BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 23
Maisara kembali ke pejabat setelah dua hari bercuti. Dia sedar pandangan rakan sekerja dan pekerja bawahannya yang semacam sahaja. Dia tidak ambil peduli semua itu. Padanya mungkin mereka semua masih terkejut dengan angin puting beliungnya tiga hari lepas. Yalah, selama ini mereka nampak sisi lemah lembut dirinya sahaja. Tidak pernah sekalipun dia naik angina sampai begitu sekali walau apapun keadaannya. Dan dia amat pasti mesti ada cakap-cakap tentang dirinya dan Faiz.
Lewat petang itu, Masran datang bertemunya. Walaupun bukan salah lelaki itu, rasa bersalah akan apa terjadi yang melibatkan anak buahnya membuatkan dia datang meminta maaf kepada Maisara. Bukan niat mahu membangkitkan apa yang terjadi cuma dia sebagai ketua kepada Faiz rasa tidak sedap hati kalau tidak meminta maaf.
�Tak ada apalah Encik Masran. Sebenarnya tak ada kena mengena dengan Faiz pun. Kebetulan waktu saya tengah marah tu Faiz masuk.�
Dalih Maisara sedangakan Masran sudah tahu bukan begitu ceritanya. Walaupun dia tidak tahu akan kisah sebenar antara Faiz dan Maisara tetapi jauh di sudut hatinya dia tahu ada sesuatu antara ke dua-duanya. Peristiwa tiga hari lepas itu secaranya jelasnya menampakkan Maisara marahkan Faiz.
�Erm kalau macam tu legalah hati saya. Awak jangan tak tahu pasal hal hari tu, sampaikan bos besar telefon saya. Saya pun tak tahu nak jawab apa.�
�Biar betul Encik Masran? Macam mana dia boleh tahu?�
�Alah awak ni� semua orang tahu pasal hari tu. Heboh satu syarikat. Adalah tu dia terdengar dari siapa-siapa.�
�Ish malulah saya nak bersua muka dengan dia macam ni!�
�Hehehe� Tak ada apa nak malu Cik Maisara oi� bos besar kita tu sporting je.�
Maisara mengeluh perlahan. Kalaupun Tuan Haji Shahen itu seorang majikan yang bersikap tidak kisah malu juga dia bila hal peribadinya sampai ke pengetahuan lelaki itu.
***
Pukul tujuh setengah petang, Maisara bergegas ke surau untuk solat Maghrib. Hujan yang masih lebat di luar sana membuatkan dia masih di pejabat. Tadi, sebaik sahaja pukul enam petang Aizura mengajaknya pulang bersama tetapi dia menolak dengan alasan banyak kerja yang perlu diselesaikan. Akibatnya, sedang dia bersiap-siap mahu pulang pada pukul tujuh tadi hujan turun mencurah-curah.
Baru sahaja dia kaki sebelah kanannya melangkah masuk ke dalam surau yang berada di tingkat paling atas bangunan pejabat itu surau bahagian lelaki yang terletak bersebelahan surau wanita dikuak dari dalam. Spontan, dia memandang ke arah gerangan yang baru keluar itu.
�Sara��
Aduhai kenapa harus bertemu lelaki ni pulak?! Gerutu Maisara. Tubuhnya serasa panas membahang sedangkan baru tadi dia merasakan penghawa dingin yang dipasang di tingkat ini sejuknya sehingga ke tulang.
�Tak balik lagi?�
Lelaki itu bertanya pula walaupun panggilannya tadi bagaikan tiada reaksi. Rindu bukan kepalang tetapi dek janji, dia harus �berlakon� tenang.
�Kalau marahkan saya pun janganlah sampai awak biarkan saya cakap dengan tiang. Saya bukan tanya awak nak kahwin dengan saya ke tak, sampai awak diam kaku macam tu!�
Kedengaran ketawa kecil daripada lelaki itu. Maisara mencebik. Pantas tombol pintu dipulasnya dan terus melangkah masuk ke dalam surau.
�Jangan lama-lama kat dalam. Nanti Mat Nepal dekat bawah tu tak perasan pulak ada orang dalam bangunan ni. Tak pasal-pasal awak tidur kat surau je malam ni.�
Faiz masih mengusik walaupun batang tubuh Maisara sudah menghilang ke dalam surau. Maisara yang berada di dalam menahan rasa hati. Apa jenis entah lelaki ni, boleh pulak nak buat lawak walaupun dah tahu aku ni tengah marah dan sakit hati dengan dia! Jenis tak makan saman! Budak-budak tak matang!
Mahu sahaja dia menjawab usikan Faiz itu tetapi mulutnya bagai terkunci rapat. Rasa marahnya masih ada terhadap lelaki itu dan dia merasakan tak mungkin perasaan itu akan hilang.
Seketika kemudian, kedengaran langkah Faiz mula menjauh dan menghilang. Bagus! Tahu pun aku tak layan! Pergilah kau cari perempuan lain.
***
Selesai solat Maghrib, hujan masih kedengaran lebat lagi. Maisara menghubungi bilik pengawal, sekadar mahu tahu sama ada pintu utama sudah di tutup atau belum. Dua kali dia mendail nombor bilik pengawal, tiada jawapan.
�Ah, ni mesti Mat-mat Nepal ni mengular waktu-waktu hujan macam ni!�
Maisara mengomel sendirian tetapi dia tidak panik. Dia tahu pengawal-pengawal keselamatan itu tidak ke mana-mana kalaupun pintu utama dikunci. Tak perlu dia kecoh-kecoh menghubungi sesiapa untuk �menyelamatkannya�. Maisara mengemas mejanya dan berkira-kira mahu keluar daripada biliknya. Belum sempatpun dia mematikan suis komputernya, guruh berdentum dengan kuatnya. Dari dalam Maisara dapat melihat pintasan kilat. Serentak dengan itu keadaan gelap gelita.
�Ah, blackout pulak!�
Maisara meraba-raba kabinet yang berada di bawah mejanya. Seingat dia, dia ada menyimpan lampu suluh di dalam kabinet tersebut.
�Yes! Jumpa pun!�
Maisara tersenyum gembira apabila lampu suluh itu bernyala terang. Terus dicapai beg tangannya dan keluar daripada biliknya. Kerana bekalan elektrik terputus, tentunnya lif juga tidak dapat digunakan. Terpaksalah Maisara menggunakan tangga. Berhati-hati dia menuruni anak tangga. Belum sampai pun di tingkat satu, lampu suluhnya tetiba malap dan padam.
�Waktu macam nilah kau nak padam.. nak habis baterilah� tadi terang benderang sangat!�
Maisara menggerutu sambil mengetuk-ngetuk lampu suluh yang sememangnya sudah tidak berfungsi itu. Akhirnya, dia meraba-raba beg tangannya. Mencari-cari telefon bimbitnya untuk dibuat �cahaya� ketika menuruni anak tangga. Baru sahaja tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di dalam beg tangan, dia merasakan tubuhnya terdorong ke depan. Dia tidak dapat mengimbangi dirinya. Dia terjatuh. Kakinya terasa amat sakit. Begitu juga dengan lengannya. Entah berapa anak tangga dia terjatuh.
�Aduh��
Dia mendengar suara seseorang yang berada tidak jauh daripadanya mengaduh. Suara yang bagaikan dapat ditekanya. Tangan kanannya cuba mecapai telefon bimbit yang masih berada di dalam beg tangan yang tersangkut dibahunya, sedangkan tangan kirinya begitu sakit untuk digerakkan sedikitpun.
�Sara!�
Suara Faiz kedengaran apabila wajah Maisara kelihatan bila cahaya samar daripada telefon bimbit wanita itu mengena wajah wanita itu.
�Awak okey? Saya minta maaf, tak nampak� ingat tak ada orang.�
Faiz cuba bangun tetapi dia terduduk semula. Rasa sakit mencucuk-cucuk kakinya.
�Awak okey tak?� Giliran Maisara bertanya.
�Entahlah. Tak tahulah patah ke terseliuh ke� mana entah telefon bimbit saya tercampak. Awak ada nombor telefon guard house?
�Tak ada. Saya pun tak boleh bangun ni. Kaki ni sakit sangat!�
�Awak call lah Cik Zura ke� minta tolong. Tak kan kita nak duduk sini tahan sakit macam ni! Buatnya blackout sampai esok.. tak ke susah!?�
Tidak mengiyakan mahupun menafikan, segera Maisara menghubungi Aizura. Nasib baik cepat sahaja panggilannya itu dijawab. Menjerit Aizura bila mendengar cerita temannya itu.
�Kau tunggu situ. Aku sampai sekejap lagi. Korang langsung tak boleh gerak ke?�
�Tak. Nak bangun pun tak boleh. Aku rasa tangan kiri aku ni pun patah agaknya!�
�Dah macam tu aku telefon ambulans terus. Apa-apa hal aku telefon kau. Okey?�
�Okey.�
Panggilan dimatikan oleh Aizura. Baik Maisara mahupun Faiz, masing-masing diam membisu, menahan sakit yang mencengkam. Ditambah pula Maisara berasa kekok. Tidak sampai lima minit, tiba-tiba terang benderang. Bekalan elektrik kembali dan kedengaran suara pengawal keselamatan warganegara Nepal sedang bercakap sesama mereka.
�Apa you orang buat di sini?� Soal salah seorang daripada tiga orang pengawal keselamatan itu apabila melihat Maisara dan Faiz yang duduk di atas lantai. Mereka bertiga dari tingkat paling atas, dari bilik stor yang menempatkan fius utama.
�Ada jugak aku baling Nepal ni dengan kasut ni! Hello Bharat, I dengan Cik Sara terjatuhlah! Kaki patah! Tak boleh gerak!�
Terbeliak mata ke tiga-tiga pengawal keselamatan itu. Lantas cepat sahaja mereka menghampiri Maisara dan Faiz.
�Woi..woi� Benu, you jangan nak sentuh-sentuh Cik Sara!�
Faiz memberi amaran sebaik sahaja pengawal keselamatan bernama Benu Raj itu bagaikan mahu menyentuh tangan Maisara. Tercengang lelaki Nepal berusia awal dua puluhan berkulit cerah itu. Di syarikat ini ada yang memanggilnya Aamir Khan Nepal.
�Itu bukan niat saya. Saya cuma mau tolong.�
Sudah lima tahun berada di Malaysia, kebanyakan pengawal keselamatan Nepal sudah pandai berbahasa Melayu, walaupun Bahasa Melayu mereka tunggang langgang.
�Tak payah. Kami dah telefon ambulans dah pun! Tolong I cari telefon I jatuh.�
Dalam sakit-sakit boleh juga Faiz tunjuk garang. Maisara cuma menggelengkan kepalanya.
�Incik� itu telefon sudah jatuh bawah.. sudah picah�broken already.�
Beritahu si Prakash, pengawal keselamatan paling lama di situ. Visanya akan tamat tempoh beberapa bulan lagi dan akan dihantar pulang ke Nepal.
Faiz menepuk dahi. Telefonnya tadi sudah kehabisan bateri dan dimasukkan ke dalam saku bajunya. Kalau dia tahu akan jadi seperti ini, telefon bimbit yang baru dibeli beberapa bulan lepas itu akan di simpan sahaja di dalam beg galasnya.
�Ini simcard.�
Faiz capai jugak kad sim yang dihulur oleh Prakash kepadanya. Nak salahkan orang lain memang tak bolehlah! Dah salah diri sendiri.
Bunyi ambulan yang kedengaran disebalik hujan yang masih lebat diluar sana melegakan Maisara dan Faiz. Laju sahaja dua orang pengawal keselamatan itu berlari ke bawah. Sebentar kemudian kedengaran suara mereka memberitahu akan kedudukan Faiz dan Maisara.
�Jodoh korang ni kuat sungguh! Boleh pulak jadi macam ni berdua!�
Sempat juga Aizura menyakat. Maisara sudah menjeling tajam. Sedangkan Faiz seperti kebingungan dengan kata-kata Aizura.
0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 23"
Post a Comment