Kenapa Saya Suka Pakaian Warna Hitam?
Warna pakaian favorite saya adalah hitam. Setiap kali keluar jalan... traveling etc... confirm pakai warna hitam. Even baju kurung pun banyak color gelap juga. Family pun kadang-kadang tegur... asyik-asyik color gelap. Baju hari Raya pun warna gelap juga. Nak buat macam mana. Dah memang minat warna gelap. Tak kisahlah.
Kenapa saya suka pakai pakaian warna hitam?
1. Bukan Warna Perhatian
Saya suka pakaian warna hitam sebab saya rasa selesa dan tersembunyi dari menjadi perhatian orang lain. Berbanding warna lain seperti merah, kuning atau jingga, warna hitam adalah warna yang paling kurang menyerlah. Warna hitam plain adalah yang terbaik bagi saya. Tiada corak, tiada manik
2. Senang Matching
Ini pun sebab kenapa saya suka pakai warna hitam. Walaupun saya suka pakai baju dan seluar warna hitam, tapi kebanyakan tudung saya berlainan color. Sebabnya, nampak lebih matching berbanding satu set color hitam from head to toe. Lagipun kalau nak mix and match dengan warna hitam ni lebih senang.
3. Mood
Black symbolize restful emptiness. Saya seorang yang sukakan ketenangan. Oleh itu, pakaian hitam sesuai dengan jiwa saya.
4. Trend Setiap Masa
Warna hitam tak akan hilang ditelan zaman. Sejak dulu sehingga sekarang, memang pakaian warna hitam sentiasa laku. Kadang-kadang kalau di kedai... mesti warna hitam selalu habis saiz. Bukan sahaja pakaian, malah barangan seperti handbag dan lain-lain. Even some brands susah nak bagi diskaun untuk bag warna hitam. Color lain boleh dapat sampai 40%. Color hitam.... susah nak diskaun banyak. Tak tau kenapa.
5. Cantik
Bagi saya, warna hitam itu cantik. Bergantung kepada perspective orang, tapi bagi saya hitam tidak semata-mata bermaksud sorrow atau kematian. Black is my happy color.
6. Nampak Lebih Slim
Ya betul! Kalau pakai pakaian hitam ni nampak lebih slim berbanding pakai pakaian warna lain. Jadi tak perlu risau la. Lepas makan perut buncit pun tak ketara dah. Haha.
7. Boleh Cover Peluh
Yang ini betul. Kalau pakai warna gelap ni boleh cover kalau baju basah atau berpeluh. Kalau berjalan jauh tu kadang-kadang berpeluh juga underarms atau belakang badan. Nak selamat, pakailah pakaian warna gelap.
8. Tak Nampak Jarang
Kebanyakan baju saya yang beli adalah jenis fabric polyester sebab saya suka pakai baju dry-fit. Lebih ringan dan tak panas. Berbanding warna lain, baju color hitam tak nampak jarang bila dipakai, walaupun kain tu nipis. Contohnya, kalau pakai baju warna putih biasanya saya perlu ada lapis singlet kat sebelah dalam lagi. Kalau tak... nampak sangat baju tu nipis.

Walaupun saya suka pakai pakaian warna hitam, tak bermakna saya tak suka warna lain. Baju saya ada gak warna putih, kelabu, cream dan lain-lain. Cuma.... bagi saya, black is necessary. What's your favorite color?
0 Response to "Kenapa Saya Suka Pakaian Warna Hitam?"
Post a Comment