Planet Marikh Dari Teleskop Saya
Misi melihat planet Marikh melalui teleskop masih diteruskan. Walaupun imej yang berjaya dirakam agak kabur, tapi sangat gembira kerana akhirnya saya telah melihat planet secara live. Not bad for the amateur astronomy la kan. ??
By the way, kalau nak tengok planet ni kena bersabar kerana:
- Mencari kedudukan planet dengan tepat. Saya lebih suka cari secara manual walaupun teleskop saya ada computerized scanner. Sebabnya malas nak setting Sky Scan + nak cari cable untuk pasang elektrik.
- Perlu tempat yang gelap. Biasanya saya akan stargazzing di belakang rumah. Memang akan tutup lampu luar supaya nampak langit lebih jelas. Tapi yang tak bestnya bila jiran depan pasang lampu terang.
- Setting teleskop lari. Ni pun annoying. Mula-mula dah nampak bintang bulan yang nak dicari. Bila dah zoom atau tukar eye piece... tiba-tiba hilang pula spot yang nak dicari tu. Lebih-lebih lagi kalau tergerak teleskop... adoi!.
- Ada yang sibuk mengintai. Ni pun tak best juga bila tiba-tiba ada mata yang sibuk mengintai dari tingkap nak tengok kita ni buat apa. Hobi tengok bintang ni pelik sangatkah?
- Gangguan lain. Stargazzing ni biasanya memang kena lama. Paling kurang dua jam. Selalunya saya akan mula hobi ni sekitar jam 10 atau 11 malam. Masa tu bulan dah naik tinggi. Langit pun lebih clear. Yang tak best bila dah kena sound suruh masuk ke dalam rumah. Yalah. Tengah malam masih duduk di luar sorang-sorang. Nanti apa-apa jadi (kononnya)... kan susah. Gangguan lain termasuk awan menutupi langit. Tapi tu tak boleh nak buat apa la. Plus di luar tentulah banyak nyamuk (nasib baik ada mosquito repellent).
- Satu mata. Kalau la teleskop dicipta seperti binokular kan best. Tak perlu nak tutup sebelah mata. Kadang-kadang mata pun pandai kabur sebab asyik tutup yang sebelah lagi. Berpinar jadinya.
-
-
-
-
-
-
Ini adalah imej planet Marikh yang berjaya diambil through my humble telescope. Walaupun tak nampak sebarang corak, serta North dan South Pole... tapi still puas hati juga. Sebenarnya kalau secara live, nampak planet ni bercahaya terang (seperti bintang). Jadi saya kena adjust ISO dalam kamera (smartphone sahaja) supaya kelihatan rupa planet yang lebih clear.
Imej Marikh pada 30 Julai 2018 yang dibesarkan. Masa ni Marikh baru lepas terkena dust storm. Maybe salah satu faktor yang menyebabkan gambar kelihatan begini kerana fenomena tersebut.
Sebenarnya imej tersebut hanya seperti ini. Tersangatlah kecil.
Masa ni yang tengah menunggu blood moon. 28 Julai 2018. Di mana Marikh berada paling dekat dengan Bumi. Oleh kerana masa tu dah jam 4 lebih pagi.... malas dah nak tengok Marikh. Nak balik zzZ sebab dah kena bising.
0 Response to "Planet Marikh Dari Teleskop Saya"
Post a Comment