You tahu mana Mira dengan Hafiz pergi?�
Dahiku berkerut. Bingung seketika dengan pertanyaan daripada lelaki itu.
�Kenapa?�
Syed Hafiz mendengus. Dia duduk berhadapan denganku.
�I tak tahu mana dia pergi. Dia bawak Firdaus dan tinggalkan I nota. I called semua orang tapi tak ada sesiapun tahu. I tried to call you these two days but you never pick up my call.�
Aku mengeluh perlahan. Bukan sengaja tidak menjawab panggilan daripadanya tetapi sememangnya tidak akan menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak aku kenali. Terutamanya pada hujung minggu.
�Dia tinggalkan nota apa?�
Syed Hafiz tidak menjawab sebaliknya dia menyerahkan sekeping kertas yang sudah keronyok itu kepadaku. Kertas bertulisan tangan Amira. Ringkas sahaja Amira menulisnya.
Mira minta maaf kerana keluar rumah tanpa memberitahu abang tapi Mira harap abang bagi ruang untuk Mira memikirkan tentang hubungan kita. Maaf, Mira tidak sekuat yang Mira sangka.
Aku mendengus lemah. Hari Jumaat tempoh hari, ketika Amira datang menemui aku langsung tiada tanda-tanda dia akan mengambil keputusan begini. Dia masih datang mengharapkan aku menjadi isteri kedua suaminya!
�Dah called mak ayah dia?�
Angguk.
�Hari Jumaat petang hari tu dia ada datang jumpa I tapi dia tak ada cakap apa-apa pun. Dia tak ada pulak��
�Malam tu kami bergaduh.�
�Apa? Pasal apa?�
�You.�
�You cakap apa dengan dia sampai dia buat keputusan macam ni?! Amira tak pernah nekad keluar rumah macam ni tau?! Dulupun, sampai kami ni yang paksa dia keluar dari rumah dari jadi mangsa sepak terajang bekas suami dia tu!�
�I cakap I masih cintakan you.�
�Ya ALLAH, Hafiz! You ni kan � sampai hati you��
�I tahu salah I�sekarang, I tak tahu nak cari dia kat mana lagi� you tahukan dia pregnant��
�Oh� sekarang ni you risaukan Mira atau anak you yang dia kandungkan tu?�
Aku jadi marah. Syed Hafiz bukan pedulikan Amira tetapi dia cuma risaukan anak yang dikandungkan Amira.
�Please,Nisa. Sekarang bukan masa you nak marah I. Sekarang ni I dah tak tahu nak cari dia kat mana! Handphone dia off.�
Lelaki itu mendengus lagi. Aku ikut mendengus. Rasa marah masih bersarang. Rasa marah yang bersatu dengan rasa bersalah! Bersalah terhadap Amira. Kalau tidak kerana rancangan gila aku menyerahkan Syed Hafiz kepadanya mungkin hal ini tidak akan berlaku! Mungkin hatinya hanya terluka seketika Cuma bila mengetahui aku dan lelaki pujaannya bercinta! Tidak seperti hari ini�Amira, ke mana kau pergi?!
�Habis tu macam mana ni?�
Akhirnya aku bersuara setelah keadaan antara kami berdua sunyi sepi. Aku tak dapat memikir kemana Amira menghilang. Dia langsung tidak memberi apa-apa tanda.
�Entahlah. You bagi I semua nombor kawan-kawan yang kenal dia.�
Tanpa banyak soal, aku mencapai telefon bimbitku yang aku letakkan di sebelah pinggan bihun gorengku. Belum sempatpun aku bersuara, telefon bimbit Syed Hafiz berbunyi. Laju sahaja lelaki itu menekan butang jawab panggilan.
�Ya saya� saya suaminya� Apa??! Kat mana?!�
Aku menelan air liur mendengar suara Syed Hafiz yang jelas terkejut dan riak wajahnya bagaikan memberitahu suatu berita yang tidak baik telah terjadi kepada Amira. Aku rasa tubuhku sudah menggigil. Tidak sanggup mendengar cerita sebenar daripada Syed Hafiz.
