Nota Untuk Si Penipu
Dulu boleh lagi bersabar... tapi kalau dah selalu sangat menipu, baik jauhkan diri lagi bagus. Bukan apa, kalau dilayan... makin galak. Makin kuat menipu! Kita punyalah baik dengan dia. Bukan nak puji diri... tapi susah senang sama-sama. Ada problem, kita tak lokek nak bantu. Tapi dia boleh buat begini dengan kita. Sedih tau. Bila dikenang balik pengorbanan sebagai seorang kawan yang tak dihargai langsung. Tak sangka, fake friend ni sebenarnya boleh jadi orang yang paling close dengan kita. Jadi berhati-hatilah.
Bukannya orang begini tak pernah minta maaf. Pernah! Malah berkali-kali. Siap dengan air mata bagai. Dengan ayat yang meyakinkan lagi. Tapi sebenarnya maaf tu tak ikhlas pun. Lepas minta maaf buat lagi. Dulu pernah dengar orang begini kata... dia kawan dengan seseorang tu sebab nak hidup. Jadi terpaksa hipokrit, janji hidup. Tak mustahil dengan kita pun dia buat benda yang sama.
Depan kata lain... belakang pula lain cetanya. Lepas tu cerita ditambah dengan garam pula. Putar cerita jangan cakaplah. Mula-mula bolehlah bersabar. Tapi bila dah sampai menyusahkan orang... siapa lagi boleh bersabar? Tak faham la dengan si penipu ni. Tak takut ke dengan balasan Allah? Mungkin tak kot. Sebab ada yang dah didatangi bala tapi masih lagi menipu.
Bila kita dah selalu kena tipu dengan orang yang selama ni kita anggap kawan... lama-lama kita jadi tawar hati. Rasa macam kita dipermainkan dan betullah... dia kawan kita sebab nak hidup sahaja. Yang tak bestnya benda kecil pun dia nak tipu. Apakan lagi benda yang besar. Susah sangatkah nak cakap benar?
Harapnya orang penipu ni sedarlah dengan perbuatan mereka. Sebenarnya mereka sedar yang mereka ni menipu. Tapi oleh kerana bercakap benar tu membuatkan mereka rasa tak selesa dan maybe tak boleh nak attract attention, maka mereka menipulah.
Menipu ni bukan sahaja membuatkan rezeki sempit, malah akan kehilangan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Selain itu, hidup tak berkat kalau selalu sangat menipu. Dah la tipu kawan... mak bapak pun kena tipu juga. Bayangkan dosa yang ditanggung kalau menipu mak bapak.
Sedarlah wahai penipu. Ajal datang bila-bila masa. Kalau orang yang ditipu tu tak maafkan sampai bila-bila... macam mana nak hapuskan dosa? Sedarlah. Jangan kerana nafsu sanggup menipu orang lain.
0 Response to "Nota Untuk Si Penipu"
Post a Comment