Tea With Love
Saya seorang kipas-susah-mati teh. Ibaratnya.. kalau tak ada teh rasa macam life ni tak best.
Antara banyak-banyak teh... saya paling suka minum teh o ais (kurang manis atau tanpa gula). Setiap kali pergi ke kedai makan... mesti akan order teh o ais. Kadang-kadang kalau rasa nak teh yang wangi, saya akan order teh o ais laici ?. Janji mesti teh dan sejuk.
Kalau kategori teh hijau pula, saya suka matcha tea. Sebab letak banyak mana pun tetap tak pahit. Baru-baru ni balik dari Jepun, saya sempat beli instant matcha tea. Hanya tuang sahaja serbuk teh yang dalam paket ke dalam cawan, kemudian curahkan air panas... siap untuk diminum.
Matcha tea paling best adalah matcha fresh milky tea keluaran Yoyo Cafe. Sebut pasal milky tea, ada dua jenis lagi teh pilihan saya selain matcha milky tea. Satu, brown sugar milky tea. Dua, roasted milky tea. ? The best milky tea station is TeaLive. Oh ya. Three layer tea daripada Sugar Bun pun boleh tahan juga. Saya ingat lagi masa saya belajar, saya suka sangat minum three layer tea. Rasanya teh ni famos di Sarawak dulu. Then baru la sampai ke Sabah.
Kadang-kadang saya suka singgah ke Starbucks. Tapi bukan untuk beli coffee sebab saya bukan peminat coffee. Hehe. Favorite beverage saya ialah ice blended green tea paling kurang manis (no whip cream and chocolate chips). Atau kalau nak rasa fresh, saya suka minum chamomile tea atau mint-citrus tea Teavana. Saya pernah minum teh rose keluaran Gloria Jeans Coffee, rasanya sedap juga.
Saya lebih sukakan freshly brew tea. Tapi teh dalam tin pun okay juga. Perisa teh kegemaran adalah teh bunga kekwa, teh ginseng (Jia Duo Bao) dan green tea. Sebut pasal teh ginseng, antara teh yang paling terbaik bagi saya ialah teh lo han kuo (buang panas) dan ba bao tea (eight treasures tea).
Pendek kata, semua teh pun sedap. Plum tea, Thai red tea, black tea etc... Itu semua juga antara teh kegemaran saya. Teh mempunyai khasiat yang banyak. Tapi jangan lebihkan gula dalam minuman. Nak rasa authentic, minum teh kosong tanpa gula. Jangan buat teh terlalu pekat, nanti pahit pula rasa. Cukup sekadar ada rasa. Barulah dapat hilangkan dahaga dan menenangkan fikiran. :-)
0 Response to "Tea With Love"
Post a Comment