Blood Moon Phenomena : 28 July 2018
Akhirnya kami standby di UMS pada jam 1AM gara-gara nak tengok eclipse dan blood moon. FYI - Previous blood moon berlaku pada bulan Januari 2018. Jadi ini adalah kali kedua terjadinya blood moon pada tahun ini. Fenomena ini seterusnya akan berlaku pada tahun 2019.
Oleh kerana pada waktu malam, semestinya banyak nyamuk. So kena bawa mosquito repellent. Then kena ada juga sedikit makanan ringan. Yalah. Masa menunggu bulan nak bertukar, boleh buang masa sambil makan-makan.
Actually group kali ni patut ada lima orang. Tapi yang dua lagi tak muncul-muncul sebab dah zzz. Jadinya tinggal tiga orang la. Saya, Hafiz dan Jo. Lokasi kami adalah di laman Canselori. Okay. Sejuk. Luas. Boleh baring di rumput atau di simen. Sambil tu boleh tengok pemandangan laut.
Yang bestnya masa bulan bertukar warna merah, suasan langit dari terang terus jadi gelap. Jadi boleh nampak lebih banyak bintang. Dan shooting stars of course. ??
Okay. Ini adalah gambar yang saya ambil dari teleskop.
Bulan masih penuh. Jam 0130AM
Gerhana dah bermula
Bulan perlahan-lahan semakin hilang
Gambar ni tak nampak blood moon sebab guna kamera manual dan setting ISO rendah.
Yang ni guna standard setting. Nampak blood moon.
Akhirnya pada jam 0330AM, terjadinya blood moon. Ini merupakan fenomena blood moon yang paling lama berbanding sebelumnya. Kepada peminat bulan tentunya rasa teruja tengok keadaan ni.
-
-
-
-
-
Nampak tak cahaya seperti bintang di sebelah kiri bulan? Sebenarnya itu adalah planet Marikh
Tengah duduk sambil tengok bulan
Selfie dengan bulan dan planet Marikh
Pemandangan jam 4AM di Canselori
Kalau amik gambar guna smartphone sahaja (tanpa teleskop)
Actually eyepiece terbaharu saya dah sampai. Bertambah excited nak tengok bulan.
0 Response to "Blood Moon Phenomena : 28 July 2018"
Post a Comment