Adsterra

Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 2

Sambung perjalanan di hari kedua.

Hari ni kami akan ke Yangmingshan National Park. Must-go-place jika anda datang ke Taipei.


Perjalanan dimulakan dengan menaiki MRT dari Nanjing Fuxing (dekat dengan penginapan), terus ke Jiantan Station. 

P/S - Kalau nak perjalanan yang lebih senang, boleh booking shuttle bus dari Ximen ke Yangmingshan National Park melalui aplikasi Klook. Lebih senang sebab bas tu bawa pusing ke semua tempat. Tapi kena booking awal kerana perkhidmatan bas selalu sold out! Dan tak setiap hari available.

Tempat paling bagus untuk amik bas ke Yangmingshan adalah di Jiantan Station sebab kebanyakannya bas tengah kosong waktu ni. Apa-apapun tetap kena berbaris tunggu bas kerana ramai pelancong nak ke tempat yang sama. Bas yang kami naik adalah bas bersaiz besar (Bukan bas coaster). Nombor bas ke Yangmingshan adalah 260 atau Red5. Tambang NT$15 setiap orang.

Kalau nak ke Yangmingshan, dinasihatkan jalan waktu awal pagi. Sebab nak kejar scenery yang cantik. Lagipun kalau jalan lambat nanti di sana orang makin ramai... terutama kalau hujung minggu. Kebetulan hari kami ke Yangmingshan ni adalah hari Ahad (hujung minggu). So, get ready bertembung dengan ramai pelancong.  


Kami naik bas Red5. Kita relax sahaja dalam bas sehingga tiba di stesen terakhir iaitu Terminal Bas Yangmingshan (ada banyak bas lain di terminal tu nak pergi Yangmingshan National Park). Perjalanan dari Jiantan ke terminal bas Yangmingshan mengambil masa lebih kurang 40 minit.


Keadaan dalam bas. Mula-mula tak ramai orang. Tapi tak lama lagi penuh la ni. Kebanyakan yang guna bas adalah senior citizen. Tak hairan kalau bas banyak priority seat.

Sampai sahaja di Terminal Bas Yangmingshan, kami terus dapatkan bas seterusnya ke Yangmingshan National Park. Boleh naik bas bernombor 108 kalau nak ke tempat-tempat seperti Xiaoyoukeng dan Qingtiangang. Kalau nak ke taman bunga lili Zhuzihu kena naik bas bernombor lain lagi (yang ni route ada confuse skit). Semua tambang bas berharga NT$15 setiap seorang. Kalau nak cepat boleh naik teksi. 

Okay. Untuk first timer, sebenarnya Yangmingshan National Park ni amat luas. Untuk ke setiap tempat perlu naik bas. Nak jalan kaki memang jauh sangat. Kebanyakan tempat di cover oleh bas bernombor 108. Taman bunga lili Zhuzihu pula terletak di kawasan lain dan bas 108 tak masuk ke kawasan tu, okay. Jadi kena ikut bas bernombor lain. Nanti saya explain route ke sana.

Okay. Tempat menarik di Yangmingshan National Park
  • Yangming Park, Flower clock (tempat bunga dan kawasan hijau. Paling cantik waktu session bunga sakura)
  • Xiaoyoukeng (post-volcanic area. Ada pemandangan wap sulfur keluar dari perut bumi)
  • Erziping (sesuai untuk hiking. Ada Gunung Datun)
  • Qingtiangang Grassland (pemandangan hijau rumput. Cantik untuk bergambar). 
  • Lengshuikeng (hotspring)
  • Menghuan pond (tasik dengan kawasan yang cantik)
  • Liuhuanggu sulfur lake (tasik yang terbentuk bekas perlombongan sulfur. Boleh diakses dari kawasan Beitou Hot Spring).
  • Zhuzihu (kebun bunga lili)
  • etc. ada beberapa tempat lain lagi

Tak semua tempat kami cover. Kami hanya pergi ke Xiaoyoukeng, Erziping (tak sengaja pergi ke sini), Qingtiangang Grassland dan Zhuzihu. 


Keadaan dalam bas 108. Oleh kerana kami tiba awal (waktu ni jam 08.45 pagi), masa ni tak ramai orang lagi. Sebenarnya kami nak ke Xiaoyoukeng. Tapi memandangkan kami masih blur lagi nak turun ke mana, dah salah turun ke Erziping pula. (Erziping terletak sebelum Xiaoyoukeng).


Erziping adalah tempat dimana orang nak pergi hiking ke Mt. Datun. Oh ya! Kebanyakan orang yang pergi hiking adalah warga emas. 

Kalau bukan bertujuan untuk mendaki gunung, pergi hiking atau trekking... tempat ni memang tak ada apa sangat. Kawasannya cantik dan sejuk tapi kami tak nak pergi hiking >.<


Route bas. Sekarang kami di stesen nombor 4. Sepatutnya kami kena turun di stesen 5, Xiaoyoukeng. Dah silap. Tapi tak apa la. First time datang. Gigih  menunggu bas. Bas kadang sampai cepat... kadang lambat. Tapi tak la sampai kena tunggu 30 minit. Paling lama kena tunggu 15 minit kot.

Yang ni baru betul. On the way ke Xiaoyoukeng.


Kalau hajat nak ke Xiaoyoukeng, pastikan bas betul-betul turunkan anda di perhentian bas yang sebetulnya (berdekatan dengan kawasan wap sulfur. Kalau tak, kena jalan kaki lagi naik sampai ke atas).

Akhirnya sampai ke tempat yang paling saya nak pergi ?. Post volcanic area, Xiaoyoukeng. Unik.


Sebenarnya kepulan asap tu adalah wap sulfur. Kalau tak tahan bau sulfur boleh tutup hidung. Masa wap ni keluar, sentiasa ada bunyi tau. Cuba bayangkan di waktu malam, seram jugalah. Macam bunyi nafas naga.

Photo credit Asfie


Ini pula adalah hotspring. Tak boleh sentuh kerana terlalu panas. Kalau nak pergi ke cooler tempersture hotspring, boleh ke Lengshuikeng. Tapi kami tak singgah ke tempat tu. 

Next tempat. Qingtiangang.
Yangmingshan National Park sangat cantik dan mempunyai udara yang nyaman.

Dah sampai. Kebanyakan tempat ada disediakan visitor centre + fasiliti seperti tandas dan kedai runcit.

Kami sempat membeli vegetable chips. (Ada cop halal). Satu pek dijual dengan harga NT$89. Mesti rasa okay. Sangat sedap! Nyesal tak beli banyak.

Kawasan Qingtiangang.


Unfortunately, kawasan trail grassland yang cantik untuk bergambar ditutup. Ada renovation kot. Sedihnya T.T

Amik gambar kat sini pun jadilah.

Oleh kerana kat Yangmingshan ni tak ada tempat makan yang halal, make sure bawa makanan siap-siap. Kami bawa roti paun. Dibawa khas dari Malaysia. Haaaa...!

Next destination, kami ke Yangming Park Flower Clock. Oleh kerana Qingtiangang adalah route nombor 5 (route terakhir), maka bas akan balik semula ke route nombor 1 iaitu Yangmingshan Terminal Bas. 

Pada mulanya kami berhajat nak ke Zhuzihu. Kami tertanya-tanya apasal tak jumpa route ke Zhuzihu. Bila tanya staf kat terminal bas Yangmingshan, dia bagitau kena naik bas 108 gak. Tambahlah kami blur sebab tak nampak pun signboard Zhuzihu masa naik bas 108. Apa-apapun, terima kasih kepada orang tu... walaupun tak berapa pandai cakap Inggeris tapi dia berusaha gak nak tolong kami. 

Okaylah. Lepas tu bila nak naik bas 108 balik, punyalah ramai orang. Yalah. Waktu tu pun dah dekat tengah hari. Kena berdiri la dalam coaster tu. Dah la pakcik tu bawa laju. Lepas tu jalan lagi banyak selekoh.

Bas pun berhenti di Yangming Park. Kami pun tak tahan dengan kesesakan bas dan decide nak turun di sini. Lagipun tak singgah lagi ke kawasan ni. 

Kawasan ni adalah taman bunga. Kalau ikut sigmboard kat depan tu dia bagitau tengah musim sakura blooming. Tapi tak tau kat mana kawasan sakura tu. Tak nampak pun di taman ni. Mungkin jauh skit ke dalam kot. 





Photo credit Asfie

So kami pun terus blah dari sana. Masa tengah tunggu bas... tiba-tiba nampak bas ke Zhuzihu. Bas bernombor 131. Mana-mana bas pun boleh asal ada tulis "Zhuzihu". 

Akhirnya kami dapat juga ke Zhuzihu. Tambang sama juga harga NT$15 seorang.

-
-
-
-
-
-
-

Akhirnya sampai. Rupanya Zhuzihu ni kat tempat lain. Jauh skit dari kawasan-kawasan yang kami dah pergi tadi. 

Masa sampai Zhuzihu, punyalah ramai orang menunggu bas.


Kebun bunga lili. Memang cantik. By the way, not as expected sebab kalau nak masuk ke kebun tu kena bayar NT$50 (dan boleh petik bunga sendiri). Bila memikirnya macam mana nak bawa balik Malaysia, lastly kami tak masuk ke kebun tu. Bergambar dari tepi saja. Haha. 

Lagipun cuaca panas waktu ni + ramai sangat orang.... so Zhuzihu is not my favorite area la. Okay la juga sebab bunga lili tu cantik, but I prefer Xiaoyoukeng.



Cuaca panas, lebih baik makan aiskrim organik perisa coklat.

-
-
-
-
-
-
-
Dari Zhuzihu, kami nak balik ke Yangmingshan. Boleh tanya orang yang bertugas di stesen bas tu. Tak ingat apa nombor bas yang kami naik. Yang pastinya ramai orang dalam bas tu. Lepas tu kami turun mana-mana stesen bas yang ada tulis nombor 206 sebab nak balik ke Jiantan Station.


-
-
-
-
-
-
-
-
Sampai sahaja ke Jiantan Station, perut rasa lapar. Kalau ikut dalam itinerary, kami sepatutnya ke Tamsui. Bila check dalam internet, di Tamsui tu ada satu restoran halal. Jadi kami pun pergilah ke sana. Dari Jiantan ke Tamsui boleh tahan juga jauh kerana Tamsui adalah stesen yang paling last.

Turun sahaja dari stesen Tamsui, tiba-tiba nampak perarakan ni. Saya pun kurang pasti persyaan apa kerana bila check dalam kalender tak ada pula apa-apa festival disambut pada hari tersebut. 




-
-
-
-
-
Yang menyedihkan... restoran halal di Tamsui tu dah permanently close. Rasanya baru saja tutup kot sebab orang lain siap ada buat review pada tahun 2018. Jadi okaylah. Apa boleh buat. 

Tamsui terkenal dengan snek makanan laut seperti sotong goreng, cendawan goreng dan macam-macam lagi. Selain tu telur puyuh goreng juga antara makanan paling famos kat sini. Oleh kerana perut pun dah lapar, kami pun membeli makanan di gerai-gerai tepi harbour ni. Untuk memastikan makanan tu selamat dimakan... kami tanya ianya digoreng dengan minyak apa. (Ready Google Translate kerana mereka tak faham cakap Inggeris). 

Semuanya okay dan apa lagi.... membeli sakan lah!


Sotong goreng. Sedap dan makan sampai muak.

Ini pula cendawan tiram yang digoreng. 

Pemandangan tepi laut di Tamsui. Cantik.


-
-
-
-
-
-
-
Lepas dari Tamsui, kami balik semula ke Jiantan station.

Kaki pun dah penat tapi rugi kalau tak singgah ke Shilin Night Market terus. Tak jauh. Cuma berjalan kaki selama 5 minit dari Exit 1 Jiantan Station sahaja. 

P/S - Kalau nak ke Shilin market, jangan turun di Shilin Station. Turun di Jiantan Station lebih dekat.


Seberang jalan sahaja dari Jiantan Station. Lepas tu sampai di Shilin Night Market.




Buah-buahan di sini semuanya segar dan manis. Satu perk berharga NT$40. 

Souvenir kat Taipei ni kebanyakannya semua mahal. Fridge magnet tu satu keping dijual dalam harga NT$90-NT$100. Jual satu-persatu. Tak ada jual bundle. Yalah. Nak belikan kawan-kawan office lagi, family etc.  


-
-
-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari Shilin Night Market, kami pun balik ke hostel. Hari ni memang penat. Apa tidak. Jalan dari pagi sampai ke malam. 


Sambung Part 3 - Kami ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. ?

0 Response to "Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 2"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel