Adsterra

Hilangkan Kesan Mekap Pada Span dengan Sabun

Penting untuk sentiasa bersihkan peralatan mekap untuk elak bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. Sekarang dah ada jual makeup brush clean set. Tapi saya juga ada satu cara mudah membersihkan mekap. Tak perlu keluarkan duit nak beli clean set. Caranya ialah dengan menggunakan sabun mandi biasa (solid soap).

Actually kalau nak guna liquid soap pun boleh juga tapi bagi saya solid soap is better. Tak kira la jenama apa, asalkan sabun ketul. Yang free dapat dari hotel pun boleh. Haha. 

Okay. Yang ni saya punya sponge makeup, yang penuh dengan kesan bedak dan color.

(Back side)

(Front side)

Caranya mudah saja. Basahkan sponge atau berus mekap menggunakan air biasa. Then bilas peralatan mekap dengan sabun hingga la berbuih. Memang gerenti akan bersih.

-
-
-
-
-
-
Okay sebelum tu saya share hasil kalau bilas ngan sabun liquid. Sebenarnya guna sabun liquid ni okay juga, cuma kesannya kurang sikit. Boleh nampak lagi color foundation masih terlekat pada sponge. Mungkin sabun liquid ni cepat menyerap ke dalam sponge tu kot bila dibersihkan.

(Hasil selepas bersihkan guna liquid soap). Okay juga... cuma kadang-kadang ada kesan degil ysng susah skit nak tanggal.
-
-
-
-
-
 Yang ni pula hasil selepas bersihkan guna solid soap. Taaadaaa. Nampak lebih bersih. Sekali bilas pun boleh tanggalkan kesan mekap. Lepas dsh bersihkan tu bolehlah dikeringkan bawah kipas.


(Hasil selepas bersihkan mekap guna solid soap).

Tak perlu nak beli cleaning pad atau cecair pembersih mekap... saya hanya guna sabun sahaja. 

Apa-apapun, terpulang dengan jenis dan peralatan mekap anda. Kalau set brush yang mahal... better guna cleaning set yang betul-betul bagus la. Nant takut jadi apa-apa pula ngan set mekap tu. Kalau saya ni jenis tak banyak peralatan mekap. Ada foundation sponge, span bedak dan satu blusher brush saja. ?? Okay. Semoga tips ni boleh memberi manfaat.

0 Response to "Hilangkan Kesan Mekap Pada Span dengan Sabun"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel