Jalan-Jalan ke Kyoto, Jepun - Part 2
Hari ketiga berada di Jepun, perjalanan diteruskan ke Kyoto. Perjalanan adalah pulang balik sahaja. Kalau nak ke Kyoto boleh menggunakan perkhidmatan JR Kyoto Line dari Osaka Station. Saya menggunakan perkhidmatan special rapid non reserved seat. Harga tiket �560/one way. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit saja. Train ini ada berhenti di beberapa stations. Kalau nak yang lebih selesa dan cepat boleh menggunakan perkhidmatan Shinkansen train. Lima belas minit dah boleh sampai. Tapi harga mahal dari train biasa (�1420). Kalau ada JR pass harga boleh dapat lagi murah.
Sekiranya menggunakan servis JR Kyoto Line special rapid non-reserved seat, boleh berbaris di platform 8.
Sekiranya menggunakan servis JR Kyoto Line special rapid non-reserved seat, boleh berbaris di platform 8.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Destinasi pertama kami adalah Fushimi Inari Shrine (Kuil Shinto Dewa Inari). Cara nak ke sini senang saja. Dari Kyoto Station boleh amik train ke Fushimi Inari Station. Antara banyak-banyak kuil, kuil ni la yang paling famos sekali gara-gara filem Memoirs of Geisha.
Oleh kerana tempat ni adalah tumpuan pelancong, maka keadaannya sentiasa penuh dan agak crowded jugalah... terutama di area tiang-tiang merah tu (torii). Ramai orang amik gambar kat sana. Tapi kalau nak dapatkan suasana yang tenang sambil posing dengan torii... boleh pergi jauh skit (ke sebelah atas). Semakin ke atas... semakin tak ramai orang.
By the way, waktu kami pergi masa ni, hari mendung dan hujan renyai-renyai.
Kalau nak pergi hiking sampai ke atas pun boleh juga. Kami tak berkesempatan sampai ke atas kerana cuaca tak mengizinkan.
Begini la keadaannya semasa melalui torii path. Orang sentiasa penuh dan ada yang area lebih crowded. Kalau nak pergi ke sini, boleh pergi pada waktu pagi. Masa kami pergi ni dah jam 10AM ke atas.
Semakin jauh semakin tak ramai orang
Yang ni dah di kawasan jauh dari tumpuan pelancong.
Ada kucing kat sini. Tak takut orang lepas tu badan gemukkkk! Comel gila.
Antara area yang akan dilalui. Lepas ni dah pusing balik ke bawah sebab hujan turun. Dan sangat sejuk. Semput jadinya.
Masa dah turun, kami melalui gerai-gerai kecil di tepi jalan. Menarik. Macam-macam ada jual. Takoyaki ada, buah-buahan ada... souvenirs ada etc
Makan tarabagani (red king crab) stick, Nyam nyam! �500 bersamaan lebih kurang RM18.
Wangi je bau. Sedap makan time cuaca sejuk.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sebelum pergi dari sana, ada satu historical landmark yang perlu anda tengok. Sebenarnya tak ramai orang ke sana, mungkin sebab tak banyak info pasal kawasan tu. Kalau ada pun dalam bahasa Jepun. Sebenarnya kawasan ni terdapat satu pondok bata yang dah usang. Pondok ni adalah rumah lampu untuk stesen keretapi lama Inari.
Stesen Inari dibuka pada tahun 1887 dan pondok tersebut didirikan bertujuan untuk menyimpan alat penyelenggaraan, lampu minyak tanah dan bermacam peralatan lain.
Stesen Inari dibuka pada tahun 1887 dan pondok tersebut didirikan bertujuan untuk menyimpan alat penyelenggaraan, lampu minyak tanah dan bermacam peralatan lain.
Pondok lampu ni terletak bersebelahan dengan Inari Station.
Kalau ada info dalam Bahasa Inggeris lagi best. Boleh install Google Translate apps untuk auto translate juga.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Seterusnya.... perjalanan kami ke Arashiyama [Arashi (Storm), Yama (Mountain)]. Tempat ni juga adalah tumpuan pelancong. Dan terkenal dengan taman bamboo yang begitu cantik.
Oleh kerana cuaca sejuk... rasanya masa ni suhu hanya 8�C sahaja. Cara untuk menghangatkan badan adalah cari snek panas. Kegemaran saya adalah sup jagung.
Beli di vending machine. Harga sup jagung ialah �130/tin. Yang background kaler biru tu minuman sejuk, yang kaler merah tu minuman panas. Kena tengok juga beli minuman apa. Jangan tersalah pilih yang bukan-bukan. Hehe...
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Kami turun di Saga-Arashiyama Station. Kalau nak yang lagi dekat boleh turun di Arashiyama Station. Kepada sesiapa yang nak naik Sagano Romantic Train, boleh dapatkan tiket di stesen Saga- Arashiyama. Dari stesen ni, kami berjalan kaki ke Bamboo Grove. Tak jauh... Dalam 15 minit dah boleh sampai. Sambillah menikmati pemandangan sekitar.
Pemandangan sewaktu perjalanan dari Saga Arashiyama Station ke Arashiyama Bamboo Grove. Kena lalu rumah-rumah orang. Di tepi-tepi jalan ni juga ada kedai kecil-kecil such as kedai souvenirs, snek dan makanan, buah-buahan etc.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sebelum sampai ke Bamboo Grove, kami singgah ke kawasan ni. Kuil Shinto tapi ada ramai pelancong. Cantik tempat ni.
Pokok sakura dah start berbunga. Cantik dan wangi.
Filter. Sekian terima kasih. Haha.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Dah sampai di Bamboo Grove. Kalau ke Japan jangan lupa tengok manhole. Sini manhole ada corak cantik dan kadang-kadang ada color.
Susah skit nak amik gambar tanpa ada orang kat belakang sebab tempat ni memang sentiasa dipenuhi pengunjung. Apa-apapun... tempat ni memang cantik.
Arashiyama ni luas dan ada beberapa kawasan lain yang boleh dikunjungi selain Bamboo Grove. Sebelah hujung ada taman sakura dan tanah lapang. Tentunya masa spring nanti mesti cantik.
Kawasan sungai ni juga begitu cantik. Waktu musim luruh, bukit di belakang sungai akan bertukar warna jingga. The best time to visit Arashiyama.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas jalan... perut tiba-tiba terasa lapar. Actually di Arashiyama ada makanan halal atau Muslim friendly food. Restoran yang kami pergi ni juga halal. Nak order makanan, order guna machine saja. Kalau tak faham macam mana nak order... ada staff yang friendly tolong layankan.
Hidangan saya... set tempura dengan nasi, sup miso, tauhu sejuk dan udon. Harga �1620 (Dalam RM60). Minuman teh hijau boleh amik sendiri di tempat yang disediakan.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sebelum kami balik ke Osaka, kami singgah ke Kimono Forest terlebih dahulu. Semua corak-corak yang ada di tiang ni adalah corak kimono. Kimono Forest terletak di kawasan Randen Arashiyama Train Station.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas dari Arashiyama, kami kembali ke Kyoto Station. Kalau ikut tentatif, sepatutnya kami ke Gion Corner (Geisha street) dan Yokai Monster Street. Tapi memandangkan cuaca kurang okay dan hari pun dah petang, kami decide untuk balik ke Osaka.
Kyoto Tower yang terletak berhadapan Kyoto Station.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sebelum balik, kami pusing-pusing di kawasan Kyoto Station terlebih dahulu. Memandangkan stesen ni besar, rugi kalau tak jalan-jalan di kawasan ni.
Eskelator di Jepun ni unik skit. Ada eskelator yang berputar, pendek, muat sorang je, ada eskelator panjang etc.
Kat atas ni sejuk teramat + cuaca hujan renyai-renyai.
Dan ada struktur yang unik.
Tangga yang dihiasi dengan lampu LED. Boleh tukar-tukar kaler dan ada animation bergerak. + ada lagu-lagu.
Hari dah pun petang. Dan kami balik semula ke Kyoto. Kami naik train yang sama. Petang tu ramai yang nak balik ke Osaka. Jadi train agak penuh jugalah. Kena berdiri sepanjang perjalanan.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sampai ke Osaka, singgah membeli snek di kedai 24 jam. Taaadaaa. Sakura Chocolate and Strawberry Jelly dari Starbucks. Saiz pun comel.
Sup clams. Tuang dengan air panas saja.
Yang ini isi untuk sup tu.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Malam tu jalan-jalan cari makan. Sambil tu membeli soft drink. Ini coca cola peach. Sedap dan wangi.
So far Kyoto memang tidak mengecewakan. Memadangkan tempat ni adalah tumpuan pelancong, jadi tempat-tempat menarik tu agak crowded jugalah. Apa-apapun, tetap best. Cuaca pun sejuk. Seronok berjalan kalau cuaca sejuk ni. Yalah. Kat Malaysia kan panas. Ehem.. ehem. Kalau ke Osaka, jangan lupa singgah ke Kyoto juga kerana perjalanan mengambil masa yang lama.
Sambung Part 3 : Jalan-Jalan ke Kobe
0 Response to "Jalan-Jalan ke Kyoto, Jepun - Part 2"
Post a Comment