Adsterra

Kutu Menyebabkan Kucing Gatal di Bahagian Telinga

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti kucing selalu menggaru dalam telinga atau selalu nampak tak selesa di bahagian telinga, lebih baik anda ambil perhatian sebaiknya. Kemungkinan besar ada kutu. Kutu yang ada dalam telinga kucing sangat merbahaya dan lama-kelamaan boleh menjadikan kucing sakit dan akhirnya.... dot dot dot.... kalau tak dirawat. Walaupun kucing telah divaksin, kutu kucing masih merbahaya. Sebab penyakit akibat kutu ni akan attack dalam darah kucing. 

Untuk memastikan kucing bebas dari kutu, kena selalu rajin mandikan kucing. Okay. Kalau bab dalam telinga pula, saya bagi tips pencegahan kutu yang paling mudah.


1.   Bersihkan telinga kucing
Boleh bersihkan telinga kucing menggunakan cotton bud. Yang jenis cotton bud biasa pun boleh guna juga. Basahkan cotton bud dan bersihkan telinga kucing seperti biasa (gentle and careful) 


2. Ubat kutu khas untuk telinga
Ubat kutu ni boleh beli kat petshop. Saya menggunakan jenama Pet Armor, harga RM35. Caranya mudah saja. Hanya titik ke dalam telinga kucing. Kalau ikut instruction, perlu letak lima titik. Tapi saya just letak satu atau dua titik sahaja. (tengok bagaimana keadaan kucing). Sebelum ni saya nampak kucing saya asyik garu di bahagian dalam telinga. Jadi saya terus titik ubat kutu ni. 

P/S - Ubat ni khas untuk kucing sahaja. Dan kucing perlu berumur lebih 12 minggu ke atas baru dibenarkan guna ubat yang begini.





3. Bawa ke Klinik Haiwan
Perlu diingatkan bahawa kutu kucing sangat merbahaya. Bukan sahaja boleh berjangkit dengan manusia, malah boleh menyebabkan kucing sakit. Sekiranya keadaan kutu kucing tidak terkawal, perlu bawa kucing tersebut ke klinik haiwan. Biasanya doktor akan bagi suntikan kepada kucing untuk membunuh kutu. 


0 Response to "Kutu Menyebabkan Kucing Gatal di Bahagian Telinga"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel