Rutin Penjagaan Kucing Saya
I am an ailurophile. ? Sejak kecil dah pelihara kucing, sampailah sekarang. ?
Buat masa ni saya ada dua ekor kucing. Satu domestic cat (Moon Moon) dan satu lagi Bengal mix domestic long hair (Cicil). Kedua-dua ekor ni perangai lebih kurang sama, cuma si Moon Moon ni ada relax sikit. Yang satu lagi memandangkan terkena baka Bengal... memang nakal la jawabnya.
Okay. Saya share tips penjagaan kucing dengan cara saya.
MAKANAN
- Saya bagi makanan segar untuk kekalkan bulu yang berkilat. Saya bagi isi ayam (bahagian dada) yang direbus. Satu bahagian diberikan pada sebelah pagi. Dan satu bahagian lagi untuk sebelah malam. Make sure sebelah pagi tu bagi amount yang banyak sebab kucing saya jenis tak makan sekaligus. Akan makan sikit-sikit dan boleh tahan sehingga waktu tengah hari.
- Kadang-kadang saya sediakan dada ayam dan kibbles terutama kalau stok ayam dah nak habis. Jenama kibbles pilihan adalah Royal Canin atau Happy Cat. Sebaiknya pilih kibbles yang berkualiti sebab kalau tak akan menyebabkan kucing menghidap penyakit batu karang. Elakkan memilih kibbles yang nampak bewarna sangat (elok pilih yang warna plain).
- Stok wet food dalam tin kena ada sebab kucing saya pandai lapar waktu tengah malam. Pastikan wet food diberikan tak lebih dari 80gram (standard sukatan setiap tin). Kalau tak nanti najis jadi cair sebab terlebih makan dan sukatan. Jenama pilihan untuk wet food adalah Fussie Cat, Miaw Miaw (made in Japan), Aristo-Cats dan beberapa jenama lain lagi.
- Kadang-kadang akan bagi cat milk untuk kedua ekor kucing saya.
KEBERSIHAN
- Saya jarang mandikan kucing kerana kucing saya punyalah tak suka air. (Mengganas kalau nampak air). Tapi saya akan make sure bulu sentiasa bersih dengan lap menggunakan wet tissue khas untuk kucing, terutama lepas mereka buang najis. Saya juga menggunakan Jusz-Spray agar kucing sentiasa dalam keadaan wangi dan bersih.
- Bersihkan telinga kucing menggunakan kapas basah sekiranya kotor. Kena make sure telinga pun bersih.
- Kucing saya buang najis di pasir yang disediakan. Litter box letak kat luar untuk elak sebarang bau di dalam rumah. Agar menjimatkan masa membersihkan tempat najis, saya beli ultra clumping cat litter. Lagipun jenis ni menyerap bau. Make sure litter box sentiasa bersih dan najis tak terkumpul lama. Cara membersihkannya, scoop najis dan masukkan ke dalam plastik. Kemudian ikat plastik dan buang ke dalam tong sampah. Di tepi litter box tu saya letak mini karpet supaya kucing tak bawa masuk pasir ke dalam rumah.
- Dengan adanya kucing, perlu pastikan rumah pun sentiasa bersih. Saya akan sapu lantai setiap pagi dan malam. Mop lantai setiap hujung minggu dan lap meja dan apa-apa perabot untuk elak bulu kucing dan habuk berkumpul.
KESIHATAN
- Vaksin kucing untuk elak penyakit. Pastikan kucing tidak berada dalam keadaan sakit sebelum vaksin. Selepas vaksin, elakkan kucing terkena air dalam tempoh 3 hari.
- Saya tak bagi kucing saya jalan jauh-jauh. Kebanyakan masa mereka berada dalam rumah. Dan rutin mereka... pada waktu pagi di hujung minggu, saya akan bagi mereka keluar bermain di halaman belakang rumah. Kalau weekdays selalu bagi main kat luar juga cuma tak boleh lama sebab nak pergi kerja.
- Stok ubat kena ada such as ubat cacing, bedak kutu, krim, vitamin dan suplement etc.
- Sentiasa check ada kutu atau tak ada. Kalau ada... boleh mandikan dengan shampoo anti kutu. Kalau tahap kronok lebih baik bawa terus ke veterinary untuk rawatan segera.
MOOD
- Oleh kerana kucing saya jenis playful, jadi mereka memang selalu bermain sama-sama. Kebanyakan masa memang nampak happy la.
- Saya sediakan cat tree tempat mereka bermain dan mencakar. But then nak juga cakar di sofa. Jadi apa boleh buat. Saya juga ada sediakan cat toys untuk mereka bermain. Kucing memang sukakan kotak. Jadi tempat bermain yang paling best adalah kotak. Jadi saya juga ada sediakan kotak untuk mereka bermain.
- Sayangi kucing anda.
Ini adalah Moon Moon. Asalnya stray cat tapi sekarang dah jadi kucing saya a.k.a tuan rumah ketiga
Ini Cicil. Sangat nakal dan saya terpaksa letak dalam cage kalau saya tak ada kat rumah. Or else, semua dia nak kacau. Bengal cat sangat active. Dalam gambar ni nampak ada pelekat dan pasu kecil. Pelekat tu untuk tutup lubang sebab kalau dia nampak lubang tu... mesti nak masuk. Pasu tu pula dia pergi buat mainan.
0 Response to "Rutin Penjagaan Kucing Saya"
Post a Comment