Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 1
Short trip to Taipei, Taiwan. 20 - 23 April 2019.
Untuk trip kali ni, saya pergi bersama fellow members saya - Asfie, Kak Bad, Illani dan Erneh. Group X-Governan (semua pernah kerja satu seksyen dulu. Sekarang ada yang dah berkhidmat di jabatan dan seksyen lain).
Flight awal pagi, jam 6 lebih dah terbang menuju ke Taiwan. Kalau ikutkan, saya lebih suka flight pagi berbanding malam sebab tak nampak apa. Perjalanan kali ni tak jauh sangat, hanya mengambil masa tiga jam lebih sahaja.
Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Taiwan. Dan dibenarkan stay di Taiwan selama 30 hari.
Alhamdulillah... akhirnya selamat tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taiwan. Oleh kerana kami melawat Taiwan pada penghujung bulan April, cuaca pun tak sejuk dah. Lebih kurang sama macam di Sabah, suhu antara 26�C - 30�C.
Untuk perjalanan yang lebih jimat, jangan lupa install aplikasi Klook kerana dalam tu ada banyak diskaun tiket untuk masuk ke tempat menarik, booking shuttle bus online, dan yang paling penting booking pocket Wi-Fi dengan harga murah. Apa-apa pun, sila bandingkan juga dengan apps atau website yang lain. Manatau dapat harga yang lebih murah.
Kami booking pocket Wi-Fi di menerusi aplikasi Klook. RM7 sehari. Untuk lebih senang, kami booking dua pocket Wi-Fi sebab group kami ada lima orang. Memudahkan perjalanan, in-case group berpecah. Booth untuk claim pocket Wi-Fi semuanya terletak di kawasan sebelum keluar dari airport (arrival).
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Untuk ke bandar Taipei, cara yang termurah dan termudah adalah menggunakan airport express (line purple) atau commuter (line biru). Kalau nak cepat sampai ke Taipei Main Station, sila naik airport express - line purple. Kalau nak singgah-singgah ke station lain dan tak rush, boleh naik line biru.
Harga perjalanan sehala airport express ialah NT$150. Nak guna mesin tiket, pastikan ada duit kecil sebab tak ada baki akan dipulangkan. Tapi kalau memang tak ada duit kecil, boleh ke kaunter manual yang terletak berdekatan dengan mesin.
Route map and timetable untuk airport express atau commuter.
MRT di Taiwan semuanya menggunakan token. Sama macam kat KL.
Oh ya. Kalau nak senang untuk akses MRT boleh gunakan Easy Card. Kalau tak silap saya, harga untuk kali pertama beli kad ialah NT$500, dalam kad ada isi NT$400. Boleh reload pada bila-bila masa. Tapi kami travel kejap sahaja, jadi kami decide untuk menggunakan wang sajalah.
MRT airport express dan commuter menggunakan satu trail yang sama. Gambar di atas ni adalah commuter. Nampak tak color biru. Kalau nak guna airport express, sila tunggu sehingga MRT warna purple sampai.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Taaadaaa! MRT warna purple. Tak ramai orang waktu ni.
Beg boleh simpan di tempat yang disediakan.
Pemandangan sekitar Taipei. Taman di sini punyalah luas. Siap ada tempat orang memancing, gelanggang yang banyak dan lain-lain fasiliti. Taman ni juga sangat bersih dan hijau.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sampai sahaja ke Taipei Main Station, kami simpan semua luggage di coin locker yang disediakan. Coin locker available di kebanyakan kawasan subway MRT. Untuk locker besar, harga ialah NT$50 untuk setiap tiga jam.
Bagi saya, nak cari makanan halal agak susah sedikit. Kalau nak beli barang pun kena check apa ramuan yang digunakan. Tapi jangan risau, masih ada restoran-restoran yang dikendalikan oleh peniaga Muslim. Di kawasan underground Taipei Main Station ada kedai makanan halal. Tapi oleh kerana kami nak makan authentic chinese beef noodle, jadi kami pun berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke Muslim Beef Noodle Restaurant.
Kalau tak tau jalan boleh refer melalui Google Maps.
Menu yang ada juga available in English and Malay Language (nampak macam Google Translate)
Orang Taiwan suka makan pedas. Jadi mi sup daging ada dua jenis iaitu pedas dan tak pedas.
Sayur masin. Ini memang disediakan atas meja. Siapa nak, boleh ambil. Selain sayur masin, bawang putih pun disediakan juga. Konsep sama macam kat Malaysia... ada kicap, cuka dan sambal lada disediakan untuk penambah rasa.
Selain mi sup daging, kami juga order side dishes. Setiap hidangan tambahan ni berharga NT$40. Sayur-sayuran dan tauhu.
Menu saya. Mi sup daging merah bening. Saya pun tak tau apa makna bening tapi saya rasa maksudnya tak pedas? Rasa sup ni betul-betul rasa lembu. Haha. Memang sedap. Ditambah lagi dengan sayur masin. Thumbs up! Harga NT$130.
Restoran ni sentiasa dipenuhi orang sehingga perlu kongsi meja.
Photo credit Asfie
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Selepas makan beef noodle, kami pun meneruskan perjalanan. Tapi sebelum tu singgah ke 7-Eleven dulu (kedai wajib singgah kalau ke luar negara). Cari apa yang best. Bagi peminat Coca Cola, mesti kena tengok jenis Cola yang dijual di setiap negara yang anda lawati.
Taadaa! Cola coffee plus. Oleh kerana saya tak minum coffee, jadi Cola Coffee ni saya belikan untuk orang lain la. Selain itu juga ada, di Taiwan ada jual Cola Berry.
Ada orang minta kirim Cola Coffee. Harga dua botol ni lebih kurang RM6 sahaja.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Destinasi kami seterusnya adalah Taiwan National Museum. Tapi kami tak masuk ke dalam kerana nak pergi ke tempat lain pula. Maklumlah. Banyak tempat nak pergi. Masa pula suntuk. Hehe.
Sekitar kawasan muzium ada taman yang cantik. Boleh rehatkan badan sambil tengok pemandangan. Kawasannya bersih dan luas.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Destinasi seterusnya ialah National Chiang-Kai shek Memorial Hall. Ini adalah salah satu historical site di Taiwan yang menempatkan monumen the former president of Republic of China. Memorial hall ini terletak tak jauh dari Taiwan National Museum. Kira-kira 15 minit berjalan kaki. Tempat ini adalah must-go sekiranya anda datang ke Taipei.
Di sinilah terletaknya monumen the former president Republic of China.
Di sebelah kiri dan kanan memorial hall adalah National Teather dan National Concert Hall.
Kubah di ceiling ada bendera Taiwan ?
Pengawal yang sentiasa berkawal di dewan ini. Memang tak gerak langsung. Setiap sejam pengawal ini akan bertukar. Dan sesi pertukaran tu pun dah cukup protokol kalau kita tengok.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Habis sahaja sesi di dewan, kami teruskan perjalanan dengan menaiki MRT ke Ximen. Hajat - nak membeli tart nenas istimewa Taiwan yang halal. Nama kedai tu adalah Vigor Kobo. Terletak betul-betul di Exit 4 stesen MRT Ximen.
Kedai Vigor Kobo ada menjual produk halal dan tak halal. Untuk halal, ada rak khas disediakan. Mula-mula masuk agak keliru juga sebab tak nampak pun yang ada tanda halal. Until pekerja kedai tu bagitau kedudukan produk yang ada label halal.
Bungkusan tart semuanya comel. Sesuai untuk souvenir. Sayang nak makan sebab sedap.
Yeah! Dan beli tart nenas. ?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Sebelum check in hostel, kami singgah ke pasar malam Ximen. Alang-alang dah berada di Ximen. Taiwan terkenal dengan pasar malamnya yang mula beroperasi pada waktu petang. Memang crowded la kalau namanya pasar.
Yang ni hand-made. Sangat creative.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Lepas dari Ximen, kami pun menuju ke hostel kami iaitu Backpackers Hostel Changchun. Hostel ini boleh di akses melalui MRT Nanjing Fuxing. Agak jauh sedikit dari Taipei Main Station tapi tak apa. Harga pun berbaloi. Kira-kira RM100 semalam untuk bilik dua orang.
Fasiliti hostel ni amat baik, selesa dan mendapat rating tinggi di Agoda.com. Jarak hostel dengan Stesen Nanjing Fuxing (Exit 1) dalam 500 meter. Restoran halal yang paling dekat dari sini ialah Kunming Restaurant. Sebelah hostel ni ada supermarket. Senang nak pergi membeli.
Bilik kami. Plain and simple.
Oleh kerana penginapan kami berkonsepkan hostel, maka barangan seperti berus gigi, sikat rambut, towel dan selipar perlu bawa sendiri. Tapi sabun dan shampoo disediakan. Sekiranya anda terlupa bawa barangan anda, boleh beli di kaunter reception. Saya cadangkan bawa towel sendiri sebab towel dijual dengan harga NT$150. Selipar boleh beli kat sini la kot. Harga NT$50 tapi kualiti bagus. Sepasang selipar untuk setiap bilik okaylah. Pergi tandas berganti-ganti.
Photo credit Asfie
Semua fasiliti adalah guna sama. Tapi yang bestnya hostel ni dilengkapi dengan sekuriti. Semua tempat dipasang CCTV kecuali tandas, bilik mandi dan bilik tidur. Selain itu, toilet dan bathroom wanita juga dilengkapi dengan security access.
Makan dalam bilik tak dibenarkan. Kalau nak makan, boleh ke pantry. Lengkap dengan TV, microwave, mesin basuh dan veranda untuk jemur kain.
Best juga tinggal di hostel. Memandangkan penginapan di Taiwan agak mahal, kiranya hostel ni boleh cut cost juga la. Cuma yang tak best bila ada group yang besar meningap di sini. Bising la jadinya.
P/S - Untuk lebih jimat, kami juga bawa breakfast kami sendiri such as roti, minuman 3 in 1 dan mi segera. Jimat banyak ooo.
Okay. Cerita Part 2 di next page.
Foto kredit to Asfie, Illani, Erneh, Kak Bad
0 Response to "Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 1"
Post a Comment