Misi Mencari Aiskrim Brown Sugar
Kebiasaannya aiskrim di Baskin Robin tu saya pilih coklat saja sebab tu yang paling sedap. Suatu hari tu masa saya jalan dengan my friends, teragak nak makan aiskrim. Then ada perisa brown sugar. Cam best pulak tengok perisa ni. Lalu saya pun mencuba.
Memang sedap. Lebih-lebih lagi saya ni peminat brown sugar, gula apong, gula melaka dan sewaktu dengannya. Time tu amat menikmati kesedapan aiskrim ini. Ewah! Totally masuk dalam list aiskrim paling digemari.
Then terasa macam nak makan lagi. Kebetulan masa tu jalan ke IMAGO. Mencari aiskrim Baskin Robin. Tapi hampa sebah tak ada pula perisa brown sugar. Woooo.... sedih T.T. Okay tak apa la. Minggu berikutnya ke IMAGO lagi. Cari perisa yang sama tapi tak ada gak. Payah betul nak mencari aiskrim brown sugar ni.
Actually saya selalu ke 1Borneo sebab tak jauh dari tempat kerja. Bila mula-mula rasa nak makan aiskrim tapi perut dah kenyang, tak jadi nak beli aiskrim. Begitu la juga di hari-hari berikutnya. Kalau dah kenyang, pencarian aiskrim dibatalkan.
Ada sekali tu tak kenyang lagi dan perlukan desserts. So masa pergi 1Borneo, nak mencari aiskrim punyalah. Tapi hampeh sebab tak ada perisa brown sugar. Saya fikir susah juga nak mencari perisa ni. Ataupun ada jadual... hari ni buat perisa lain... esok lain lagi etc. Lepas tu saya perasan ada satu perisa lagi iaitu sugar free chocolate pun macam saya tak pernah nampak pula lagi. Apa-apapun... ceritanya hampeh sebab tak ada aiskrim brown sugar pada ketika itu.
Sampailah suatu hari tu lagi... bila dah balik-balik hampeh tak ada aiskrim brown sugar, saya bertekad juga nak mencari aiskrim tu. Ini pun pergi 1Borneo juga. Akhirnya... saya berjaya menemui aiskrim brown sugar yang ditunggu-tunggu. Happynya ??.
Masa nak beli aiskrim, saya compare amount aiskrim tu dengan aiskrim yang lain, nampak perisa brown sugar lebih sedikit. Tak tau la kalau aiskrim tu tak berapa popular atau memang masa beli tu dah nak habis etc. Akhirnya saya berjaya mendapatkan aiskrim brown sugar. Yeah!
0 Response to "Misi Mencari Aiskrim Brown Sugar"
Post a Comment