Hong Kong Trip 2019 - Part 1
Ini adalah tahun ke-empat saya melawat Hong Kong. Oleh kerana my ancestors juga ada yang berasal dari sini, jadi menambahkan keterujaan setiap kali datang ke Hong Kong.
Itinerary kali ini adalah empat hari, 3 malam. Group members ada empat orang termasuk saya. All girls. Pada mulanya berhajat nak ke Macau juga (memandangkan jambatan baharu HK - Macau dah buka). Tapi setelah berbincang dengan ahli kumpulan.... maka jawapan muktamad yang diberikan adalah "Hong Kong sahaja".
Dalam post saya ini, saya akan bagi beberapa tips termasuk macam mana nak berbelanja murah, review tempat menarik etc. Semoga tips ini bermanfaat kepada anda.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kami menggunakan penerbangan Air Asia. Direct flight dari Kota Kinabalu ke Hong Kong. Flight mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Tips - Rakyat Malaysia yang ke Hong Kong tidak memerlukan visa. Imegresen kat sana akan bagi resit sewaktu berurusan di kaunter. (Kiranya seperti visa on arrival).
Flight kami adalah pada jam 0645AM. Sempena menunggu flight tiba, kami makan dulu di airport (cafe 24 jam). Tips - Untuk penerbangan ke luar negara adalah dilarang membawa cecair / liquid melebihi 100ml setiap satu barangan (untuk hand carry). Oleh itu, pastikan shampoo, sabun etc semua berada dalam bekas yang kecil. Juga tak boleh bawa barangan yang boleh dianggap merbahaya seperti gunting, pisau lipat, walking stick etc.
Tips - Penting untuk memohon insurans kesihatan dan insurans travel sekiranya ingin ke luar negara. Just in case sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Untuk penjawat awam, perlu declare cuti dengan majikan terlebih dahulu kerana tertakluk dengan undang-undang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dalam kapal terbang pun makan juga. Yalah. Makanan dah ditempah awal, takut tak sempat nak makan masa di airport. Kalau tempah awal makanan di Air Asia dapat harga murah (RM10+ sahaja) dan mempunyai pilihan makanan yang lebih banyak.
Antara makanan pilihan saya adalah Roast Chicken with Pesto Cream Sauce.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bagi saya... penerbangan ke luar negara lebih selesa berbanding dalam negara, kerana kapal terbang naik lebih tinggi. Jadi, awan pun semua semuanya kat bawah. Tak ada awan... tak ada kapal bergegar. Seram ooh.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tips - Sampai sahaja di Hong Kong, jangan lupa beli Tourist sim card dengan harga $88 (5 days with 3GB internet). Ada pakej lain juga ditawarkan iaitu pakej simkad 8 hari. Tourist sim card boleh dibeli dari kedai 1010 (signboard bewarna kuning), yang terletak di Ground Floor airport, berdekatan pintu arrival. Kalau nak lebih jimat boleh sewa Wi-Fi, tapi oleh kerana kami berempat ni boleh terpisah sewaktu berjalan... maka kami lebih selesa memilih tourist sim card. Apa-apapun, coverage public wi-fi di Hong Kong juga amat baik.
Sempena dekat Chinese New Year, banyak tempat yang dihiasi dengan dekorasi menarik. Ini adalah pintu keluar airport nak menuju stesen menunggu bas.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oleh kerana kami sampai awal di Hong Kong (jam 0935AM), so tak boleh nak check-in hotel lagi. So kami terus ke Tung Chung dengan menaiki bas sebab terus nak ke Ngong Ping Village. Perjalanan mengambil masa selama 10 - 15 minit. Tips - Salah satu cara yang murah dan mudah dari airport nak ke Tung Chung adalah dengan menaiki bas. Nombor bas adalah S1. Tambang $3.50 untuk perjalanan sehala. Perlu sedia duit kecil kerana tiada baki akan dipulangkan (duit masuk dalam mesin macam style Rapid KL). P/S - Tiada train MTR dari airport ke Tung Chung. Cara yang lain adalah menggunakan perkhidmatan teksi yang boleh didapati di luar airport.
Menaiki bas double decker. View dari tingkat atas bas.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bas S1 ke Tung Chung akan berhenti di stesen bas berhampiran City Gate Outlets (shopping complex). Dan bersebelahan City Gate Outlets juga adalah ada jejantas yang menghala ke kaunter cable car nak ke Ngong Ping Village. Tips - Penting untuk sediakan itinerary perjalanan supaya senang nak refer, tak buang masa dan tak perlu baru nak fikir hendak ke mana.
Tips - Untuk memudahkan perjalanan, simpan luggage anda di locker yang disediakan di Level B2 dan B3, City Gate Outlets. Setiap 2 jam akan dicas sebanyak $20 untuk locker besar (boleh muat sehingga empat luggage bersaiz cabin). Untuk small locker akan dicas sebanyak $10. Caranya sangat mudah kerana instruction juga ada di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang masalah seperti barkod resit tak boleh dibaca atau locker tak boleh buka... boleh call hotline terus. Nombor hotline ada dinyatakan di pintu locker dan resit. Oh ya. Resit kena simpan baik-baik. Jangan hilang sebab kalau tak macam mana nak ambil balik beg.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tips - Install Klook untuk tiket yang lebih murah dan tak perlu nak baris panjang. Antara apps kegemaran saya adalah Klook. Apps ini menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga sebenar, contohnya tiket masuk ke Disneyland, naik cable car, boat cruise etc. Yang lagi best, Klook juga mempunyai special lane masa nak claim tiket di kaunter, so tak perlu nak berbaris panjang, tak perlu nak isi borang bagai. Semua boleh diurus secara online sahaja. Klook boleh digunakan di mana-mana negara seluruh dunia termasuk Malaysia.
Setiap tahun saya akan ke Ngong Ping dengan menaiki cable car. Tapi tahun ni special skit kerana saya menaiki cable car CRYSTAL CABIN. Love Love Love!. Thank you Klook kerana saya hanya perlu bayar sebanyak RM138 sahaja untuk crystal cabin cable car / pergi balik... berbanding harga sebenar iaitu RM150. Kami juga ada special lane untuk pelanggan pre-purchased ticket, so tak perlu nak baris panjang sangat untuk beli tiket. Klook helps me a lot.
Tips - Untuk menikmati perjalanan menggunakan cable car, anda dinasihatkan untuk tengok website Rasmi Ngong Ping 360 dahulu sebab hampir tiap tahun ada cable car maintenance. Ngong Ping 360 Official Site boleh buka dari link ini.
Kami dah cut line yang panjang sebab dah beli tiket menggunakan aplikasi Klook. Tengok betapa ramainya orang beratur nak naik cable car.
-
-
-
-
-
-
-
-
Pemandangan dari cable car
Bestnya naik crystal cabin sebab boleh nampak pemandangan di sebelah bawah.
Merentasi lautan.
-
-
-
-
-
-
-
-
Sampai di Ngong Ping Village. Yeay!
-
-
-
-
-
-
-
-
Makanan halal di Hong Kong agak mahal, jadi kira standard kalau satu pinggan nasi goreng harga RM40. Memandangkan matawang Malaysia jatuh pada tahun ni, jadi kena pandai berjimat jugalah masa berada di luar negara.
Satu-satunya restoran yang halal di Ngong Ping Village adalah Ebeneezer's Kebab & Pizzaria.
Saya order fish briyani + air Pepsi. Total cost $93... lebih kurang RM49 semuanya. Bagi saya... vegetable curry with briyani rice lebih sedap berbanding fish briyani yang ni sebab ikannya tak sama macam ikan di Sabah. Hehe. By the way... kalau dah lapar memang akan makan juga.
?
?
?
?
?
Po Lin Monastery
Best tengok anjing-anjing comel ni tidur di rumput.
-
-
-
-
-
-
-
-
Tahun ni terpaksa meninggalkan niat nak hiking di sini kerana salah satu group member pregnant. Lagipun memang semua tak nak hiking kecuali saya. So next time kena pergi hiking kat sini jugak
Wisdom Path. Area dengan view yang paling unik di Ngong Ping.
View dari Big Buddha. Untuk sampai ke sini perlu mendaki 200+ anak tangga terlebih dahulu.
-
-
-
-
-
-
-
-
Sampai sahaja di Tsim Sha Tsui, hari pun dah malam. Sebab kami singgah ke CityGate Outlets lagi sebelum tu pergi tengok apa yang best. Haha.
By the way, kami stay di Pearl Premium Guest House. Hostel sahaja tali menyediakan private bathroom. Saya booking melalui Agoda.com sahaja. Kalau nak lagi best boleh booking melalui Air BNB untuk harga yang terbaik.
Hostel kami terletak dalam Mirador Mansion (dalam bangunan), dan hanya beberapa blok dari the famous Chung King Mansion. Saya suka stay di hostel ini sebab walaupun bilik kecil, tapi lebih bersih, kemas, fasiliti lebih baik dan yang penting ada peti ais. Haha. Berbanding hostel sebelum sebelum ini... Pearl Premium Guest House adalah hostel terbaik yang pernah saya menginap.
-
-
-
-
-
-
-
-
Tsim Sha Tsui merupakan antara daerah paling busy di Hong Kong. Juga lebih mahal. Kalau nak menginap hotel yang lebih luas perlu sedia duit lebih la nampaknya. Tapi oleh kerana kami ni jenis budget travel... jadi kami tak kisah sangat tentang bilik. Yang penting, makan mesti best, tempat yang dikunjungi juga mesti menarik.
Satu-satunya restoran halal yang menghidangkan masakan Cina adalah Hung Restaurant yang terletak di Chung King Mansion. Malam tu kami makan nasi goreng. Memang sedap.
-
-
-
-
-
-
-
-
Walaupun dah penat, tapi still nak berjalan. Malam tu pergi Aqua Luna evening sail dengan menggunakan the famos Hong Kong junkboat. Dengan harga Klook, boleh dapat harga lebih murah iaitu RM89 sahaja. Pelayaran bermula jam 0930PM selama 45 minit. Dalam perjalanan akan di served dengan minuman ringan. Selain Klook, tempahan Aqua Luna boleh dibuat menerusi website Aqua Luna but Klook far more convenience and cheap.
Kalau nak experience untuk menaiki junkboat yang lebih original since tahun 50an, boleh tengok website Dukling. But harga lebih mahal sedikit berbanding yang ni. Mungkin sebab kapal tu kapal original yang dulu kot.
Waktu ni memang sejuk sebab angin punyalah kuat. Layar pun tak buka, or else nanti kena tiup jauh pulak. Hehe. Apa-apapun tetap enjoy dengan pelayaran ni. Tempat duduk adalah free seating. Kalau nak duduk kat luar boleh menikmati pemandangan yang lebih cantik. Kalau nak duduk di dalam ada disediakan sofa malas + selimut.
-
-
-
-
-
-
-
-
After evening sail, kami pun balik ke hostel. Rehat dan sambung Part 2 Hong Kong Trip 2019
0 Response to "Hong Kong Trip 2019 - Part 1"
Post a Comment