�Amira kat Hospital Seremban, Nisa! Dia kemalangan. Teruk.�
Bicara Syed Hafiz Lutfi terhenti di situ. Terganggu dek emosinya yang sebak menggila. Dan aku, serta merta air mataku mengalir. Perkataan terakhir yang keluar daripada mulut Syed Hafiz benar-benar menakutkan untuk aku fikirkan.
Ya ALLAH, selamatkanlah Amira! Tolonglah Ya ALLAH! Amira�.
***
Empat puluh empat jam berlalu, barulah Amira sedar tetapi keadaannya terlalu lemah. Dia masih bergelut antara hidup dan mati. Pertama kali dibenarkan melihat Amira di Wad ICU aku berlari keluar kerana tidak sanggup melihat tubuh dan mukanya yang teruk cedera. Menurut doktor, akibat kemalangan itu Amira mengalami pendarahan teruk sehinggakan dia terpaksa dibekalkan dengan darah lain. Akibat kemalangan itu juga, Amira keguguran! Ahmad Firdaus pula bernasib baik, anak itu sekadar mengalami kecederaan ringan sahaja tetapi nyata dia masih trauma. Menangis dan menjerit apabila terjaga dari tidur.
Aku telah mengambil cuti kecemasan selama tiga hari. Walaupun aku masih tidak berani untuk masuk ke wad yang menempatkan Amira tetapi setiap hari aku datang menjenguk. Setiap kali itulah aku ketemu dengan Syed Hafiz. Dia setia berada di situ. Langsung tidak dibenarkan sesiapa menggantikannya. Dia hanya membersihkan diri di tandas yang terdapat di hospital itu. Makan, minum, tidur dan solatnya semunya dilakukan di hospital. Hospital sudah bagaikan rumahnya pula.
Ya, mungkin juga boleh aku katakan keadaan yang menimpa Amira ini ada hikmahnya juga. Mungkin musibah ini menyedarkan Syed Hafiz tentang hakikat sebenar! Tentang hatinya! Tentang cintanya! Entah kenapa angin cemburu bagaikan menjauh daripadaku saat melihat Syed Hafiz mengenggam erat jemari Amira.
Tengah hari itu selepas dua hari aku mengambil cuti, aku kembali ke pejabat. Terserempak dengan Sufian di lobi. Bila nampak sahaja aku yang menghampiri meja penyambut tetamu terus lelaki itu berlalu. Aku jadi hairan. Tak mungkin kot sebab aku tak belanja dia makan dua hari ni dia merajuk sampai buat macam tak kenal aku je?! Tadi bukan main bergelak sakan dengan si Aniza tu.
�Sufian!�
Aku panggilnya sambil melangkah pantas menghampirinya. Lelaki itu buat tidak dengar sahaja sedangkan serasa aku sudah cukup kuat aku bersuara sampai dua tiga rakan sekerja yang turut berada di lobi ini memandang. Apa kena pulak dengan mamat ni!?
�Sufian, tak dengar ke saya panggil?� Soalku di hadapan pintu yang menuju ke arah tangga. Rajin pulak dia nak naik tangga?! Ni mesti kes sengaja nak lari dari akulah ni!
Langkah lelaki itu yang mula terhenti. Nampaklah sangat penipu kalau dia tak dengarkan?! Sebab hanya aku dan dia sahaja yang berada di kawasan tangga ni.
�Awak buat-buat tak dengar kan ?�
�Mana ada.�
Masih tiada senyuman. Pelik!
�Awak kenapa? Marah dengan saya pasal tak belanja makan tengah hari ke?�
Dia pandang aku lama. Kemudian tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
�Tak dan saya rasa tak perlulah awak belanja saya lagi. Anggap je dah settle.�
Aku mengerutkan dahi.
�Kenapa? Awak merajuk?�
�Tak ada maknanya saya merajuk, Anisa. Okeylah, saya ni banyak lagi kerja nak kena buat. Nak kena hantar barang lagi.� Suaranya mendatar. Intonasi suara yang bagai hendak tidak hendak sahaja bersuara.
�Awak nak hantar barang? Tangan awak tu dah okey ke?�
�Dah kerja saya. Kalau tak buat nanti bos kata apa pulak.�
�Awak ni kenapa, Sufian? Tetiba macam ni? Selalunya awak tak macam ni.�
Aku kembali ke topik asal. Selagi aku tak dapat jawapan, selagi itu aku mendesak. Aku peduli apa!
�Tak ada apa-apa.�
�Tipulah. Sebelum ni bukan macam ni perangai awak. Tetiba bila nampak saya terus je masam muka awak. Saya ada buat salah ke?�
Dia pandang aku lagi, lebih tepat dia merenungku. Pertama kali aku melihat raut wajah Sufian yang serius begitu.
�Awak buat saya tak selesa, Nisa!�
�Hah? Maksud awak?�
�Cara awak. Dahlah, saya tak nak cakap soal ni lagi. Saya banyak kerja.�
�Sufian, awak tak menjawab soalan saya lagi!�
�Tak ada apa-apa yang nak saya jawab.�
Lelaki itu terus berlalu. Langsung tidak memperdulikan panggilanku. Aku pulak tak kuasalah nak naik tangga semata-mata sebab dia. Biarlah dia nak merajuk ke apa ke! Dah dia sendiri cakap tak mahu aku belanja dia lagi, jadi jimatlah duit aku! Huh!
***
Seminggu berlalu. Amira sudah dibenarkan keluar daripada wad ICU. Dia sudah boleh bercakap dengan lancar. Sudah boleh mengingat. Aku ingat lagi, beberapa hari lepas Amira masih mengharap aku mengahwini Syed Hafiz, suaminya. Harapan itu disuarakan di hadapan Syed Hafiz dan ahli keluarganya. Ahli keluarga Amira terutamanya Pak Cik Salim dan Mak Cik Jamaliah nyata terkejut. Dalam tangisan sendu Amira menceritakan semuanya walaupun beberapa kali aku dan Syed Hafiz melarang. Aku ikut menangis. Menangis kerana aku merasakan betapa Amira terbeban dengan hakikat ini! Betapa Amira berasa bersalah kerana �merampas� Syed Hafiz daripadaku sedangkan pada aku, aku yang dengan rela menyerahkan Syed Hafiz kepadanya.
�Mak cik� pak cik� saya minta maaf. Semuanya bermula dari saya tetapi saya tidak langsung berniat untuk menyakiti Amira. Niat saya untuk lihat dia bahagia dan saya tahu kesilapan saya ini telah membuatkan Amira bertambah terseksa tapi saya dan Hafiz tak akan bernikah. Saya tidak mencintainya lagi dan saya pasti Hafiz sekarang sudah sedar akan perasaan sebenarnya yang mungkin dulu untuk saya.�
Itu kata-kata terakhirku ketika menghantar kedua ibu bapa Amira ke rumah Syed Hafiz setelah Amira menceritakan perkara itu. Selepas itu, aku mengambil keputusan untuk tidak datang lagi menziarahi Amira. Kepada Syed Hafiz, aku katakan kepadanya bahawa cinta hatinya bukan milik aku lagi. Dia kena yakinkan Amira tentang rasa itu. Sehingga itu, aku tidak akan datang menemui Amira. Aku tidak mahu dia terus mengharapkan aku menjadi madunya!
�Amboi, jauhnya Cik Nisa kita ni termenung! Sampaikan saya datang pun tak perasan!�
Terkejut aku dengan jerkahan yang agak kuat daripada Imran. Ketawa lelaki itu melihat reaksiku dan sebagai balasannya aku membaling pengokot ke arahnya. Sikit sahaja lagi, kalau tidak berdarah dahi budak stor ni!
�Kenapa awak yang hantar barang? Mana Sufian?�
�Pian? Ada kat luar tu��
Aku terus bangun dan melangkah ke arah pintu masuk tanpa menunggu si Imran tu menghabiskan ayatnya. Sekarang ni Sufian yang mendatangkan masalah utama kepadaku! Sikap tidak pedulinya tu memang menyakitkan hati. Terpandang sahaja aku terus dia mengeluh.
�Saya nak cakap sikit dengan awak?�
�Pasal apa? Saya banyak kerja ni!�
�Jangan nak mengelak sangatlah! Lagi lima minit pukul enam, tak payah nak buat rajin sangat.�
�Saya dah janji dengan Imran nak tolong dia packing barang kat stor tu!�
�Eh� tak apalah. Aku sambung esok je! Rasa malas pulak nak buat OT. Hehehe.�
Imran mencelah dengan sengihan panjang.
�Terima kasih, Imran. Nanti saya minta Mr. Lee naikkan gaji awak ya?!�
Imran mencebik. Sebaliknya Sufian sudah menjeling tajam lelaki itu tetapi Imran buat tidak peduli. Terus dia melangkah turun menggunakan tangga.
�Cuba awak cerita dengan saya, kenapa awak macam ni? SMS saya tak reply. Saya call tak jawab. Nampak saya je, macam nampak hantu! Apa masalah awak?�
�Tak ada apa-apalah. Saya turun dululah. Nanti bos dengan kawan-kawan awak dengar, apa pulak dorang cakap!�
�Tak ada orang kat office. Semua dah keluar. Boleh tak awak tolong jawab soalan saya Sufian? Jangan buat saya macam ni! Awak kata saya buat awak tak selesa dengan cara saya. Cara apa? Apa yang saya buat?�
Dia mendengus.
�Awak tahu perasaan saya pada awak?�
Lambat-lambat sahaja aku menggangguk.
�Saya tahu awak jadi rapat tetiba dengan saya pun sebab hal berkaitan dengan Syed Hafiz. Kalau tak jangan haraplahkan?! Saya tahu kerja saya ni orang tak pandang. Tambah-tambah orang macam awak. Gaji awak tu sama dengan dua bulan gaji saya. Jadi dari terus awak buat saya rasa saya diperlukan lebih daripada yang sepatutnya lebih baik saya berhenti dari mendekati awak!�
�Maksud awak?�
�Dahlah. Mungkin saya perasan sendiri je!�
�Sufian, saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak buat awak fikir yang bukan-bukan.�
�Tak apalah. Bukan salah awak. Jadi saya harap mulai hari ni saya tak perlulah jadi pelakon untuk awak lagi. Saya balik dulu.�
Macam cerita filem pulak, tetiba pintu lif terbuka. Keluar si Yvonne yang kelihatan basah rambutnya.
�Raining.� Beritahunya tanpa ditanya. Aku balas dengan senyuman sahaja sedangkan mataku memandang Sufian yang sudah memasuki lif. Dia tersenyum sedikit tetapi tidak cukup ikhlas bagiku.
�Eh, betul ke I dengar you bercinta dengan Sufian?� tanya Yvonne dengan pelat Cinanya ketika aku ikut melangkah masuk semula ke dalam pejabat.
�You rasa?� Sengaja aku bertanya. Yvonne tergelak tetapi matanya leka mencari entah apa-apa daripada dalam beg galasnya.
�I think so. Both of you look very cute together. Sufian tu bagus. Nice.�
�No lah. Kawan sahaja ma!� Aku tergelak mendengar kata-kata �pujian� daripada Yvonne. Ada ke aku dengan Sufian tu cute? Aku cute? Sufian? Lagilah tak! Hahaha�.
�Are you sure? Think deeply, Nisa. Okaylah I nak balik, ada dating with someone! Tata��
Aku tergelak melihat gelagat Yvonne yang bagaikan mengusikku itu. Sebaik tubuh gadis Cina itu menghilang terus aku mencapai telefon bimbitku- menghubungi Sufian. Nasib baiklah dia menjawab panggilan.
�Saya kat bawah ni. Hujan lebat sangat tak lepas nak balik.�
�Erm okey.�
Segera aku mematikan panggilan. Biarkan dia tertanya-tanya. Aku capai beg tangan dan beg galasku serta payung berwarna kuning yang masih baru. Aku tersenyum sendiri.
Turun sahaja ke bawah, aku lihat Sufian sedang berborak dengan beberapa orang kakitangan lelaki. Mungkin memasing sedang menunggu hujan berhenti supaya dapat pulang. Sufian menghampiriku apabila sedar aku melambai ke arahnya.
�Kenapa tadi tetiba matikan panggilan? Orang belum habis cakap lagi.�
�Sengaja. Pegang payung ni.�
Aku hulur payung kuning itu kepadanya. Teragak-agak Sufian menyambutnya. Dahinya sudah berkerut. Aku tersengih cuma.
�Jom jadi payung hati saya!�
�Hah? Apa? Payung hati?�
�Ya! Payung hati. Tak mahu?�
Dahinya berkerut lagi.
�Saya tak fahamlah. Yang awak bagi saya payung ni lepas tu ajak jadi payung hati awak� ish.. dia ni��
�Betullah. Jadi payung hati saya.. simboliklah tu. Tak kan tak faham!�
�Saya tak faham. Apa maksud awak ni?�
Suaranya itu sudah berubah aturannya. Aku tahu dia faham. Aku tahu dia mengerti. Cuma dia pura-pura tidak faham dan tidak mengerti.
�Kan awak kata tak mahu jadi pelakon untuk saya lagi. Jadi yang betul-betullah. Nak?�
�Nisa��
�Sufian, saya tahu apa yang awak fikirkan dan saya faham apa yang awak maksudkan dengan cara saya yang buat awak tak selesa tu. Saya faham dan saya dah fikirkan. Walaupun baru tadi saya terfikir� hehehe��
�Anisa��
�Hehehe� sorry. Saya tak sukalah awak tunjuk muka serius macam tu. Tak aman hidup saya tahu seminggu ni tengok awak tayang muka serius macam tu! Jom saya hantar awak balik tapi dengan syarat awak kena pegang payung tu. Sebab kereta saya nun di parking terbuka tu.�
�Nisa� boleh tak jangan main-main?!�
�Siapa kata saya main-main? Saya memang tawarkan awak menjadi payung hati saya tau! Kalau tak nak, sudah!�
�Nisa!�
�Saya seriuslah!�
�Awak tak kisah�?�
�Awak despatch?�
Dia angguk.
�Untuk jadi payung hati saya tak perlu kerja besar-besar. Asalkan dia tahu siapa diri dia. Tahu tanggungjawab. Berusaha dan boleh memimpin saya.�
�Saya boleh ke memimpin awak?� Dia tersengih. Aku tersenyum. Ah, malulah aku kalau nak mengaku di hadapan dia semasa dia dok mengorat aku dulu selalu jugak aku tanyakan tentang dia daripada budak-budak HR tu!
�Boleh. Sama-sama melengkapi. Nak jadi payung hati saya tak?�
�Naklah. Orang dah offer! Gila tak nak?! Dah lama orang tunggu tau?!�
Dia ketawa. Aku ikut ketawa.
*****
*Payung kuning tu datangnya idea daripada siri komedi How I Met Your Mother. Nampak comel je :D
* Dan minta maaf ler citer gamaknya melalut banyak... malas dah nak edit.. penat kepala.
0 Response to "Payung Hati : Edisi 2 : Akhir"
Post a Comment