Cara Memohon Visa China di Pejabat Konsulat China Kota Kinabalu
Perkara yang wajib dibuat apabila nak masuk ke Tanah Besar China adalah MEMOHON VISA. Tak ada visa, tak boleh masuk ke negara China.
FYI - Untuk warganegara Malaysia yang nak ke Hong Kong, Macau atau Taiwan... TIDAK memerlukan visa. Permohonan visa hanya untuk yang nak ke Tanah Besar China sahaja, contohnya Beijing, Shenzhen, Xi'an, Harbin etc.
Make sure kalau nak apply visa, kena apply awal dari tarikh penerbangan kerana visa hanya akan siap dalam masa 4 hari bekerja. Kalau perlu urgent, boleh buat express visa tapi bayaran pun mahal juga. Okay. Saya share cara nak apply visa. Mudah saja. Hanya ikut langkah-langkah di bawah:
STEP 1 : Sediakan dokumen yang diperlukan
- Passport (pastikan valid dan tarikh luput lebih dari 6 bulan)
- Fotokopi salinan passport (fotostat yang bahagian ada gambar dan perincian maklumat)
- 2 keping gambar visa. Kepala dan muka clearly visible. Background putih, baju color gelap. Untuk perempuan bertudung, tudung pun perlu color gelap.
- Borang visa yang lengkap diisi. Nanti saya akan tunjukkan cara download borang.
- Salinan tiket penerbangan ke China
- Wang bayar visa dengan menggunakan kad debit atau kredit sahaja. No cash. RM30 untuk single entry (Kalau nak ke kawasan Tanah Besar China sahaja) dan RM50 untuk double entry (Contohnya dari Shenzhen nak keluar ke Hong Kong, lepas tu masuk semula ke Shenzhen). Full rate seperti jadual di bawah:
STEP 2 : Mengisi Borang visa
Borang visa boleh didapati secara online di laman web Pejabat Consulate General of the People's Repbulic of China in Kota Kinabalu.
Tekan link ke "Consular Services"
Kemudian, tekan link "Visas"
Dan tekan link "Download Application Forms" Borang akan keluar dalam bentuk PDF
- Untuk mengisi borang visa, perlu BERTAIP dan menggunakan HURUF BESAR sahaja. Tak boleh tulis menggunakan pen. Nanti kena reject.
- 1 keping gambar perlu dilekatkan (guna gam. Jangan stapler) di borang visa, dan 1 keping gambar lagi di kepilkan di muka surat ketiga passport anda. JANGAN STAPLER gambar -gambar tersebut.
- Sila isi borang dengan tepat, jujur dan benar.
- Untuk part itinerary, contoh boleh taip macam ni sahaja. Kalau nak ke satu tempat sahaja, contohnya hanya nak ke Beijing, boleh taip tarikh dari berapa haribulan ke berapa haribulan di column "Date", kemudian taip Beijing di "Detailed address".
STEP 3 : Hantar Borang ke Pejabat Konsulat
- Untuk makluman, waktu operasi Pejabat Konsulat China KK ialah pada Isnin - Jumaat, jam 09.30AM - 11.30AM SAHAJA. Pejabat tutup pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum Tempatan serta Cuti Umum China.
- Alamat ialah - Palm Court, Lot 10, No. 3, VIP Lot, Lorong Pokok Palma Rajah, Jalan Lintas, Taman Ria 1, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Boleh cari di Google Maps kalau tak tau jalan. Jangan terkejut sebab office Pejabat Konsulat China macam rumah banglow.
- Sila ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil. Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan seperti dalam STEP 1. FYI - Staf di kaunter boleh berbahasa Melayu. Hehe. Lepas dah submit borang, satu resit akan diberikan untuk ambil visa apabila siap nanti. Visa siap dalam waktu 4 hari bekerja.
- Pembayaran hanya akan dibuat setelah visa siap.
STEP 4 : Ambil Visa
- Visa boleh diambil di Pejabat Konsulat mengikut tarikh yang ditulis dalam resit.
- Pembayaran dibuat dengan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT SAHAJA. NO CASH.
- Sila check details visa di dalam passport anda sebelum meninggalkan pejabat konsulat. Kot ada yang tersilap.
Tu saja. Dah selesai!
0 Response to "Cara Memohon Visa China di Pejabat Konsulat China Kota Kinabalu"
Post a Comment