Bahaya Pinjaman Ah Long
Walaupun dalam keadaan terdesak, jangan sesekali buat pinjaman Ah Long. JANGAN SESEKALI! Yang berlesen atau tiada... sebenarnya tak ada beza.
Dah ramai kes orang buat pinjaman Ah Long menemui padah. Saya nak ceritakan beberapa pengalaman melihat kepayahan orang yang telah terkena dengan Ah Long. Kebanyakan mereka dikalangan orang yang berpendapatan rendah. Tapi ada juga yang gaji besar tapi still buat pinjam dengan Ah Long. Akhirnya mereka tak terbayar pinjaman tersebut dan hidup dalam kesusahan.
Cerita 1
Orang ni nak buat bisnes tapi nak buat pinjaman bank tak lepas sebab kerja pun tak tetap lagi. Jadi jalan termudah baginya adalah buat pinjaman Ah Long. Dia pinjam RM12,000 kononnya melalui "pinjaman wang berlesen". Rupanya keadaan sama juga. Kad ATM dia dipegang oleh Ah Long tersebut. Setiap bulan pada sekian haribulan... sebanyak RM1,000 akan diambil. Bayangkan melalui jumlah seribu tu... RM900 adalah bayaran bunga sahaja. Manakala bayaran sebenar hanyalah RM100. Dalam masa beberapa tahun dia buat pinjaman, dia hanya telah membayar sebanyak RM1000 sahaja. Maknanya dia ada baki lagi RM11,000 yang tak dibayar. Bisnes pun lingkup, Ah Long pula cas bunga mahal sampai begitu sekali. Lepas tu, mungkin rezeki orang tu dilimpahkan dan dah ada duit untuk bayar Ah Long tersebut. Masa nak bayar, Ah Long tu siap boleh tanya lagi "ko ada pinjam duit tempat lain kah ni?. Okay. Kalau mau langsaikan semua hutang... jumlah bayaran adalah RM11,900 (termasuk bunga RM900)". Dah la orang nak bayar, lepas tu Ah Long boleh tanya lagi ada pinjam kat tempat lain atau tak.
Cerita 2
Pada mulanya orang ni seorang yang rajin bekerja. Tapi sejak akhir-akhir tu... prestasi semakin menurun dan dia kerap tak datang kerja. Lama-kelamaan, dia langsung dah tak datang kerja. Suddenly ada orang yang tak dikenali datang ke office cari dia. Rupanya Ah Long dan maybe orang tu tak datang kerja sebab nak lari dari Ah Long. Akhirnya orang tu dibuang kerja oleh majikan kerana tak datang kerja selama beberapa bulan. Tak tau apa terjadi dengan dia sekarang...
Cerita 3
Gaji besar (pegawai), tapi setiap bulan gaji tak pernah cukup. Setiap kali gaji masuk, orang ni akan message rakan-rakan rapat ataupun yang tak rapat pun dia akan message juga. Dia kata dia nak pinjam RM300 sebab ada benda urgent nak bayar. Lepas dapat duit dia janji akan bayar secepat mungkin. Means dalam masa yang sama dia message lima orang rakan... so dia akan dapat RM300 X 5 = RM1500 pinjaman. Setiap bulan beritahu perkara yang sama. Tapi akhirnya dia tak bayar pun duit yang dia pinjam dengan rakan-rakan dia. Ramai dah orang tak percaya dan dia buat pula alasan baharu. Kata ayah dia sakit dan sebagainya... jadi perlu kos rawatan yang mahal. Ada sekali tu dia pernah tunjukkan akaun ATM dia hanya tinggal beberapa puluh ringgit sahaja. Tak tau sebab apa sebenarnya tapi orang lain suspek dia buat pinjaman Ah Long.
Cerita 4
Pada mulanya orang ni sangat rajin bekerja. Lama-kelamaan prestasi makin turun dan pernah sekali tu beberapa bulan tak datang kerja. Dia tak nak bagitau apa masalah dia sebenarnya tapi akhirnya dapat tau dari orang lain yang dia alami kesempitan wang. Dulu dia terlalu baik. Suka pinjamkan duit dengan rakan-rakan yang susah, jadi gerentor etc. Bila nak minta bayar balik, sorang pun tak ada yang nak bayar. Sampai dia pun jadi susah dan terpaksa buat pinjaman segera. Keluarga dia pyn bukan orang yang senang. Risik punya risik... orang kata dia ada buat pinjaman Ah Long. Memang kesian sebab dia pula yang menanggung beban orang lain sehingga emosi jadi tak stabil dan sebagainya. Oleh kerana prestasi yang kurang baik, dia diberhentikan kerja. Tapi sekarang alhamdulillah... dia bertekad cari kerja di perantauan dan mulakan hidup baharu. Tak pasti bagaimana dengan hutangnya tapi InShaaAllah dia boleh atasi masalah tu.
Cerita 5
Ni lagi tragis. Orang tu buat bisnes restoran tapi pinjaman melalui Ah Long. Suatu hari tu, Ah Long datang ke restoran dia dan ugut dia sebab tak bayar pinjaman. Akhirnya dia terpaksa tutup restoran dan lari ke tempat lain. Restoran dia pula diserbu oleh Ah Long dan dirosakkan segala harta benda. Tak tau apa terjadi dengan orang tu sekarang.
Kesan pinjaman Ah Long
- Hidup dalam ketakutan kerana takut diri dan keluarga dicederakan.
- Gangguan emosi.
- Potensi diberhentikan kerja sekiranya prestasi menjadi kurang baik akibat terlalu memikirkan beban hutang.
- Duit sentiasa tak cukup
- Akan lebih banyak berhutang dengan orang lain.
- Tidak akan dipercayai oleh orang lain.
Oleh itu, jangan sesekali pinjam Ah Long. Ada ramai dah mangsa yang terkena padah dengan Ah Long. Ada diantaranya sampai membunuh diri, ada yang diugut dan dibunuh... lepas tu siap mayat tu kena gilis lagi. Ada yang pinjam RM300 sahaja tapi akibat bunga yang terlalu tinggi... akhirnya dia perlu membayar sebanyak RM13,000. Ni semua saya baca dari newspaper.
Sekiranya anda mengalami kesempitan wang, jangan tergesa-gesa memikirkan Ah Long adalah cara termudah. Kerana ianya tidak menyelesaikan masalah.
Ada banyak alternatif selain Ah Long. Contohnya dengan:
- Membuat pinjaman bank atau koperasi dimana bunga yang dikenakan rendah berbanding Ah Long.
- Modal bisnes boleh dibuat juga melalui TEKUN Nasional atau SME bank.
- Membuat rundingan dengan keluarga terdekat atau rakan-rakan.
- Menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat sekiranya mengalami keberhutangan yang tinggi.
- Mendapatkan bantuan daripada majikan dengan cara memaklumkan masalah. Ada majikan akan cuba membantu mana yang boleh (contohnya kutipan bantuan dari rakan-rakan sekerja etc).
- Berfikir sebelum membuat sebarang pinjaman. Belanja ikut keperluan dan tidak membazir wang.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "Bahaya Pinjaman Ah Long"
Post a Comment