Adsterra

Jalan-jalan ke Miri 2019 - Part 2

Sambung Part 2.

Pagi tu sebelum memulakan perjalanan... kami bersarapan terlebih dahulu. Kalau di Sarawak kena rasa juga mee kolok, dan yang ni memang sedap. Bagi saya ianya lebih authentic berbanding dengan mee kolok yang saya makan di Kuching hari tu. Saya suka mee yang kering, dan simple. This one... marvelous. 


Lepas dah siap sarapan... kami pun terus ke Tamu Muhibbah. Pergi tengok apa yang best kat sana. Haaa.... terutama kawasan tamu Kedayan. Memandangkan saya juga berdarah Kedayan, teruja juga nak pergi tengok apa yang dijual di sini. Yang paling best... dalam pasar khas ni boleh dengar orang bertutur dalam bahasa Kedayan. 


-
-
-
-
-
Sempat membeli gula apong dari Tamu Muhibbah.

Lepas tu kami ke Coco Cabana, di Marina Bay. Apa yang best di tempat ni ialah pantai yang cantik, angin sepoi bahasa dan ada statue kuda laut yang besar.




Tempat ni sangat sesuai kalau nak bersantai. Kawasannya bersih dan dapat menenangkan fikiran. Tepi tu ada gerai-gerai makanan (tak nampak dalam gambar). 


Bergambar di dalam Coco Cabana Market.



-
-
-
-
-

Oleh kerana cuaca pun boleh tahan juga panas, kami singgah makan ABC gula apong. Memang terbaiklah. Tak ingat apa nama kedai ni tapi kalau nak cari kedai ABC, mudah saja. Boleh search kat Google. Senangnya la sekarang.

-
-
-
-
-
Lepas tu kami ke Lutong pula. Ntah. Nak pergi melawat shopping complex yang ada di Miri. Tapi shopping complex di Lutong ni actually tak ada apa sangat. Masuk ke EconSave saja, then pusing balik ke pusat bandar untuk mencari shopping mall yang lain.


Lastly pergi Boulevard, sambil tu cari makan tengah hari. Rasa macam nak makan ikan goreng. Oleh kerana Sarawak banyak outlet Sugar Bun, so kami makan kat sini la. By the way ikan goreng talapia Sugar Bun memang the best. Menu favorite. Oh ya. Jangan lupa rasa ayam goreng Sugar Bun. For me... better than KFC.

-
-
-
-
-

Kalau ke Sarawak tak sah kalau tak membeli kek lapis. Di Miri ada beberapa kedai kek lapis yang famos. Dan saya memilih kedai kek lapis Embun Citra. Memang moist dan perisanya pun pelbagai. Sedap!

Di kedai kek lapis ni... yang menjadi favorite saya ialah chocolate mint, embun citra dan masam manis. Cuma kalau banding harga, kek lapis di Miri ada expensive sikit banding di Kuching. Kat Kuching boleh dapat harga RM10. Sini harga RM20 dan saiz lebih kecil. Tapi kualiti, mantap. Memang sedap. 


Kami teruskan perjalanan ke pantai Esplanade. Saja nak buang masa sambil melihat keindahan pantai di sini. Pantai yang ada di Miri memang bersih. Hujung minggu pun ada yang bertugas membersihkan pantai. Well done!

-
-
-
-
-
Tempat lain yang anda wajib singgah apabila datang ke Miri ialah Taman Awam Miri. Sebenarnya ini ialah taman untuk beriadah. Sebenarnya jarang taman awam ada jambatan gantung, tapi bukan di Taman Awam Miri. Kolam renang di sini juga berfungsi dengan baik dan bersih.


-
-
-
-
-

Bandaraya Miri terkenal dengan taman rekreasi yang cantik. Tapi kami tak sempat nak pergi ke semua taman. Oleh kerana hari dah petang, kiranya penutup kami ialah pergi ke Miri Times Square. Ini adalah tempat yang baru di Miri. Ada bangunan yang tak siap lagi. Once dah siap nanti tentunya lebih meriah.



Pemandangan sky blue di Miri Times Square.


Street art ni terletak bersebelahan Miri Times Square sahaja. Mesti kena bergambar kat sini. Cantik!

Untuk menghilangkan penat, kami singgah minum di Share Tea dulu.

Soda lemonade with aloe vera, terbaik!

-
-
-
-
-

Malamnya pula kami cari makan di shopping complex Permaisuri Emperial. Makan kat Fuel Shack. Burger memang damn good. But chicken not really.



Memandangkan esok dah nak balik, kami round di sekitar bandar dulu. Lepas tu terasa nak singgah tengok lampu-lampu yang cantik ni. Mulanya nak pergi tengok color lights di Coco Cabana, tapi tempat tu dah pergi siang tadi dan perjalanan pun jauh sedikit... so malas dah nak ke sana lagi.

Lucky us ada pameran color lights kat tengah bandar. Limited time only. Available beberapa bulan sahaja. Bayaran masuk sebanyak RM5. Enjoy.







So far, Miri memang best. Bukan sahaja bandarayanya bersih... pendatang pun tak ada okay.  Makanan kat sini pun nice. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Next time nak pergi lagi, tapi focus on taman negara yang ada di Miri. Gua Niah will be my next destination. 

Jom datang ke Miri!

0 Response to "Jalan-jalan ke Miri 2019 - Part 2"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel