Review : Fussie Cat (Makanan Kucing)
Saya ada dua ekor kucing. Dan makanan rutin mereka adalah wet food dan dry food. Kucing saya ni sangat memilih makanan, dan salah seekornya perut sensitif skit. Salah makan saja boleh cerry berry atau muntah. Jadi saya kena berhati-hati pilih makanan. Untuk dry food, saya bagi Royal Canin Indoor (27).
Untuk wet food pula, saya bagi jenama Fussie Cat. Jenama ni memang menjadi pilihan saya dari dulu. Pendek kata semua kucing saya memilih makanan Fussie Cat. Dah cuba jenama lain... tapi mereka cepat bosan. Cuma jenama Fussie Cat ni saja yang memang tak akan bosan punyalah.
Memandangkan saya selalu beli banyak, jadi satu tin saya dapat harga RM2.80 saja. Beli kat kedai JJ Pet Shop (pet shop yang membekalkan barangan kucing dengan harga lebih murah dari pet shop lain di tempat saya).
Sebelum ni untuk dua ekor kucing, saya bagi empat tin sehari (sekor dua tin untuk siang dan malam). Selebihnya makan dry food. Tapi memandangkan yang sekor ni jenis tak kuat sangat makan wet food dan more to dry food, jadi saya tukar dah rutin mereka. Siang buka satu tin, dan bahagi sama rata untuk dua ekor.... selebihnya makan dry food. Then malam buka dua tin untuk dua ekor.
Stok ni boleh cukup untuk seminggu. Dijual dengan pelbagai perisa. Ada tuna with prawn, clams, chicken, smoked fish etc. Kucing saya... perisa apa-apa pun okay.
Ini teksturnya. Totally ikan. Bukan yang jenis kena blend atau terlebih jelly.
Actually kawan saya ada try juga bagi kucing dia makam jenama Fussie Cat ni. Tapi macam kucing tu tak nak sangat makan... mungkin selera dia lain skit kot. Jadi kesimpulannya tak semua kucing ada selera yang sama. But untuk kucing saya, jenama ni adalah yang paling best.
0 Response to "Review : Fussie Cat (Makanan Kucing)"
Post a Comment