Adsterra

Berkunjung ke Taman Negara Bako, Sarawak

Awal pagi sebelum kami bertiga bertolak ke Taman Negara Bako, breakfast dulu di restoran India sebelah hotel tempat kami menginap iaitu Hotel City Inn (hotel bajet tapi bilik besar dan selesa. Location wise tak jauh dari waterfront). Okay. Kalau nak tau... Restoran tempat kami makan ni punya roti kosong memang terbaik. Nama restoran tu Bombay kalau tak salah.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Okay. Perjalanan dari bandar ke jeti Bako mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menaiki kenderaan. Kalau tak hafal jalan boleh tengok Waze atau Google Maps. Senang saja.

FYI. Kalau nak ke Taman Negara Bako, perlu naik bot terlebih dahulu untuk sampai ke sana. Dinasihatkan untuk pergi waktu pagi sebab last boat return dari Taman Negara Bako adalah pada jam 4PM. Parking di jeti Bako ni selalu full. Kalau bernasib baik, boleh park di petak yang disediakan. Kalau tak... boleh parking kat tepi-tepi saja.

Pada waktu ni, jeti tengah dinaiktaraf untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. 

Oh ya. Boat boleh booking awal atau walk-in. (Kami walk-in sahaja). Sebelum menaiki boat, boleh beli tiket di kaunter terlebih dahulu. Harga tiket untuk sorang adalah RM30 (return). Jangan lupa register untuk entrance ke Taman Negara Bako. Registration boleh dibuat di kaunter yang ada di jeti tu juga. Kalau tak buat kat sana... boleh register terus di HQ dalam Taman Negara Bako. Tiket masuk ke Taman Negara Bako adalah RM10 untuk warganegara. 

Okay. Di area jetty tu ada gak kedai kopi dan kedai runcit.

Biasanya satu boat akan berkongsi penumpang. Kami berkongsi seramai lima orang (3 orang saya dan rakan-rakan... 2 orang lagi mat salleh). Tepat jam 9AM, kami pun bertolak menaiki boat.


Alhamdulillah... cuaca baik. Air juga tenang. Berhati-hati kerana dalam air ni ada buaya.

Pemandangan muara sungai. On the way ke Taman Negara Bako

Penampakan Gunung Santubong

Gunung Santubong boleh dilihat dengan jelas dari sini. Cantik sangat. Gunung ni sering dilitupi awan. Tapi pada waktu ni kiranya clear la. 

Okay. Perjalanan dari jeti ke Taman Negara Bako sebenarnya tak mengambil masa yang lama. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Tapi memandangkan pada waktu ni air surut... maka semua boat pun stuck. Jadi kena tunggu air naik baru boleh jalan. Sejam jugalah kena tunggu.

Sea stack di Taman Negara Bako adalah mercu yang wajib anda kena tengok. Cara yang paling cepat adalah dengan menaiki boat. Boleh bagitau kepada pengusaha boat sekiranya berhajat untuk tengok sea stack. Extra bayaran sebanyak RM7 akan dikenakan untuk setiap orang. Bayaran boleh dibuat terus kepada pengusaha bot. 

Pandangan dari hadapan. Rupa macam ular cobra.

Pandangan sisi

Pandangan belakang

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas sahaja tengok sea stack, kami pun memulakan perjalanan ke HQ Taman Negara Bako. Untuk menuju ke HQ.... semua penumpang perlu turun di tepi pantai (tak ada jetty). Lepas tu jalan kaki dalam 5 minit, then akan sampai ke HQ. Kalau nak senang, awal-awal pakai selipar saja supaya tak kelam kabut nak buka kasut masa turun dari bot. 

Apa-apapun, apabila balik nanti akan menggunakan boat yang sama juga. Jadi kena kautim dengan rakan-rakan se-boat nak balik jam berapa. Kami berjanji untuk balik jam 2PM. Masa balik nanti boleh berkumpul di jetty yang disediakan (untuk balik sahaja. Untuk ke Taman Negara Bako tak lalu di jetty tu).

Nampak sahaja pemandangan ni, teringat suasan kampung di Labuan. Pemandangan yang hampir sama.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sampai di HQ Taman Negara, boleh pergi ke kaunter HQ terlebih dahulu untuk tulis nama dalam guestbook. Lepas tu renjer akan explain serba sedikit tentang trails yang ada. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan trails di Bako National Park, boleh layari website Sarawak Tourism.

Okay. Kat area HQ ni ada banyak monyet. Salah satu staff kat sini advice jangan bagi dengar bunyi plastik kat monyet sebab mereka ingat tu adalah makanan. Apa-apapun, jangan tinggalkan barangan anda. Nanti monyet grab bawa lari. Kepada yang nak menginap di Taman Negara Bako, di sini juga ada chalet disediakan.

Monyet senior. 

Maka kami pun memulakan perjalanan kami. Apa yang perlu dibawa - Air mineral secukup secukupnya dan sunblock. Sila pakai pakaian yang sesuai, terutama kasut yang ada grip kerana ada jalan yang mempunyai permukaan licin. Tips hiking - bawa chocolate bar di dalam pocket. For energy dan in-case kalau tersesat ke (InShaaAllah tidak), still ada backup makanan lagi. Same thing kalau berada di laut contohnya pergi memancing tengah laut, chocolate bar kena ada di dalam poket. (Bukan beg... tapi poket). 

Bergambar bersama Gunung Santubong. Actually masa hiking nanti banyak pokok-pokok. Jadi tak terasa sangat panas matahari.Yang panas cuma masa nak pergi ke titik permulaan trail hiking tu sahaja (lalu kawasan bakau).

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Seriously saya memang tak ada niat nak berhiking pada waktu ni. Kerana niat utama saya ke Taman Negara Bako sebab nak tengok sea stack (dalam jarak yang dekat). Haha. Tapi kami try hiking jugalah. Laluan di sini agak berbukit. Kena fit jugalah kalau nak sampai ke atas. 

Boleh pilih nak ikut trail yang mana satu.

Ni masa baru-baru naik... Masih ada trail kayu lagi.

Masa tengah perjalanan tu dah tak nampak trail kayu dah. Kena lalu batu-batuan segala.




Sepanjang perjalanan hiking... banyak pemandangan yang unik. Taman Negara Bako memang cantik. Kepada yang sukakan nature, disini adalah antara tempat yang sesuai untuk dilawati.

Lepas sahaja dari hiking, kami pun balik semula ke HQ.

Selain itu, di sini ada Proboscis monkey a.k.a Bayau. Kalau mat salleh atau pelancong asing memang teruja kalau nampak monyet ni.

Selepas dah tulis nama (check out), kami pun kembali ke Bako jetty dengan menaiki boat. Oh ya. Kadang-kadang air laut bergelora. Jadi kepada yang tak biasa naik boat kecil, mungkin akan rasa geli perut skit sebab beralun. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas sahaja dari Taman Negara Bako, kami singgah ke Santubong. Hajat nak cari makan sahaja. Antara banyak-banyak food court di sana, saya suka corner yang ada jual ikan bawal goreng tu. Tapi memandangkan hari dah petang... ikan bawal dah habis. Jadi makan set nasi putih dengan ayam goreng saja. 

Juga tak akan miss minum laici gula apong. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sambil driving sambil tengok apa yang menarik di sana. Tiba-tiba nampak satu simpang yang ada gerai-gerai menjual makanan ringan (area Santubong). Kami stop by dan cari apa yang best. Di gerai-gerai ni banyak jual jeruk buah-buahan seperti mangga dan kedondong.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Malam tu makan di waterfront sambil melepak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keesokan harinya sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu, kami sempat singgah ke Medan Niaga Satok (a.k.a Pasar Satok). Ini adalah lokasi terbaharu untuk pasar Satok selepas dah pindah dari tempat asal. Pasar di sini besar dan bersih. Kalau nak beli ikan terubok, boleh beli di sini. Harga yang dipamerkan tak sama dengan yang di offer oleh peniaga tersebut. Maksudnya harga yang di offer tu jauh lebih murah. Sama la cetanya macam di pasar ikan kering di KK. Tulis harga RM40, lepas tu jual RM20. Meaning to say, harga yang dijual tu tak fix la.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Taman Sahabat adalah antara taman yang cantik di Kuching. Suka singgah ke sini sebab suasananya yang cantik, tenang dan rasa macam berada di luar negara. 

Tengok gambar ni macam Jeneral tengah pegang pokok pinang.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas dah pulangkan kereta sewa, kami pun bersedia untuk berlepas pulang ke Kota Kinabalu.

Sarawak, see you again!

0 Response to "Berkunjung ke Taman Negara Bako, Sarawak"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel