Adsterra

Hiking : Trail Waterfall, Kubah National Park, Sarawak

Ini adalah kali ketiga saya datang ke Kuching untuk tahun 2018. Tapi yang ni ada agenda khas. Hiking.

16 - 17 November 2018. Hiking activity. Tempat pilihan, Kubah National Park. Sampai sahaja di airport Kuching, terus naik kereta yang telah ditempah awal menuju ke Kubah National Park. Taman negara ini terletak tak jauh dari bandaraya Kuching. Lebih kurang 30 minit (or less) perjalanan.

Perjalanan ke Kubah National Park. Jauh dari kesesakan lalu lintas. Aman dan damai. Depan tu adalah Gunung Serapi. Tempat yang kami nak pergi sebentar lagi.
-
-
-
-
-
-

Sampai sahaja di sini, terus boleh nampak signboard yang menunjukkan jumlah trail yang ada. FYI - Parking di sini adalah percuma.

Oleh kerana kami touchdown di Kuching kiranya dah lewat, jadi tiba di sini pun dah dekat jam 1030AM... jadi kami tak ambil trail yang panjang. Kali ni kami hanya ikut Trail Waterfall. Panjangnya adalah 1600m (1.6KM) dan mengambil masa selama lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan. 

Tapi sebelum tu... nak sampai ke simpang trail waterfall kena lalu di jalan raya berturap (trail color hitam) dulu sejauh 900ft (274m) sehingga jumpa trail berwarna biru. Nak naik kereta pun boleh sebenarnya tapi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja. 

Total perjalanan pulang balik adalah sejauh 3748m... lebih kurang 3.7KM sahaja. Jumlah masa yang diambil adalah 3 jam +.

Sebelum memulakan perjalanan... perlu beli tiket dahulu di pondok / kaunter pendaftaran. RM10 per entry. Kemudian register dengan menulis nama di dalam guestbook. Lepas tu renjer yang bertugas akan memberikan tips dan info ketika memasuki hutan. Sekiranya cuaca kurang baik, jangan tunggu lama dan terus keluar dari trail secepat mungkin.

-
-
-
-
-

Sebelum sampai ke Trail Waterfall, perlu lalu jalan berturap ni dulu sejauh 900ft. Sebenarnya laluan ini juga menuju ke Rayu Trail, Frog Pond, Gunung Serapi Peak dan View Point.

Kalau nak melihat keindahan hutan dan nak perjalanan yang lebih thrill, boleh melalui Rayu Trail yang memakan masa sejauh 3 jam+ perjalanan. Kami risau tak sempat kerana total pulang balik dalam 6 jam perjalanan juga. Oleh kerana masa ini dah jam 1030AM, jadi kami tidak bercadang untuk melalui trail ini.


Sampai di simpang Trail Waterfall

Perlu menuruni anak tangga ini. Boleh tahan curam juga la.







Semut yang besar. Ada banyak di sini.

-
-
-
-
-
-
Setibanya di Kubah Waterfall. Sangat berbaloi untuk sampai ke sini

Air terjun ikonik Kubah National Park


Air yang jernih dan sejuk. Berhati-hati kerana ada kawasan yang licin.

Cleansing my crystals


Selesai sahaja berehat di tepi waterfall... kami terus memulakan perjalanan balik.

Tips untuk hiking di Waterfall Trail, Kubah National Park
  • Bawa air minuman secukupnya. Kalau saya bawa dua botol mineral (500ml) untuk perjalanan pulang balik.
  • Gunakan kasut yang sesuai (ada grip) kerana ada kawasan yang licin, berlumut dan bertanah kuning. Gunakan stoking yang sesuai. Renjer kata ada pacat. Tapi alhamdulillah masa kami pergi waktu tu tak ada pacat pula. 
  • Bawa dan jangan lupa sapukan insect repellent
  • Pastikan telefon bimbit mempunyai bateri sekiranya berlaku sebarang kecemasan

0 Response to "Hiking : Trail Waterfall, Kubah National Park, Sarawak"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel