Backpackers September 2018 - Kuching, Sarawak
27-29 September 2018... terbang ke Sarawak Bumi Kenyalang untuk bercuti-cuti Malaysia sambil ber post-birthday celebration la kononnya. Ini adalah kali kedua saya ke Sarawak pada tahun ini, cuma dengan rakan yang berbeza. Kami sangat bertuah kerana kebetulan masa pergi tu ada Kuching Waterfront Jazz Festival. Sure meriah!
Akhirnya selamat sampai di Kuching, Sarawak. Kalau nak lagi best masa berkunjung ke sini... sewalah kereta. Boleh pergi tempat pelancongan yang lebih menarik dan jauh dari bandar.
-
-
-
-
-
Oleh kerana kami sampai pada waktu pagi, jadi kami pun breakfast di antara restoran yang selalu disebut-sebut oleh blogger.... iaitu Kopi O' Corner. Dalam restoran ni actually ada banyak booth kecil yang menghidangkan pelbagai menu berbeza. Kepada yang datang ke Sarawak boleh singgah makan di sini. Restoran Kopi O' Corner yang terletak di Satok.
-
-
-
-
-
Antara menu must try adalah mee kolok Sarawak. Yang saya order ni adalah mee kolok special (RM7) sebab dalam sup tu ada daging sekali. Kalau yang biasa tak ada disertakan daging.
-
-
-
-
-
Sebelum check-in hotel, kami ke Muzium Kucing (Cat Museum) yang terletak di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching, di Petrajaya. Sebelum ni masuk masih free dan bayaran hanya dibuat kepada yang bawa kamera sahaja. Sekarang dah kena standardize... entrance fee RM3 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak dan percuma untuk warga istimewa. Jom berkunjung ke Muzium Kucing!
Selamat datang ke Muzium Kucing ?
Entrance gate.
Black cat. Much love!
-
-
-
-
-
After pergi muzium, kami singgah ke The Spring shopping mall. Kalau nak cari branded items boleh datang sini. Saja cuci mata sempena menunggu masa check-in hotel. Dulu masa saya belajar di Sarawak, shopping mall ni baru buka. Masa grand opening tu punyalah ramai orang. Cheewah. Mengimbau kenangan zaman belajar. Apa-apapun kami lunch terus di sini. Boleh pergi food-court kalau nak cari makanan yang pelbagai. Saya pilih masakan Indonesia.
-
-
-
-
-
-
Kami sempat singgah ke India Street. Kat area sini kalau nak parking kena ada kupon letak kereta. Boleh beli di booth yang tersedia.
Batik Sarawak hanya ada di Sarawak. Saya ada beli kain batik sepasang nak buat baju kurung. Ada jual di kedai kain yang terletak di sekitar India Street. Jangan lupa minta diskaun!
-
-
-
-
-
Kali ni kami menginap di Hotel City Inn (budget hotel) yang terletak di Jalan Abell. Hotel ni tak jauh daripada Sarawak Plaza. Kalau nak jalan kaki ke waterfront pun okay la. Dalam 7 minit sampai dah. Tak jauh sangat. Yalah. Malas nak naik kereta sebab nak cari parking kadang-kadang susah skit.
Hotel City Inn ni kira okay juga untuk kategori budget hotel. Harga semalam dalam RM70+ kalau booking daripada Agoda.com. Ada hot water, TV dan aircond. Fasiliti asas yang lengkap. Dan yang penting bilik luas dan sebelah ada restoran. Senang nak pergi sarapan.
.
-
-
-
-
-
Malam tu kami dinner di Anuar BBQ Steamboat. Restoran ni buka pada setiap hari bermula jam 6PM hingga 11PM. Ada pelbagai bahan mentah yang kita boleh ambil sendiri, then apa lagi... nak grill atau celur pun boleh. Dessert seperti ice-cream dan ABC juga disediakan. Layan diri semuanya.
Steamboat ni best makan kalau ramai-ramai. Ambillah sebanyak mana yang mau tapi jangan membazir makanan okay!
-
-
-
-
-
Keesokan harinya after breakfast kat restoran sebelah hotel (rugi tak ambil gambar makanan. Roti kosong tu sedap. Terbaiklah!) ... kami pun mulakan perjalanan ke Bau. Actually mengikut planning awal, kami sepatutnya ke Taman Negara Bako, terus pergi trekking di sana. Tapi memandangkan salah seorang ahli geng macam nak tak nak pergi... so saya kena cari tempat yang 'less' adventure. Cave touring di Gua Pari-Pari. Kalau ikut nak juga terus ke Serikin. Tapi waktu kami pergi tu adalah weekday dan pasar Serikin hanya buka pada hujung minggu. Jadi tak jadi la ke Serikin.
Fascinating view
Dah sampai ke Gua Pari-Pari atau Fairy Cave. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit dari Kuching city.
Entrance fee RM1 sahaja.
Ada dua buah gua di Bau iaitu Fairy Cave dan Wind Cave. Memandangkan saya tak pernah ke Fairy Cave lagi... jadi kami putuskan untuk ke sana. Wind Cave pula... saya dah pernah pergi masa belajar dulu. Perbezaan kedua-dua gua ini adalah....
Fairy Cave - tak gelap, tapi trail agak curam.
Wind Cave - gelap dan kena bawa torchlight tapi trail landai.
Untuk masuk ke gua kena naik tower ni dulu. Apa-apapun, sedikit tips - pastikan stamina bagus masa cave exploring. Dilarang membuat perkara tak baik, jaga tutur bahasa dan jangan berlari kerana ada trek yang licin.
Selepas naik tower... kena naik tangga untuk sampai ke pintu masuk gua pula.
Pintu masuk gua.
Untuk masuk ke gua utama kena naik tangga ni. Agak sempit sedikit. Di bahagian sini ada gelap skit tapi kalau pakai lampu handphone pun dah okay. Don't worry. Gelap sekejap sahaja. Atas tu boleh nampak cahaya yang datang dari lubang gua.
Kalau dongak dari tangga nampak cahaya begini
Gua ni sangat luas dan besar.
Spot me?
After cave touring... kami singgah ke tengok Tasik Biru. Masa tu ramai pula orang sebab ada event sukan air. Lepas tu terus sahaja kami ke pekan Bau.
Singgah membeli kudapan.
Masa masih panjang dan kami ke Santubong pula. ?
Sekarang di area pantai Damai (dekat ngan Cultural Village) ada tempat orang awam berkumpul. Di sini ada restoran dan kedai serbaguna. Boleh lepak sambil cari makan.
Sarawak terkenal dengan gula apong. Ini soya laici gula apong. ??
Pantai Damai waktu ni tengah dalam keadaan surut.
Sebelum balik ke hotel, kami jalan-jalan di sekitar Main Bazaar yang terletak tak jauh juga dari India Street. Kami nak cari kek lapis Sarawak. Actually di seberang sungai tu pun best juga sebab HQ untuk Mira Kek Lapis (one of the famous kek lapis in Kuching) terletak di sana. Tapi memandangkan cuaca pun kejap panas kejap mendung, so kami pun tak jadi ke seberang. Melepaslah niat nak naik sampan.
Syukur juga la lepas beli kek lapis di Asma Kek Lapis, barah hujan turun dengan lebat. Nasib baik tak ke seberang. Dah tu cuaca okay pula. Kami pun sambung cari dessert aiskrim. Nama kedai ni DP Aiskrim Gula Apong. Seberang dari hotel tempat kami menginap. Cup kecil berharga RM2, manakala cup besar RM5.
Aiskrim gula apong ni memang sedap. Tapi honestly the best aiskrim gula apong yang saya pernah rasa adalah di Potato Story di W.P Labuan. And another one is in Kota Belud.
Lepas tu kami rehat dulu di hotel dan sambung aktiviti pada waktu malam. Actually plan nak makan di Top Spot sebab nak makan seafood. Memandangkan kereta nak masuk ke dalam tempat tu pun punyalah ramai, so kami ke Waterfont sahaja (by walking). Kebetulan ada Jazz Festival. Allright!
Ada satu booth restoran di waterfront tu menyediakan makanan yang lazat. Tak ingat apa nama kedai tu tapi tema color merah. Nasi aruk di sini memang terbaik. Sedap.
Menu cucur pun ada. Memang best la kedai ni. Banyak menu dan sedap.
After dinner... kami berjalan-jalan di sepanjang waterfront sambil menikmati irama jazz.
Setiap malam area sini memang happening.
Kami juga berkesempatan naik Jambatan Darul Hana.
Sambil menikmati kudapan. Saya jarang makan yang masam tapi kadang-kadang best juga. This is mangga muda... simpan serbuk hamoi. Tak tahan. Masam.
Sini juga ada food truck.
Keesokan harinya kami pun berangkat pulang. Next time nak pergi lagi ke Sarawak kerana ada banyak tempat menarik yang masih belum di lawati. ?
0 Response to "Backpackers September 2018 - Kuching, Sarawak"
Post a Comment