Jalan-Jalan ke Osaka, Jepun - Part 1
Tujuan utama ke Osaka adalah nak tengok bunga sakura dan makan Wagyu beef atau Kobe beef. Lepas tu nak bergambar dekat signboard Glico dan iconic uncle Kuidaore Taro.
Kalau naik local airlines, dari Sabah tak ada direct flight ke Osaka. Kalau ada pun ke Tokyo Narita (Malaysia Airlines) tapi penerbangan bukan setiap hari. Jadi kiranya gigih jugalah perjalanan kali ni. Dah la flight BKI - KUL punyalah awal. Jam 0530AM dah terbang. Lepas tu nak menunggu next flight jam 0215PM.
By the way... rakyat Malaysia yang travel ke Jepun tak memerlukan visa. Yang penting passport masih valid, then ready to fly... Itinerary mesti ada supaya nanti tak buang masa. Rajin-rajin check dalam internet especially blog, TripAdvisor dan tourism board website. Banyak tips dan info tempat menarik boleh dilawati
Saya punya perjalanan ke luar negara kebanyakannya bajet type. Apa-apapun, banyak tempat boleh pergi dan masih dapat makan makanan sedap. Thanks to Air Asia... total cost penerbangan BKI - KUL - KIX return hanya RM1300+ sahaja per person (plus baggage weight and quiet zone seat). Sebenarnya beg saya tak berat (dah la beg cabin size only) tapi saja beli baggage weight, just in case kalau 'terberat' nanti masa balik. Staf Air Asia di Kansai airport agak strict dengan berat barang ni. Air Asia kan mengamalkan berat-tak-boleh-lebih-7KG and only two bags are allowed for hand carry.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Penerbangan awal pagi
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Memandangkan sampai awal dari BKI - KUL, jadi kami lepak makan di PappaRich di KLIA2. Tak perlu risau kerana dah banyak kedai buka walaupun masih awal. Kalau rasa nak nap boleh check-in di hotel yang kira ikut jam such as Capsule Transit Hotel, Aerotel, Sama-Sama Express Hotel (dalam gate departure) dan Tune Hotel. Sebaiknya booking awal sebelum perjalanan tapi kalau nak walk-in pun boleh.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Internet sangat penting terutama kalau nak travel ke luar negara. Selain travel sim, alternatif terbaik adalah dengan menggunakan pocket Wi-Fi. Biasanya satu Wi-Fi boleh kongsi sehingga lima devices. Oleh kerana saya travel dua orang, so pocket Wi-Fi is best way to save budget. Saya sewa dengan Travel Recommends. RM12 sehari for unlimited Internet.
Caranya senang saja. Buka website Travel Recommends.com. Then pilih nak travel ke negara mana. Isi details yang diperlukan dan boleh pay terus menggunakan kad kredit atau online banking. Deposit sebanyak RM200 juga akan dikenakan, but don't worry kerana wang tersebut akan dikembalikan. Additional payment akan dikenakan kalau kita amik insurans gadget dan powerbank rental (sebab pocket Wi-Fi boleh tahan sehingga 7 jam penggunaan saja). Untuk menjimatkan kos... saya tak amik insurans dan powerbank rental. Total RM279 (RM200 deposit akan dikembalikan, RM79 harga sewa).
Boleh self pick-up Wi-Fi router di mana-mana kaunter yang available atau boleh delivery by pos. Saya self pick-up di KLIA2. Kaunter Travel Recommends terletak di dalam kedai Tune Store Traveler (open 24 hour), tak jauh dari gate arrival. Hanya lihatkan rental code dalam resit yang mereka emel, then... settle.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Tiap penerbangan antarabangsa di KLIA2 akan masuk ke gate L, P, Q. Untuk mengelakkan kelewatan boleh masuk lebih awal. Bear in mind, international flight tak boleh bawa liquid lebih 100ML untuk setiap satu barang (hand carry). Untuk elak kena tahan masa checking (dan menyebabkan orang yang queue kat belakang jem, sila organize barang-barang anda sebaiknya). Walau bagaimanapun, untuk domestic flight tak ada restriction untuk barangan liquid.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sambil menunggu next flight, apa kata urut badan dulu. Hye! Dah boleh pay dengan Boost apps.
Makan pun perlu juga. Flight ke Osaka amik masa 6 jam. Saya tak order makan dalam kapal sebab harga international ni mahal sedikit berbanding domestic flight.
Beautiful horizon.
Dalam kapal nanti akan diberikan dua borang yang perlu diisi. Satu borang imigresen dan satu lagi borang declaration kastam.
Quiet zone seat. Area ni actually baby-free zone. Hehe.. means takkan dengar budak menangis la. Boleh dikategorikan sebagai premium seat jugalah kerana seats di area sini tak banyak (dan terletak di hadapan dari sayap kapal... yang bermaksud telinga tak sakit dan pemandangan di luar boleh dilihat dengan jelas). Depan dari quiet zone area adalah flat-back zone (first class). FYI - Harga seat untuk quiet zone adalah RM75 per person. Mahal sedikit dari standard seat (RM40+) tapi keselesaan dalam kapal amat penting bagi saya.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Jam 09.40PM masa Osaka... sampai di KIX international airport. Kebanyakan penerbangan akan mendarat di Terminal 1 kecuali beberapa flight sahaja akan mendarat di Terminal 2. Oh ya. Masa di Osaka ni cepat sejam dari Malaysia. Means kalau di Osaka dah jam 09.40PM... kat Malaysia baru jam 08.40PM.
Kansai Airport ni kira strict jugalah kalau pasal checking. Masa nak amik bagasi pun siap ada staff yang check sama ada bagasi yang kita amik tu betul-betul kepunyaan kita atau orang lain. Then masa kat kaunter kastam... mereka akan periksa bagasi kita. Barangan seperti frozen food, daging etc adalah dilarang sama sekali.
Setelah semuanya selesai, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki train. Destinasi... Namba station. Ada tiga options transport dari airport ke Namba station.
- Taxi. Option paling mudah tapi paling mahal.
- Train. Kami pilih option kedua dan menggunakan perkhidmatan Nankai. Kaunter Nankai terletak di Aras 2 airport. Cara nak beli tiket, boleh terus ke kaunter Nankai. Train Nankai ada dua jenis iaitu 'train biasa' Nankai Airport Express (non-reserved seat, ticket price �920) dan satu lagi The Rapi:t Airport Express (reserved seat). Saya cadangkan untuk amik yang reserved seat. Walaupun harga mahal sedikit dari train biasa (tambahan RM15 je) tapi sangat berbaloi terutama kalau dah penat dan flight sampai waktu malam. Untuk yang reserved seat ni, boleh pilih nak regular seat (�1330, 4 seats in a row) atau super seat (�1340, 3 seats in a row). For me, regular seat dah cukup selesa. Plus... orang tak ramai sangat naik train yang reserved seat ni. Tak perlu risau nak berbahasa Jepun kerana staff di kaunter train ni sangat professional dan boleh berbahasa Inggeris. By the way, kaunter tak buka 24 jam... kalau tak salah saya tutup pada jam 1130PM. Untuk yang sampai lewat dari tu dan nak jimat duit... boleh guna option 3.
- Bus. Saya tak pernah try lagi tapi perkhidmatan bus masih available sehingga tengah malam. Ticket boleh dibeli dari vending machine di Aras 1 airport KIX (untuk yang turun di Terminal 1). Maklumat lanjut boleh ke website ni.
The Rapi:t Airport Express (reserved seat)
Simpan tiket anda, in case ada staff yang nak buat checking dalam train nanti.
Regular seat. Sangat selesa. Facilities seperti toilet dan vending machine juga disediakan. Train ni akan berhenti di beberapa station tapi takkan mengambil masa yang lama untuk sampai ke Namba Station. Enjoy!
Hari pertama sampai, kami menginap di Hotel Hillarys yang terletak di Nippombashi. Actually jarak Namba Station dengan Nippombashi station tak jauh pun. Jalan kaki lebih kurang 7 minit dah sampai. Oleh kerana train Nankai hanya stop sampai Namba Station saja... jadi kami just jalan kaki menuju ke Nippombashi. Cuaca pada awal Mac masih sejuk (lebih kurang 8�C) walaupun dah nak masuk spring season), tapi still kena pakai jaket tebal skit. Google Maps sangat membantu untuk kita mencari destinasi yang nak ditujui. Cuma yang tak best kengkadang tu pandai tak betul juga especially kalau navigate yang walking distance.
By the way, bagi saya... hotel tempat saya menginap di Nippombashi ni kira strategik juga. Dekat dengan subway, tak jauh dari tempat menarik seperti Kuromon Market dan Den Den Town... Boleh jalan kaki ke Dotonbori. Kawasan sini juga tenang dan tak ramai orang.
Kedai 24 jam such as 7-Eleven, Family Mart dan Lawson ada di merata-rata tempat. Jadi tak akan kebulur punya. Lagipun kedai 24 jam kat sini complete, semuanya ada. Nak beli mask muka, sarung tangan, sabun cuci pinggan, cermin mata, majalah, makanan ringan, makanan berat etc semua ada. Tips saya cari makan di kedai 24 jam - Cari yang vegetarian atau cari makanan seafood.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Hotel Hillarys. Harga semalam RM280, plus breakfast. Actually kalau nak lebih jimat boleh guna Air BNB (kalau datang satu group) atau tinggal di hostel capsule (jimat for solo traveler - harga dalam RM100 semalam). Tapi memandangkan kami dua orang, rasanya agak jimat juga kalau tinggal di hotel, memandangkan kawasannya strategik. Kebanyakan saiz bilik hotel di sini agak kecil sedikit tapi still selesa. Toiletries complete. Katil empuk. Ada free Wi-Fi (yang sangat laju). Ada aircond dan heater. Staff di hotel ini juga sangat membantu dan yang pastinya boleh berbahasa Inggeris.
Note - Kebanyakan hotel di Japan ada menyediakan baju seperti dalam gambar di atas. Actually baju ni untuk pakai ke kolam air panas.
Mostly tandas di kawasan bandar adalah elektronik. Tak ada yang manual. Oh ya. Kadang-kadang tulisan ada yang tak ada dalam bahasa Inggeris. Kalau nak lebih mudah, jangan lupa install Google Translate apps.
Tap water. Boleh minum terus.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Keesokan paginya. Breakfast dulu. Jangan lupa kemas pinggan lepas makan.
Hari kedua, kami menginap di hotel lain tapi still di kawasan Nippombashi. Masa check out hotel adalah jam 1100AM. Dan check in pula jam 0300PM. Kalau nak simpan beg, boleh pergi ke mana-mana subway dan cari luggage coin locker. Untuk saiz locker besar, harga �700.
Tapi kalau nak jimat, boleh ke hotel tempat kita nak check in tu untuk simpan beg sana saja. Nanti dah waktu check in, amik saja dari kaunter. Staff hotel sangat mesra dan begitu membantu. Hari kedua dan seterusnya kami menginap di Hotel WBF Namba Kuromon. Harga semalam RM260. Saja nak tukar angin merasa hotel lain-lain. Cerita selanjutnya pasal hotel ni boleh skrol ke bawah.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Untuk first timer, mula-mula nak guna train tu ada confuse skit. Sebab banyak cabang dan tak tau nak stop di station mana satu. Apa-apapun, boleh tanya staf yang bertugas di sana. Biasanya staf akan berdiri dekat area mesin kaunter tu. Nanti dia akan ajar bagaimana nak sampai ke destinasi tu. Kebanyakan mesin ada dalam Bahasa Inggeris. Untuk memudahkan, purchase ticket dengan nama station. Oh ya. Japan banyak menggunakan duit syiling. Pastikan dalam poket sentiasa ada duit syiling. Dan sebelum pulang, sila habiskan syiling anda sebab nanti kat Malaysia tak boleh nak tukar balik.
FYI - Japan adalah antara negara yang selamat. Tak ada pencuri. No need to worry dompet kena curi, tapi apa-apapun kena juga berhati-hati la.
Destinasi pertama kami pada hari tu adalah ke Osaka Castle. Station terdekat ke sana adalah Tanimachi 4 (T23).
Jalan kaki dari station Tanimachi ke Osaka Castle hanya mengambil masa beberapa minit. Sambil berjalan sambil melihat pemandangan.
NHK Office buidling
HQ police
Dah nak sampai ke destinasi
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Antara Coca Cola yang paling best adalah Cola di Jepun. Gas karbonat yang bukan alang-alang. Nikmat.
Sambil duduk, sambil makan onigiri seaweed.
Bila kita travel ke negara orang, dalam masa yang sama perhatikan juga budaya mereka bagaimana. Contohnya orang Jepun tak suka makan sambil berjalan. Cara yang betul, beli makanan... cari tempat duduk... dan makan.
Walaupun kebanyakan orang Jepun tak pandai berbahasa Inggeris, tapi jangan risau kerana mereka akan cuba untuk membantu kita sampai selesai masalah tu. Contohnya kalau nak tau jalan kat mana etc.
Map kawasan Osaka Castle
Torii
Dah nak masuk spring season. Sakura dah mula berbunga
The famos Osaka Castle
Oh ya. Jangan lupa tengok man hole yang unik di Osaka.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas dari Osaka Castle, kami ke Umeda Sky Building untuk melihat Osaka dari atas bangunan. Untuk naik ke atas, kita akan naik lif dulu. Boleh melihat pemandangan menerusi lif tersebut. Lepas tu kena naik eskelator yang panjang untuk sampai ke Sky Walk (atas bangunan).
Umeda Sky Building
Di belakang Umeda Sky Building tu ada taman mini dan mini farm.
Tiket masuk ke Sky Walk adalah �1000.
Pemandangan dari dalam bangunan
Ni pemadangan dari atas bangunan
Eskelator yang paling ditunggu-tunggu. Gila panjang eskelator ni. Dan tinggi. World highest escalator.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas dari Umeda Sky Building, kami jalan kaki saja ke Osaka Station. Dalam station ni ada shopping complex besar.
Osaka Station memang sibuk kerana banyak trains yang stop kat sini. Kalau nak pergi Kyoto atau Kobe pun kena naik train dari sini.
Sebelah Osaka Station pula ada Yodobashi-Umeda yang menjual pelbagai barangan seperti handphone, jam tangan, barangan elektrik, barangan outdoors activities etc. Ada banyak la.
Sakura Storm GShock. Limited edition.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas tu kami check-in kat hotel WBF Namba Kuromon. Hotel ni pun sama best macam hotel Hillarys juga. Tapi rasanya saya lebih prefer hotel yang ni la. Cawangan Hotel WBF ada banyak di seluruh Jepun. Dan pada masa yang sama, saya dah jadi member untuk hotel ni. Manatau nak pergi Jepun lagi lepas ni.
Kami pilih run-of-house room. Means apa bilik yang available masa tu... tu la yang kita dapat. Nak jimat punya pasal. Hehe. Tapi setakat ni tak mengecewakan langsung sebab bilik ni sangat selesa.
Petang tu rehat dulu di bilik. Sambil makan snek hasil belian di kedai 24 jam Lawson.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Aktiviti waktu malam? Dotonbori dan Shinsaibashi. Jalan kaki saja. Tak jauh sangat dari hotel.
Kat sini memang ramai orang. Nak main Pachinko, makan, lepak, shopping, beli souvenir, bergumbira etc.
Apabila berada di sini, tak sah kalau tak bergambar dengan signboard Glico running man ni. Glico adalah pengeluar untuk snek terkenal such as waffle stick and ice-cream.
Lebih kurang macam Glico running man juga. Hehe
Uncle Kuidaore Taro. Nak tau apa historynya? Boleh klik di link ini.
Saya beli roti bahulu uncle ni. Sedap.
Tarabagani a.k.a red king crab.
Sebelum balik ke hotel, sempat singgah makan snek. Ada perisa kacang hitam, perisa ubi dan lain-lain. Best makan panas-panas masa cuaca sejuk ni.
Okay. Part 2 pula ceta pasal jalan-jalan ke Kyoto.
0 Response to "Jalan-Jalan ke Osaka, Jepun - Part 1"
Post a Comment