Berus Habuk - Membersih Habuk dan Bulu Kucing dengan Mudah
Salah satu cara membersihkan habuk yang melekat dengan mudah adalah menggunakan benda ni. Berus habuk. Actually berus ni digunakan untuk menyapu habuk yang melekat di pakaian. Tapi berus ni juga boleh digunakan untuk membersihkan habuk pada fabrik lain. Kepada yang ada pelihara kucing, tentunya banyak bulu kucing melekat pada kusyen, sofa, langsir dan katil. Jangan risau. Berus ini boleh membantu.
Memandangkan saya ada pelihara dua ekor kucing, jadi kena sentiasa bersihkan rumah. Tiap hari kena sapu lantai dan mengelap perabot. Kalau tak mesti banyak bulu kucing melekat. Terima kasih kepada berus habuk ni kerana bulu kucing yang melekat pada kusyen dan katil juga mudah untuk dibersihkan.
Sekarang dah tak kerap gunakan vakum lagi. Yalah. Kadang-kadang leceh skit kalau nak memvakum ni. Jadi saya gunakan berus ni saja. Sapu sekali pada waktu siang dan sekali lagi pada waktu petang. Memang confirm ada bulu kucing + habuk.
Ni la hasilnya. Walaupun setiap hari sapu, mesti ada habuk juga. Tapi rupa-rupanya banyak habuk + blu kucing yang melekat.
Berus ni juga saya sapukan di bahagian langsir. Sangat membantu untuk membersihkan rumah. Cepat, mudah dan menjimatkan masa.
Berus habuk ni boleh dibeli di mana-mana kedai homeware, atau online seperti Shoppee dan Lazada. Harga lingkungan RM5 - RM6 saja.
0 Response to "Berus Habuk - Membersih Habuk dan Bulu Kucing dengan Mudah"
Post a Comment