Adsterra

Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 1

Saya rasa Taipei begitu cantik, maka saya berhasrat untuk berkunjung ke sana sekali lagi. Ini adalah kali kedua saya melawat Taipei, Taiwan. 

Trip ni adalah family trip. Kebanyakan tempat yang saya pergi sebenarnya dah dilawat sebelum ni. Tapi oleh kerana family tak pernah pergi lagi, jadi kiranya saya jadi tour guide merekalah. Saya lebih suka trip yang singkat, tapi banyak tempat boleh dilawati dalam sehari. Bagi saya kalau berada di Taipei, tiga malam pun dah cukup. 

Sambil melawat... sambil mencari makanan halal. Walaupun restoran halal tak berada di merata tempat macam di Malaysia, tapi Taiwan kini sedang giat mempromosikan produk halal. Nanti saya share mana-mana tempat halal serta produk halal yang saya dapat cari.

FYI. Dua hari sebelum saya terbang ke Taipei, berlakunya sand strom yang datangnya dari Mainland China. Kawan saya tiba di Taipei lebih awal, jadi memang nampaklah keadaan kat sana berdebu dan kabur. Syukur masa kami sampai, cuaca baik dan udara pun clear.

Baiklah. Saya share dulu gambar-gambar Taipei trip ??

Direct flight dari Kota Kinabalu ke Taiwan melalui Air Asia. Penerbangan awal pagi. Oh ya. Kalau nak tengok Gunung Kinabalu, boleh ambil seat sebelah kanan. Memandangkan saya duduk di bahagian aisle, jadi tak dapat nak ambil gambar gunung dengan baik.

?
?
?
?

Akhirnya sampai di Taoyuan International Airport, Taipei, Taiwan (Terminal 1).

Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya plan itinerary anda supaya dapat manfaatkan masa sebaiknya. 

Untuk memudahkan trip anda, boleh sewa WiFi dan beli EasyCard (macam Touch & Go) untuk tambang MRT. Masa trip pertama ke Taipei hari tu saya guna token (single journey) sahaja. Tapi pada kali ni memandangkan ada bawa budak kecik, jadi baik beli EasyCard saja. Lebih mudah.  

Thanks to Klook kerana menjadikan perjalanan kami lebih mudah dan menjimatkan. Booking sewa WiFi dan EasyCard dari apps ini saja. 
Nampak tak kaunter warna orange di dalam gambar tu? Di sanalah kita akan claim WiFi rental dan EasyCard. Kaunter ini terletak di kawasan luar airport (arrival area, lepas dari kawasan untuk ambil luggage).

Taaadaaa! My EasyCard. Sailormoon ?_? Kalau nak top-up kad, boleh ke kaunter MRT tempat nak beli token. Di sana ada mesin reload kad. Saya reload NT500. Kalau ada baki dalam kad dan dah tak nak guna lagi, bolehlah refund kat kaunter. 

?
?
?
?

MRT di Taipei sangat efisyen dan mudah. Untuk first timer pun tak ada masalah jika menggunakan public transport di Taiwan ni. FYI - Kalau naik MRT dari airport ke Taipei Main Station, train purple (express) dan biru (biasa) berkongsi line yang sama. Kalau nak cepat boleh ambil express train warna purple. Memandangkan perjalanan dari airport ke Taipei Main Station agak jauh juga (lebih kurang 30 minit), disyorkan untuk ambil train color purple.

?
?
?
?

Luggage locker banyak terdapat di kawasan MRT station. Memandangkan kami sampai awal dan tak boleh nak check-in lagi, jadi kami simpan dulu beg di dalam loker sebab nak pergi berjalan-jalan cari makan dulu.

Luggage locker ni ada dalam bahasa Cina dan English. Mudah untuk digunakan. Simpan resit locker tersebut kerana nombor password ni amat penting masa nak ambil balik luggage. Untuk lebih selamat, ambil gambar resit... in case resit hilang, ada backup di dalam handphone.

?
?
?
?

Kami nak cari makan dulu. Cuaca mendung dan berangin, suhu lebih kurang 24�C pada waktu ni. Selesa.

Luar Taipei Main Station.

?
?
?
?

Chang's Beef Noodles. Antara restoran mi sup daging halal yang terkenal di Taipei. Kebanyakan pelancong Muslim akan datang ke sini untuk mencuba mi sup daging. Kalau jalan kaki dari Taipei Main Station, perjalanan lebih kurang dalam 10-15 minit dah sampai ke restoran ini. Boleh guna apps Google Maps dan taip "Chang's Beef Noodle Restaurant".


Di sebelah restoran Chang's Beef Noodle, ada sebuah lagi restoran mi sup daging halal iaitu Muslim Beef Noodle. Tapi restoran ni saya dah pergi masa trip pertama ke Taipei hari tu. Jadi kali ni nak try restoran lain pula.

Dumpling.

Mi sup daging. Jangan lupa campurkan dengan sayur masin untuk mendapatkan rasa kuah yang lebih sedap.

Memandangkan saya ada belajar bahasa Mandarin, sangat membantu untuk berkomunikasi di sini. Lagipun slang Mandarin di Taiwan lebih kurang sama macam kat Malaysia (tak macam slang di sebelah Mainland China). Tak semua orang Taiwan faham bahasa Inggeris, jadi bahasa Mandarin begitu memudahkan. Sekiranya anda tak boleh berbahasa Mandarin, jangan risau. Guna saja Google Translate. Amat mudah.

By the way, saya lebih suka makanan di Muslim Beef Noodle Restsurant kerana lebih banyak pilihan dan rasa pun lebih sedap. Tapi layanan di Chang's Beef Noodle lebih nice. 

?
?
?
?

Selesai sahaja makan, kami pun berjalan di kawasan sekitar. Boleh ke Taiwan National Museum dan Peace Park yang terletak berdekatan. 

Taman-taman awam di sini amat bersih dan mendamaikan. Sesuai kalau nak rehat-rehat. FYI - Orang Taiwan begitu mesra dengan pelancong. Mereka juga sangat membantu. Memandangkan mereka pernah dijajah oleh Jepun, maka budaya di Taiwan juga dipengaruhi oleh budaya Jepun.





?
?
?
?

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Daripada Taiwan National Museum ke CKS Memorial Hall ni... kami berjalan kaki sahaja. Tak rasa jauh sangat sebab jalan sambil lepak dan tengok pemandangan. 

Kalau ke Taipei, mesti kena datang sini tau!



Lepas dari CKS Memorial Hall, kami pun nak pergi balik ke Taipei Main Station. Stesen paling dekat di kawasan ni ialah Chiang Kai-Shek Memorial Hall Station. Terletak 5 minit dari pintu gerbang CKS.

?
?
?
?

Kami menginap di Chair Man Hotel yang terletak tak jauh dari Ximen Station (lebih kurang 7 minit jalan kaki). Hotel ni terletak bersebelahan dengan kedai 7Eleven dan opposite kedai tu ada kedai plush toy claw machine (mesin tangkap patung). 

Pada mulanya kami tak jumpa hotel ni. Sebabnya hotel ni tengah renovate dan pintu depan pun totally kena renovate jugalah. Lepas tu bila tanya dengan staf kedai 7Eleven tu, barulah ada clue sikit. Then... ngam pula ada pelancong lain yang sama juga sesat mencari hotel yang sama. Syukur... akhirnya jumpa juga hotel ni. 

Actually hotel ni senang nak cari, tapi memandangkan pintu pun ditutup papan renovation, tu la yang jadi tak nampak tu.

Pemandangan di belakang hotel. 

Walaupun hotel nampak agak lama, tapi facilities sangat baik. Yang penting ada lift. Hehe. Setiap hari bilik dikemaskan, towel pun kerap ditukar. Pendek kata, memang bersih. 

Penginapan di Taipei, terutama hotel agak mahal jugalah. Hotel Chair Man menawarkan harga yang berpatutan. Lebih kurang RM150 semalam. So, okaylah. Beginilah kalau trip bajet. Semua nak murah. Hehe...

?
?
?
?

Walaupun masa tak berbeza dari Malaysia, tapi waktu solat di sini berbeza. Lebih awal. Contohnya Maghrib lebih kurang jam 5PM+, manakala Isyak dalam jam 6PM+.

?
?
?
?

Jam 0730PM, kami nak pergi mencari makan. Sambil menunggu my dad siap, kami pergi bermain claw machine dulu la. Di sini tak perlu tukar duit kepada token. Cukup ada coin NT10 (lebih kurang RM1.40), dah boleh main dah. 

Okay. Patung ni saya dapat dengan harga NT20 sahaja. Weeee... ??

?
?
?
?

Malam ni kami nak makan di kawasan berdekatan Taipei 101. Seperti yang saya katakan tadi, MRT di sini sangat mudah. Jadi memang tak ada masalah nak ke Taipei 101. Google Maps juga begitu membantu. 


Taaadaaa! Taipei 101. ? Berdekatan Taipei 101 juga ada area yang cantik untuk ambil gambar. Contohnya Jimmy Moon Bus. Tapi oleh kerana my dad, my sis and my niece dah kelaparan... maka kami straight to the point ke destinasi iaitu mencari makan. 

Tak jauh dari Taipei 101 (lebih kurang 7 minit perjalanan), ada sebuah restoran halal bernama Khana Khazana Restaurant. Restoran ini menyediakan masakan India seperti nasi briyani, chicken tikka dan lain-lain. 


Makanan di sini memang sedap. Sekiranya anda jenis tak suka pedas, baik bagitau tak nak pedas. Even kita cakap nak pedas sikit pun... adoiii... memang pedas juga.

Menu adalah briyani chicken tikka, briyani lamb, butter chicken (tapi rupa macam chicken curry je), plus nasi putih... semuanya dalam NT1000+ (lebih kurang RM140 la). Nasi briyani tu potion banyak. Boleh makan untuk dua orang. 

Oh ya. Semua restoran di Taipei adalah children friendly. Means disediakan kerusi kanak-kanak dan pinggan mangkuk, sudu garfu khas untuk budak-budak. Jadi memang tak perlu risau. 

Terasa nak minum Cola.

?
?
?
?

Selesai saja makan, kami pun nak balik ke hotel. Sambil menikmati keindahan Taipei 101. Malam ni clear... tak ada awan menutupi bangunan Taipei 101.


Me with my dad

?
?
?
?

Memandangkan hotel kami berada di area Ximending, jadi kami pun singgah ke Ximen Night Market. Macam-macam ada di sini. Suasana lebih kurang seperti di Bukit Bintang. 

Barang-barang di sini dijual agak mahal jugalah jika dibandingkan di Malaysia. Contohnya plug charger pun harga RM40. Padahal kat KK di pasar malam boleh dapat harga RM10 saja. 


Jangan lupa untuk bawa travel adapter kerana Taiwan menggunakan plug jenis US (sebelah kiri sekali). 
(Gambar source Amazon.com)

Color rainbow di tengah Ximending. Bermula 24 Mei 2019, Taiwan telah sah untuk same-sex marriage. Jadi tak hairan la bole nampak corak dan banner rainbow di gantung di beberapa tempat seperti ini.

Okay. Selepas berjalan-jalan di pasar malam Ximen, kami pun pulang ke hotel. 

0 Response to " Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 1"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel