Adsterra

Pengalaman Berjauhan Dari Keluarga

Okaylah. Nak ceta pengalaman masa merantau dan berjauhan dari family. Walaupun taklah sampai ke luar negara tapi nak ceta juga.

Start berjauhan dengan family masa saya masuk PLKN pada umur 18 tahun (lepas SPM). Tiga bulan duduk dalam hutan. Saya ingat lagi before PLKN... punyalah berharap tak terpilih. Yalah. Terbayang kena kawad tengah panas. Actually masa sekolah pun aktif dalam bidang kawad, jadi kalau boleh tak nak la berkawad lagi. Tup... tup..! Nama keluar pula dalam newspaper. Dari sekolah saya ada tiga empat orang sahaja yang terpilih. Apa boleh buat... kalau tak pergi kena denda pula.

Sebenarnya PLKN ni best. Cuma saya ni fefeling kureng skit. Tapi time di PLKN la saya terjumpa dengan cousin saya, then... berkawan dengan lebih ramai orang etc. Handphone hanya boleh digunakan masa weekend sahaja. Hari lain cikgu-cikgu akan ambil dan simpan dalam kabinet. Biasalah kalau di hutan ni ada sahaja kisah-kisah seram. Ada yang histeria, nampak hantu bagai. Cikgu pesan kalau nak ke tandas mesti ada teman. Ada sekali tu sakit perut di tengah malam. Kawan-kawan pula semua tidur mati. Malas nak peduli. Lantak la ada hantu ke hapa... asal dapat ke tandas. Syukur tak ada apa-apa berlaku masa tu. Itulah antara kenangan semasa di PLKN. Tak dapat dilupakan.

Seminggu dua after PLKN, result UPU keluar. Saya dapat sambung belajar di UiTM Sarawak. Masa tu ambil diploma. Tiga tahun duduk di Kota Samarahan. Pernah sekali tu tak balik raya sebab tiket mahal. Apa lagi, kolej kediaman tu sunyi betul. Actually banyak tempat saya dah explore di Sarawak seperti di Santubong, Bau, Serikin, Serian etc. Siap berkelah di kawasan air terjun Santubong lagi. Dulu di Kuching ada beza dengan Kuching sekarang. Masa zaman saya tu, masih ada old public bus yang warna biru tu. Kalau di KK, kita panggil bas Lentong (LuenThung). Tapi saya tak naik bas besar. Selalu naik mini bus (van) sahaja. Dulu banyak van sapu tapi yang tu minta bayaran mahal. Jadi kena pandai pilih nak naik bas mana satu. Pernah sekali tu.. tak tau la bateri Eveready tengah buat iklan. Tapi iklannya unik skit. Replika bateri yang besar diletakkan atas bumbung van. Contoh sekarang lebih kurang macam Grab jugalah. Ada keta yang ada replika shopping bags atas bumbung keta tu. Pernah nampak tak? Tapi start tahun 2007, dah ada lesen keta. So sewa keta sahajalah. Senang sikit nak berjalan-jalan. By the way, banyak kenangan masa di Sarawak. Ada yang best dan tak best. Antara yang tak best bila terkena dengan classmate bajet tau semua. Tu la paling kureng sekali. Hahaha!

Lepas habis belajar, balik Sabah dulu. Lepas beberapa bulan dapat sambung di Semenanjung pula. Oleh kerana saya ambil major course, jadi hanya perlu study selama dua tahun sahaja. Tempat - UiTM Puncak Perdana. Masa ni la saya berjumpa dengan my BFF, Zetty. Selalu sama-sama keluar ke Shah Alam kalau di hujung minggu. Lain-lain kawan rapat yang selalu lepak sama adalah Zira dan Lia. Waktu malam makan di 'Kandang'. Actually area tu adalah gerai-gerai tapi semua orang panggil Kandang. Tak tau apa history kandang ni. Hahaha! Walaupun belajar selama dua tahun sahaja, tapi banyak pengalaman yang dilalui di sana. Puncak Perdana memang tak ada apa-apa melainkan ada taman perumahan kecil dan apartment. Kalau tak makan di Kandang, kami tarpau makanan di depan kolej kediaman sahaja. Ada beberapa foodtrucks dan gerai. Ada mi goreng kerang pakcik tu memang sedap. Masak on the spot. Lepas tu ada gerai jual buah-buahan potong, nasi campur etc. Macam-macam la. Assignment kami kebanyakannya pergi buat interview. Then pergi cari bahan arkib di Arkib Negara Malaysia. Biasalah. Masa tu kena panggil budak rekod. Hahaha. Last semester boleh pilih nak menjurus ke rekod apa. Saya ambil medical records. Kebanyakan kawan-kawan bila dah habis study, mereka sambung ambil Master pula. Tapi saya dah bagitau mum yang saya nak balik Sabah dan cari kerja dulu. Then baru sambung belajar lagi.

Banyak lagi kenangan masa belajar dulu. Bila dikira balik, tak la lama sangat saya berjauhan dengan keluarga. Baru lima tahun sahaja. Lagipun dalam negara sahaja. Haha. Kalau nak banding dengan Hafiz, dia lagi best sebab belajar kat UK. Tak dapat saya bayangkan kalau saya belajar di luar negara. Tentu keadaannya lain pula. Apa-apapun, di antara ketiga-tiga kenangan, rasanya masa degree kot yang the best. Nasib jugalah tak sambung Master lagi time tu. Kalau tak, kena tambah setahun lagi di perantauan. :-)

Related Posts

0 Response to "Pengalaman Berjauhan Dari Keluarga"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel