Adsterra

Berkunjung ke Gua Angin, Bau, Sarawak

16-18 Februari 2019, short trip to Kuching. Antara negeri yang paling kerap saya lawati, Sarawak Bumi Kenyalang.

Kami mulakan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuching pada sebelah pagi dengan menaiki kapal terbang. Jam 9.20 pagi, sampai di Kuching. Untuk memudahkan pergerakan, kami menyewa kereta sebab tempat yang kami nak pergi ni jauh dari bandar... iaitu di Bau (lebih kurang 30 minit perjalanan). Tujuan kami pada hari tersebut nak pergi masuk gua. Hehe... Kali ni trip bertiga sahaja. Me and my colleagues. 

Sebelum bertolak ke Bau, kami singgah dulu di Kopi O' Corner yang terletak di Satok. Sarapan pagi dengan mi kolok special. Lepas sahaja siap breakfast, kami terus bertolak ke destinasi. Pada mulanya rancangan asal kami adalah ke Serikin, then baru ke masuk ke gua. Tapi memandangkan dah dekat jam 11 baru nak bertolak... kami tak jadi la ke Serikin.  

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sebelum ke Gua Angin, kami singgah ke Gua Pari terlebih dahulu. Jarak dari Gua Pari dan Gua Angin tak la jauh. Lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta. Masa nak masuk ke Gua Pari, tiba-tiba ada notis penutupan la pula (ada penyelenggaraan). Jadi tak dapat la nak masuk.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sebelum bertolak ke ke Gua Angin, singgah dulu di tepi jalan area berdekatan Gua Pari tu. Cantik pemandangan di situ. Tempat ni lebih kurang macam gua juga la. Mungkin bersambung dari Gua Pari tu. Kalau lalu nak ke Gua Pari mesti nampak tempat ni. 



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sebelum sampai ke Gua Angin, kami singgah dulu ke tempat ni. Curious sebab ramai orang datang ke sini. Jadi kami pun singgah juga la. Kiranya tempat ni adalah gua tempat orang beribadat, tapi dalam masa yang sama ramai gak pelancong yang datang ke sini. Siap ada gerai kecil-kecil menjual makanan ringan dan buah-buahan tempatan. Tempat ni tak ada sebarang bayaran dikenakan.







-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas tu barulah kami sampai ke destinasi utama kami iaitu di Gua Angin. Sebelum masuk ke Gua Angin, perlu diingatkan agar membawa torchlight kerana gua ini sangat gelap. Tak ada torchlight memang tak nampak apa-apa. Kalau terlupa bawa torch light, boleh sewa di kaunter tapi lampu tak terang sangat la. Kalau terpaksa, guna torchlight handphone sajalah. Oh ya. Keadaan trail juga kadang-kadang licin, jadi kena pakai kasut yang sesuai. Nama guna ni Gua Angin, tapi dalam gua tu boleh tahan juga la panas. Sebab tak ada angin masuk. 

Peraturan yang perlu dipatuhi.


Sebelum masuk ke gua, register dulu kat kaunter. Dan beli tiket berharga RM1 sahaja (untuk warganegara). 


Gua ini mengandungi beberapa trail tapi semuanya bersambung-sambung. Asal sahaja ikut trail, gerenti akan sampai ke titik permulaan kembali. Boleh tahan juga panjang trail ni. Sambil explore... sambil melihat keindahan Gua Angin.

Misi bermula


Keadaan gua. (Ambil gambar menggunakan flash) 

Akar kayu (macam rambut orang)

Setiap trail ada anjung dan boleh tengok pemandangan seperti ini.

Gambar (menggunakan flash)

Tanpa flash

Gelap gelita







Gua ini dipenuhi dengan kelawar (dan najis kelawar), sarang labah-labah (kat tiang trail) dan burung layang-layang.







Sebelum sampai kembali ke titik permulaan, kita akan melalui trail ni terlebih dahulu. Walaupun tak la hutan sangat (sebab sebelah pagar tu boleh nampak ladang orang), tapi suasana hutan tu masih boleh dirasai. Berhati-hati ketika berjalan di sini kerana permukaannya licin.

Oleh kerana keadaan gua boleh tahan juga panas, bila keluar dari sana terus boleh hirup udara segar. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas sahaja dari Bau, kami terus menuju ke Muzium Kucing yang terletak di bandaraya Kuching. Saja nak habiskan masa pada hari tu.




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Selepas melawat Muzium Kucing, kami terus ke India Street, window shopping. Corak batik Sarawak sangat cantik dan unik. Jadi kami bertiga pun berpakat beli kain corak sama . Boleh jadi baju rasmi seksyen kami. Haha


Love Subway!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Malam tu lepak makan di Kuching Waterfront. Makanan kegemaran saya, nasi aruk. Sedap!



Okay. Jumpa di Part 2 story. - Berkunjung ke Taman Negara Bako, Sarawak.

0 Response to "Berkunjung ke Gua Angin, Bau, Sarawak "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel