Adsterra

Resepi : Ayam Masak Lemak Mudah

Bahan-bahan:
  • Bahagian ayam (saya suka sayap ayam)
  • 5 ulas bawang putih (kalau nak tambah bawang merah pun boleh)
  • Sedikit udang kering
  • Santan
  • Susu cair (optional)
  • 10 biji belimbing buluh (kalau tak ada boleh guna asam gelugor)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • Air


Cara-caranya:

  • Tumiskan udang kering dan bawang putih dengan sedikit minyak.
  • Masukkan ayam dan tumiskan sehingga empuk. Tambah garam dan gula. Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam, tambahkan sebiji asam limau ataupun beberapa titik cuka.
  • Kemudian masukkan sedikit air dan diikuti dengan santan pekat. Untuk rasa yang lebih lemak, campurkan susu cair. Jangan lupa masukkan serbuk kunyit.
  • Selepas mendidih, masukkan belimbing buluh dan tunggu sehingga belimbing masak.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan. 

P/S - Kalau nak tambah cili api pun boleh tapi saya tak berapa minat pedas... jadi tak tambah cili.

Ayam masak lemak yang mudah

0 Response to "Resepi : Ayam Masak Lemak Mudah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel