Jalan-Jalan ke Miri 2019 - Part 1
Ini adalah kali kedua saya pergi ke Miri. Kali pertama ialah pada tahun 2016. Seriously Miri dah banyak berubah. Makin cantik dan tempat pelancongan puj bertambah.
Trip kali ini ialah 3 hari 2 malam sahaja. Walaupun sekejap, tapi kami berjaya memanfaatkan masa dengan baik.
Thanks to Air Asia kerana dengan harga tiket yang paling berbaloi membolehkan kami terbang melihat keindahan Miri. Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Miri hanya mengambil masa satu jam sahaja.
Sampai sahaja di lapangan terbang Miri, kami terus dapatkan kereta sewa. Kami sewa kereta dari Avis. Proton Saga, RM130/day. Ada beberapa booth kereta sewa di airport, so boleh pilih nak sewa dari syarikat mana. Kalau nak ke Miri better amik keta sewa kerana ada tempat pelancongan yang jauh dari bandar.
Pada mulanya plan asal kami ialah ke Gua Niah. Memandangkan salah satu member group sakit kaki, so plan terpaksa diubah last minit. Tukar ke perjalanan yang lebih santai. Oh ya! Kalau ambil keta sewa, jangan lupa beli kupon letak kereta. Kebanyakan parking di area bandar perlukan kupon. Boleh dapatkan di pondok milik majlis perbandaran yang terdapat di sekitar dengan harga RM4+ (10 keping). Boleh bayar dengan menggunakan Boost juga.
Okay. Perjalanan kami dimulakam dengan singgah di Taman Selera, Pantai Tanjung Lobang. Actually ada kawasan pantai ni yang diletakkan sebavai private property. Jadi make sure tak masuk ke kawasan tu ya. Masa kami pergi ni tak ramai orang. Ada la satu dorang orang duduk di area tu. Mungkin sebab masa tu weekday.
Waktu ni berangin dan ombak agak kuat.
-
-
-
-
-
Lepas sahaja duduk menikmati pemandangan di Taman Selera, kami singgah di Bintang Mall sambil makan Subway. Lepas tu barulah kami ke The Grand Old Lady, salah satu monumen bersejarah di Miri.
My favorite. Veggie Delite
-
-
-
-
-
Sebelum ni saya dah pernah ke sini. Memandangkan ada member group tak pernah pergi lagi, jadi kena bawa juga ke tempat ni. Bandaraya Miri boleh nampak dari sini. Pada waktu petang pula ramai orang berjogging kat sini.
The famous The Grand Old Lady. Telaga minyak zaman dahulu yang beroperasi pada tahun 1910 (oleh Shell company).
Di sebelah monumen tu adalah Muzium Petroleum. Masa ni tengah tunggu nak buka tapi dah jam 2 lebih tak buka lagi. Kami tak la jadi masuk.
-
-
-
-
-
Saya suka percutian yang bajet, yang penting dapat melancong ke tempat menarik + makan sedap. Jadi saya book hotel bajet di kawasan bandaraya Miri. Boleh book dari Agoda.com.
Hotel ni saya dapat harga RM79 untuk dua malam. Amat murah. Tempat letak keta (awam) pun ada, jadi tak risau nak park keta kat mana. Walaupun bajet, tapi hotel ni ada lift, hot water dan bilik yang besar okay. Nama hotel ni Hua Kiew Hotel.
-
-
-
-
-
Petang tu selepas dah berehat... kami menuju ke Tusan Beach sebab nak tengok the famous Tusan Cliff. Tempat ni di discover pada tahun 2015 dan kini telah menjadi tumpuan pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Pantai Tusan mengambil masa dalam 40 minit.
Pembangunan di kawasan Tusan untuk kemudahan pengunjung.
Pemandangan dari atas. Sekejap lagi nak turun ke bawah.
Kalau nak pergi cliff yang cantik tu kena jalan skit ke depan lagi. Tak jauh pun. Berbaloi sambil tengok pemandangan yang indah.
Cuba tengok betul-betul, cliff tu nampak macam kepala kuda sedang minum air.
Indahnya Pantai Tusan. Jagalah pantai kita dengan baik. Pastikan ianya sentiasa bersih.
Sebenarnya ada satu lagi keistimewaan Pantai Tusan. Kalau anda berada pada masa yang sesuai, waktu malam boleh nampak kejadian Pantai Biru atau air yang bertukar jadi luminous blue. Kejadian ini disebabkan oleh pitoplankton atau alga yang mengeluarkan cahaya biru.
Kami benar-benar menikmati pemandangan Pantai Tusan yang indah.
Lepas tu kami cadang nak makan BBQ steamboat di Halal Buffet BBQ Steamboat. Tapi punyalah ramai orang dan kebanyakannya dah siap-siap booking awal. So tak jadi la. Kami makan di Warung Puteri di sebelah Ani Sup Utara. Makanannya sedap juga.
Okay. Sambung di Part 2 Jalan-Jalan ke Miri
0 Response to "Jalan-Jalan ke Miri 2019 - Part 1"
Post a Comment