Adsterra

Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 2

Okay. Sambung hari kedua berada di Taipei. Itinerary kami ialah pergi ke Tamsui dan Miramar.

Sebenarnya kalau ikut perancangan, patutnya kami ke National Palace Museum. Then petang tu ke Tamsui dan Shilin. Tapi memandangkan bawa budak kecik dan senior citizen... jadi saya kurangkan skit program pada hari tu. 

Oh ya. Salah satu cara lain kalau nak sightseeing tempat menarik di Taipei, boleh menggunakan hop-on hop-off double decker bus. Di Taipei ada dua line iaitu line merah dan biru yang mana akan bawa anda ke tempat yang berbeza. Tiket boleh beli walk-in atau menggunakan Klook.

Ni nak bagi tips makanan kalau travel ke luar negara, escpecially negara yang tak banyak choice untuk makanan halal. Caranya adalah bawa travel food. ? Yang ni saya order dari Shopee, jenama Brahim's. Caranya senang saja.  Boil air selama beberapa minit. Kemudian tuangkan makanan dan boleh la dimakan dengan nasi putih. Cara lain adalah dengan memanaskan makanan melalui microwave.

Tapi kalau kat hotel ni kebanyakannya tak ada yang ready microwave. Paling-paling yang ada pun hanya water heater saja. Jadi ada dua kaedah yang boleh digunakan. Satu, masukkan pek ke dalam heater dan boil seperti biasa. Kedua, masukkan paket ke dalam container, kemudian tuangkan air panas dan rendam selama beberapa minit. 

Jenama Brahim's. Memang sedap. Nasi putih segera dan lauk dijual  berasingan. Kalau nak bawa travel food ke luar negara, makesure check-in luggage dan semak either negara tu ada sebarang larangan untuk bawa makanan atau tak. Nanti tak pasal-pasal kena declare. Okay. Done untuk breakfast. 

Okay sambung balik cerita. Pagi tu lebih kurang dalam jam 0900AM kami bertolak dari hotel ke subway. 

Suasana di Ximen pada waktu pagi. Sunyi. Orang baru nak buka kedai.

Kami nak ke Tamsui untuk menikmati pemandangan di sana. Tamsui terkenal dengan harbour yang cantik, serta street food seperti seafood goreng yang enak.

Perjalanan ke Tamsui mengambil masa juga kerana perlu sampai ke stesen yang paling hujung (line merah). 

?
?
?
?

Sekitar pemandangan on the way ke Tamsui dengan menaiki MRT. 



?
?
?
?

Akhirnya sampai di Stesen Tamsui. Tempat yang paling famos di Tamsui adalah Tamsui Old Street dan Tamsui Fisherman's Wharf, selain waterfront nya yang cantik. Bila keluar dari stesen, terus pergi ke bahagian belakang stesen. Di sana la terletaknya waterfront Tamsui. ??


?
?
?
?

Jika ke Tamsui, tak sah kalau tak makan seafood dan cendawan goreng.

Walaupun yang ni tak ada tanda halal, tapi selepas penelitian dan tanpa was-was, diyakini makanan ni boleh dimakan. Tak ada menu terlarang dijual (All seafood. Tak ada daging) dan minyak yang digunakan juga bukan dari sumber terlarang.


Try makan cendawan dan baby crabs. Memang sedap. Sotong pun sedap juga tapi tak boleh makan banyak sangat. Nanti muak.

Cara nak beli senang saja. Mula-mula tunjuk nak yang mana satu. Then bayar dan resit akan tertera nombor. Tunggu mereka gorengkan semula makanan. Dan sekiranya nombor anda dipanggil, bolehlah ambil makanan yang anda dah bayar tadi. Untuk lebih perisa, serbuk seperti chili flakes, mustard, peppers dan lain-lain ada disediakan. 

Harga untuk satu cup... lebih kurang RM10 macam tu la kot. Best duduk lepak tengok pemandangan sambil makan baby crabs dan sotong goreng + minum air tebu.

FYI - Ada peniaga yang tak pandai berbahasa Inggeris. Mereka akan cakap "chumi"... means sotong. Untuk sebarang pertanyaan lanjut dengan mereka, boleh guna Google Translate. Amat membantu.


Fried baby crabs dan fried squid. Dengan tambahan sayur bayam dan daun kari goreng. Wangi sangat. Sedap dimakan ketika masih panas.

Wo xi huan zhege. H�o chi!

?
?
?
?

Lepas tu kami pergi berjalan-jalan di sekitar waterfront Tamsui. Ada banyak jual souvenirs dan street food.

Harga souvenir di Taiwan agak mahal sikit. Fridge magnet pun dijual dengan hargs RM10 untuk satu piece. Tapi still okay lagi la. Rasanya keychain di Tamsui boleh dapat harga murah sikit berbanding Shilin night market. Tapi kalau nak banyak pilihan boleh la explore kat kawasan Shilin night market.


Taiwan juga popular dengan game claw machine. Dan saya tak lepaskan peluang untuk mencuba. Lagipun mesin kat sini banyak hadiah menarik. Rambang mata tengok.

Teringan zaman sekolah dulu saya suka main claw machine. Masa tu tak berapa famos sangat lagi permainan ni. Medai yang ada mesin ni pun hanya di certain kedai arcade games sahaja. Tak sangka sekarang dah famos kembali. 


Weeeee. Berjaya dapatkan automatic sweeper dengan harga RM4 sahaja. Tak rugi main claw machine kat sini. Kat sini tak perlu guna token macsm di Malaysia. Setiap kali percubaan hanya menggunakan wang sebanyak NT10 (coin) sahaja.

Yipiiii!!



(Shake hand. Note - orang tu pakai sarung tangan. Saja bagitau)

Sebenarnya banyak lagi kawasan menarik dan bersejarah boleh di explore di Tamsui. Ada yang boleh sampai dengan berjalan kaki saja dan ada yang perlu menaiki bas.

?
?
?
?

Next destination ialah Miramar Entertainment Park. 

Sebenarnya tempat ni ialah kawasan shopping complex. Tapi kami datang bukan nak membeli belah. Cuma nak naik ferris wheel.



Saya ingat konsep ferris wheel begini juga ada di Jepun. Maksud saya... big ferris wheel di kawasan shopping complex. Manakala di sekitar ferris wheel ni ada entertainment area seperti game arcade dan mini funfair. 

Tiket boleh beli online di Klook atau walk-in. Tapi  kalau beli di online boleh dapat harga murah skit. Harga RM18 per person. Kalau beli tiket walk-in... tak silap harga dalam NT120 - NT150. Budak umur 3 tahun ke bawah free tak perlu tiket.

?
?
?
?

Setiap kali ke luar negara jangan lepaskan peluang untuk cuba menaiki ferris wheel. Dari sini kita boleh tengok pemandangan yang berbeza. Dan lebih menyeronokkan. 



Lepas tu rehat kejap sambil minum. Teh ni sedap. Very refreshing. Tak ingat perisa teh apa tapi tak ada kat Malaysia. Hehe. Saja nak ceta... kat sini tak dipanggil by nama tapi by nombor yang tertera pada resit. Dalam bahasa Mandarin okay. Jadi pandai-pandai la.

Lepas rehat-rehat, pusing balik cuci mata kat dalam shopping complex. So far tak terasa nak membeli belah kerana harga barang walaupun sale masih mahal lagi. Contohnya kasut, beg, mekap berjenama... Better shopping kat Malaysia sajalah.  

?
?
?
?

Dah puas berjalan, kami pun kembali ke Ximen. Keluar di Gate 4, boleh shopping pineapple cake halal di Vigor Kobo. Oh ya. Taiwan terkenal dengan tart nanas yang super delicious dan snek kering berasaskan sayur dan buah. 

Kebanyakan tart nanas tak ada tanda halal, tapi di Vigor Kobo ada jawapannya. Actually dalam kedai tu tak semuanya halal. Cari paket yang ada logo halal saja okay. Halal yang dimaksudkan ini adalah certified. 

Harga tart nanas di Vigor Kobo ni special sikit. Satu kotak ada 10 biji, dijual dengan harga NT360 dan yang pek 5 biji dijual dengan harga NT180. Kalau beli banyak dapat free sekotak lagi.  
Beli banyak sebab nak bagi souvenir dengan kawan-kawan... dan ada yang minta kirim juga.

Selain tart nanas, jangan lupa mencuba milk sun cake. Ini pun sedap juga. 

Milk sun cake from Vigor Kobo. Yang ni sekotak ada 10 biji. Belj dua kotak ni harga RM100 based on current currency. 

Other option kalau tak nak beli tart nanas jenama Vigor Kobo, boleh cari kat supermarket dengan harga lebih murah. Yang penting ada tulis vegetarian. Means all ingredients pun berasaskan sayur-sayuran. 

?
?
?
?

Malam tu cari makan dulu. Lebih kurang jam 07.30PM, kami turun ke subway untuk menaiki MRT. 




Dari MRT Ximen, kami menuju ke MRT Taipei Arena Station sebab nak makan di Yunus Halal Restaurant. 

Restoran ini terletak betul-betul sebelah stadium Taipei.... dan hanya 5 minit berjalan kaki dari MRT Taipei Arena Station. Masakan Thailand. Bagi saya, menu yang dihidangkan simple dan sesuai dengan selera saya la.  

Ramai pelancong tour Muslim datang ke restoran ini. Bukan itu saja, menteri-menteri di Malaysia termasuk Tun M.... TYT Sabah dan ramai lagi VVIP juga pernah makan di sini. Siap ada gambar lagi dipamerkan kat dinding.



Restoran yang cantik dan bersih.

Kalau datang ke restoran ni, try black pepper beef. Memang terbaik.

Yang ni sayur kubis goreng, rasa macam masakan kat rumah. Hehe.

Ini pula ayam Kung-pao.

Lepas saja makan, kami pun balik rehat. Sebab esoknya ada tour pula. Sambung di Part 3 

0 Response to "Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 2 "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel