Adsterra

Nasib Mug

Ni la antara koleksi mug Starbucks saya. Yang ni saya beli dari Taiwan hari tu. Tapi apakan daya... mug ni tak lama bersama saya. Huhu. Apa boleh buat. Dah la mahal. Hish...

SEBELUM. Rasanya ni saja gambar mug yang saya sempat ambil.

SELEPAS disaster berlaku.

Ni semua kucing saya punya pasal. Okaylah. Kucing saya ada dua ekor. Tapi kedua-duanya memang boleh tahan nakal juga. Yang sekor tu Bengal. Keaktifannya tak dapat disangkal. Yang sekor lagi kucing biasa dan dah kembiri... tapi makin aktif la pula bermain. Biasanya kucing dah kembiri ni slow skit. Tapi yang ni tak pula. 

Asal nampak cicak, lipas atau serangga lain, memang tak ada ampun la. Lalat yang terbang pun boleh mati dibunuh (rumah jarang ada lalat). Saya suspek mug boleh pecah macam ni sebab mereka naik atas kabinet dapur. Lepas tu nak tangkap something punya pasal, gelas menjadi mangsa. FYI - Saya tak kurung kucing dalam sangkar. Dibiarkan berkeliaran dalam rumah.

Tapi tak apa la. Oleh kerana kucing kesayangan, sabar saja. Tu ceta mug. Selang sehari, masa tengah ready breakfast... tiba-tiba dengae bunyi pasu pecah kat veranda luar. Rupanya pasu bunga yang pecah. Itu memang geram la sebab bunga tu baru saya pindah ke pasu baharu. 

Bertuah punya kucing. Nasib baik la pandai buat muka kesian.

0 Response to "Nasib Mug"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel