Adsterra

Cat Tree Murah untuk Kucing

Okay sebenarnya dah lama nak beli cat tree yang besar untuk kucing kat rumah. Oleh kerana cat tree yang ada sekarang tu kecik dan dah usang, rasanya ngam jugalah beli yang baharu. Tapi bila tengok harga di kedai agak mahal jugalah. Saiz besar harga lingkungan RM400 - RM500. Tak sanggup nak beli.

Lastly alternative adalah browse di online. Saya memilih Lazada since saya dah long time member. Lepas tu jumpa seller jual harga RM89 untuk cat tree saiz 150CM (macam dalam gambar). Saya pun terus decide nak beli sebab murah. 

Bila tengok review pun ramai yang bagi 5 stars. Oh ya. Memandangkan saya tinggal di Sabah, ada dikenakan cas penghantaran. Harga asal RM89.90, tapi plus cas penghantaran RM105 (based on size, weight dan sebab saya di Sabah)... so semuanya RM190.40 (seller ada bagi diskaun RM4.50). 

Walaupun cas penghantaran menjadikan harganya bertambah... tapi still murah berbanding harga kedai. Nama seller tempat saya beli tu adalah Nava (top rating). Memang berbaloi beli di sana. Servis cepat. Dalam masa seminggu box dah sampai. Produk pun berkualiti dan sama macam dalam gambar. Cat tree ni juga amat mudah untuk dipasang.

Jom kita tengok cat tree untuk kucing saya.

Yang ni masa box dah sampai. Fast delivery. Semua peralatan pun cukup dan sampai dalam keadaan baik.


Mudah dipasang. Sekejap saja dah siap pasang. Kucing pun nampaknya dah tak sabar nak main. Dari tadi asyik duduk menunggu cat tree mereka dipasang.

Bila dah siap pasang... terus mereka bermain dengan jayanya.

Kucing saya memang suka sangat dengan cat tree ni. Tak menyesal beli. Cuma hammock di sebelah bawah tu tak muat la sebab kucing saya besar. Kalau kitten okay kot.


Ini total harga cat tree tu. Thank you Nava kerana saya boleh beli cat tree dengan harga yang jauh lebih murah.

Saya beli cat tree untuk kucing saya ni sebab mereka jenis aktif. Suka bermain, melompat dan memanjat. Bila dah mencakar kuku... cakar kat sofa pula tu. Memang koyak rabak dibuatnya. Dengan adanya cat tree ni... at least kucing tu ada tempat nak bermain. Lepas tu boleh cakar kuku mereka juga. 

Oleh kerana bulu kucing cepat tanggal, sure cat tree ada banyak bulu yang melekat. Tambahan pula hidung saya jenis sensitif... jadi setia hari saya perlu bersihkan cat tree. Cara yang paling mudah ialah menggunakan berus habuk. Confirm melekat bulu kucing.

0 Response to "Cat Tree Murah untuk Kucing "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel