Pending Itineraries
Bila saya tengok balik blog saya... rupanya cerita bulan September sangatlah kurang. Memandangkan saya dah berpindah ke jabatan yang mengurus hospitaliti pelajar dan bulan September adalah bulan pendaftaran pelajar... jadi waktu tu chaotic la jawabnya.
By the way, itineraries saya untuk tahun hadapan semuanya masih tak siap lagi. Nampak macam senang nak buat jadual travel ni, tapi sebenarnya banyak research kena buat. Tempat-tempat yang menarik, anggaran bajet transport... MRT, bus etc... then macam saya... kena cari lokasi restoran yang halal or Muslim friendly... convenience store pun mesti kena ada juga. Banyak kena fikir ooo. Memandangkan saya lagi jenis suka buat itinerary yang terperinci, jadi lagi la banyak nak kena research. Untuk kesenangan masa travel nanti. Saya juga suka pergi ke tempat yang pelancong lain jarang pergi, maksudnya hidden gems di suatu tempat tu. Saja nak bagi perjalanan menarik skit.
Okay, tahun ni suppose dah tak ada fly ke luar negara. Oleh kerana tiba-tiba ada last minute decision... means saya akan terbang lagi la jawabnya dalam masa terdekat ni. Hopefully semuanya berjalan lancar. But this time more to leisure punya trip berbanding sebelum ni. Tapi yang saya betul-betul perlu sekarang ialah travel backpack, yang besar dan ringan. Mulanya nak beli TNF, then kecewa kerana overpriced tapi beg punyalah berat. Nanti kalau ada isi pakaian lagi la berat. Apa punya beg la.... Tak convenience. Another brand is Salomon, memang minat dengan beg tu. Menepati standard yang saya nak. Hahaha. But the price is RM600+... what the...! So... still searching for the right backpack.
.....
0 Response to "Pending Itineraries "
Post a Comment