Adsterra

Short Trip November : Kuching, Sarawak

Kesinambungan cerita hiking... saya selitkan sedikit cerita keseluruhan trip ke Kuching, Sarawak kali ini.

Saya pergi with my sister sahaja. Memang semata-mata untuk hiking. Tapi teruslah jalan-jalan. Alang-alang menyeluk pekasam. Flight kami pada jam 0800AM dan sampai di Kuching airport lebih kurang jam 0925AM. Itu ini tunggu kereta sewa lagi... dekat jam 1000AM juga gerak ke Kubah National Park.

?
?
?
?
?

Masa nak sampai tu punyalah excited. Cuaca pun kira bagus juga. Jadi okaylah. Aktiviti boleh jalan.


?
?
?
?
?

Kegembiraan terserlah. 
Selamat datang ke Taman Negara Kubah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan trail yang kami lalui... sila klik link ini.

?
?
?
?
?

Selesai sahaja aktiviti pada hari itu, kami menuju ke Santubong dengan hajat nak mencari makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Santubong. Berdekatan dengan Sarawak Cultural Village ada tempat lepak dan foodcourt (tepi pantai Damai). Selain itu ada hostel penginapan dan juga convenience store. 

Rindu dengan air laici gula apong ni. Jadi singgah ke mari memang akan order yang ni la.

Menu makan tengahari. Nasi putih dengan bawal goreng. Memang terbaik.

Lepas sahaja siap makan... tiba-tiba hujan lebat. Nasib baik parking tak jauh sangat. Jadi kami decide untuk terus ke Kuching sebab tak check-in hotel lagi.

?
?
?
?
?

Kali ni saya memilih Riverside Majestic Hotel yang terletak berhadapan dengan Kuching Waterfront. Senang sikit nak lepak malam tu sambil tengok suasana meriah di waterfront. Harga hotel per night lebih kurang RM168 sekali dengan breakfast untuk dua orang.







?
?
?
?
?

Malam tu jalan-jalan di waterfront. Masa bulan September saya pergi Kuching... tak ada lagi dancing fountain ni. Sekarang ni dah ada. Memang cantik sangat. Siap ada hologram orang menari lagi. Waterfront sekarang dah meriah gila. Jauh berbeza masa saya belajar di sini dulu pada tahun 2005.


Jambatan Darul Hana. Semua warna biru. Rasa macam dalam cerita SciFi pula. ???



?
?
?
?
?
Keesokan harinya, sebelum check-out... pergi breakfast dulu di cafe hotel. Lepas tu ada masa lagi... jadi kami pun bergerak round bandaraya Kuching dulu.

?
?
?
?
?
Mungkin tak ramai yang tau bila datang ke Kuching, ada satu taman yang cantik perlu dikunjungi. Taman Sahabat. Kalau pergi sini rasa-rasa macam di China pun ada. 


Kalau nak buat photoshoot ke... atau nak berjogging ke... boleh ke Taman Sahabat. Saya suka tempat ni.

Lepas tu, kami ke The Spring yang terletak tak jauh dari taman ni. Dah round semuanya... kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu dengan menaiki flight jam 0140PM. 

Sekian.

0 Response to "Short Trip November : Kuching, Sarawak"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel