Adsterra

Periuk Elektrik Mini Non-Stick

Salah satu hadiah birthday saya dapat tahun ni ialah periuk elektrik non-stick bersaiz kecil. Memang masuk dalam wishlist sebenarnya ??. Tiba-tiba dapat masa birthday pula. Terima kasih kepada yang menghadiahkan.

Okay... nak bagitau yang periuk ni memang praktikal, terutama kalau hari tu nak masak menu yang simple. Nak masak nasi putih, sup, nak steam pau ke... semua boleh. 

Tak perlu pakai dapur gas. Hanya sambungkan elektrik dan selamat memasak. Lagipun, periuk ni ringan dan bersaiz kecil. Kalau nak bawa ke luar negara kiranya senang jugalah. 

First time cuba periuk elektrik non-stick ni. Saya nak masak ala nasi goreng tapi tak gunakan minyak masak. 

Power level ada dua, level I untuk api kecil/sederhana dan level II untuk api kuat. 

Saya gunakan api level I sahaja. Mula-mula saya masak nasi (macam kita selalu masak guna periuk nasi). Bila nasi dah masak, saya masukkan segala rempah ratus, ikan bilis, sayur-sayuran, telur etc.

Dan inilah hasilnya. Taaadaa. Macam nasi goreng juga. 

Periuk ni non-stick, maknanya memang tak melekat la. Mudah dicuci. Masa cuci tu make sure tak kena di tempat plug in cable tu. Nanti rosak pula.

Saya suka periuk ni. Kecil, mudah digunakan dan senang untuk dibersihkan. Kalau nak beli boleh cari kat dalam Shoppe atau Lazada. 

Periuk ni datang sekali dengan tempat steam dan peralatan seperti senduk sup, senduk nasi, chopstick dan mangkuk. 

Nak steam pau pun boleh. Sangat senang untuk digunakan. ?? 

0 Response to "Periuk Elektrik Mini Non-Stick"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel