Keindahan Kawasan Gedung Ubat, W. P. Labuan
Sebelum ni dah pernah post berkenaan trail Tanjung Kubong. Kali ni saya share lagi beberapa gambar kawasan sekitar trail ini. Mungkin ada yang bercadang nak ke sini.
8-9 Disember 2018. Ke Labuan semata-mata pergi hiking...
Kawasan ini antara kawasan hiking tercantik pernah saya lalui. Pemandangannya sangat indah terutama ketika matahari terbit. Bunyi ombak juga begitu menenangkan.
Pemandangan sekitar trail Tanjung Kubong di Gedung Ubat. Cantiknya rumput ni.
Dekat jam 7AM. Waktu ni tak berapa panas kerana matahari baru naik dan dilitupi awan.
Banyak acara diadakan disini seperti pertandingan motorcross.
Pasir di sini bewarna putih. Sebenarnya tempat ni terletak tak jauh dari rumah arwah datuk saya dahulu (sekarang dah jadi Muzium Chimney). Sekitar rumah tu juga ada pasir bewarna putih. Teringat masa budak-budak dulu. Kenangan di rumah datuk sentiasa dalam ingatan.
My mum kata dulu tempat ni pernah mengalami kebakaran. Sebab tu la pokok tu jadi macam tu kot.
Kalau tengok betul-betul rasa macam creepy pun ada juga.
Gedung Ubat yang dahulunya adalah tempat simpan senjata pada zaman perang.
Saya sukakan pemandangan di sini. Sangat indah. Saya berharap pengunjung yang datang sentiasa menjaga kebersihan dan tidak merosakkan pemandangan yang indah ini. Kepada yang minat nature hiking... boleh try di trail ni sambil melihat keindahan pantai.
0 Response to "Keindahan Kawasan Gedung Ubat, W. P. Labuan "
Post a Comment