Adsterra

Scammer Shelter. Jangan Tertipu!

Semakin banyak kes individu atau kumpulan yang kononnya menawarkan pelindungan untuk haiwan seperti kucing dan anjing... lepas tu minta donation bagai. Konon duit donation tu untuk membiayai keperluan haiwan-haiwan dibawah jagaan mereka. Nak upgrade shelter la, nak rawat kucing sakit la... macam-macam lagi alasan. Rupa-rupanya haiwan tu kena kurung dalam reban dan dibiarkan lapar lalu mati begitu sahaja. Duit donation tu mereka buat joli sakan. Jahatnya orang-orang seperti ini.

Ya. Memang banyak kejadian seperti ini berlaku. Bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara lain pun ada juga. Oleh itu, berhati-hati ketika nak buat donation. Pastikan orang yang buka shelter tu berdaftar dengan pihak berkuasa. Sebelum buat donate, buat kajian terlebih dahulu tentang shelter yang dijanjikan. Memang orang-orang seperti ini lagaknya baik dihadapan. Nampak penyayang dengan haiwan. Rupanya.... ceh!!! Scammer. Makan hasil tipu duit orang.



source siakapkeli.my

Kisah yang ni sangat menyayat hati. Berlaku di Tuaran, Sabah. Owner kepada so-called cat shelter yang kononnya menjaga kucing-kucing ni dengan penuh kasih sayang, rupanya hanyalah seorang lagi scammer. Orang ni selalu post dalam Facebook tentang keadaan kucing-kucing ni yang kononnya dalam jagaan yang baik. Yang lagi teruk, orang ni selalu minta donation dengan alasan nak rawat kucing sakit la... nak buat shelter baru sebab kena banjir la apa la. Macam-macam la alasan diberikan. Yang donate makanan kucing pula, memanglah dia pergi ambil. Lepas tu dia pergi jual balik kat kedai-kedai runcit.

So-called cat shelter ni menerima kucing-kucing yang orang lain dah tak mampu nak jaga lagi. Maka besarlah harapan supaya kucing-kucing ni dapat dijaga dengan baik di sini. Indah khabar dari rupa. Dah la kucing-kucing tu dibiarkan lapar macam tu sahaja, ada yang sampai badan luka, berkutu dan fungus... yang mati pun dibiarkan sampai reput. Alangkah sedihnya....

Setelah mendapat aduan, Jabatan Haiwan, NGO ALIR & HEART pergi tempat so-called shelter tu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang ada. My sister menyertai misi rescuer ni. Dia kata memang sedih tengok keadaan. Ada yang... tak tau dah berapa hari kucing tu kat atas bumbung. Lepas tu kucing tu jatuh ke bawah dan tiba-tiba mati. Mungkin dia tengok ada orang datang, jadi dia nak minta diselamatkan. Nampak fizikal kucing tu pun sangat kurus. 

Ada kucing yang dikerumuni banyak serangga agas. Ada yang dah tak ada bulu sebab badan gatal sangat. Ada yang kurus kering dan lemah. Ada yang dah mati mereput macam tu saja. Shelter tu pun nampak macam reban ayam saja. Kesian sangat. Ada kucing yang trauma dengan keadaan tu. Baca akhbar The Star Online untuk maklumat lanjut.

Banyak kucing yang berjaya diselamatkan dari tempat tu. Mana yang dah diselamatkan tu disimpan sementara di Jabatan Haiwan. Lepas tu kucing-kucing tu semua dapat rumah baru di Tenghilan selepas ianya siap dibina. Kepada yang berminat nak ambil kucing atau anjing angkat, bolehlah buka FB Page ALIR. ^_^ Thanks to ALIR kerana prihatin terhadap kejadian yang menimpa kucing-kucing ni. Thanks to Jabatan Haiwan juga kerana membantu menyelamatkan kucing-kucing. Dan berikan rawatan percuma kepada kucing yang diselamatkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini keadaan kucing-kucing yang diselamatkan dan ditempatkan di shelter sementara di Jabatan Haiwan Tuaran. Banyak juga kucing yang dah di adopt oleh mereka yang sudi. Terima kasih ^^



Black cat. Suka sangat yang ni. Dah ada yang booking.


Sebelum tu bawa ke Klinik Haiwan dan Surgeri Tuaran untuk check apa-apa penyakit.

Yang ni juga dah ada yang adopt.

Simpan sementara di rumah my sister. Sekarang ni mereka dah ada rumah dan tuan masing-masing. Thank you kepada yang sudi adopt ^^ Miss them so much.



0 Response to "Scammer Shelter. Jangan Tertipu!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel