Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 3
Hari ketiga berada di Taipei. Hari ni kami akan ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. Sekali lagi, terima kasih Klook kerana menyediakan tour pakej 3 in 1 ke tempat-tempat ini dengan harga yang berpatutan.
Okay, kami ikut tour jam 08.30AM. Memandangkan bas tunggu di Ximen, dan hotel kami pun memang di kawasan berdekatan... jadi tak la kelam kabut turun mengejar bas.
Perjalanan dari hotel ke area tour bus hanya mengambil masa 7 minit saja. Waktu pagi rasa sejuk. Cuaca pun redup.
FE21 Department Store. Bangunan ni mengingatkan saya masa kunjungan kali pertama ke Taiwan. Bangunan ni terletak berhampiran dengan Exit 3 Ximen station. Juga berdekatan dengan Vigor Kobo shop, dan tempat menunggu tour bus Klook.
Kepada yang ikut tour, pastikan anda sentiasa menepati masa. By the way, air mineral percuma disediakan untuk perjalanan yang jauh.
Our tour guide, Ms. Rumi.
Unfortunately... pada hari tour... cuaca tak berapa baik. Hujan. Layan sajalah. Cuaca di Taiwan kengkadang tak menentu. Kalau nak travel ke sini, better ready bawa baju hujan di dalam beg. Sebab cuaca boleh berubah sekelip mata. Mula-mula panas... then tiba-tiba saja boleh hujan lebat.
Tapi tak apa... kalau tak ada bawa payung atau baju hujan, nanti kat kawasan Yehliu Geopark ada peniaga yang berjual keperluan ini.
Destinasi pertama pada hari ini ialah Yehliu Geopark. Kalau ke Taipei, mesti kena pergi tempat ni. Unik dan cantik.
Masa ni hujan renyai tapi tak rasa sangat terkena hujan tu. Mungkin sebab cuaca berangin. Oh ya. Kepada yang berkunjung ke Yehliu Geopark, pastikan anda mengikut arahan... iaitu jangan sentuh, duduk atau pijak batu-batu ni. Sebabnya semua batu yang ada di sini berumur ratusan dan beribu tahun. Paling famos sekali adalah Queen's Head. Nak amik gambar dengan batu tu pun kena berbaris okay!
Tempat ini dikawal rapi dengan security guard. Masa nak bergambar, pastikan juga tidak melintasi line merah di kawasan hujung batu. Bukan nak takutkan tapi dah banyak kes tourist jatuh semasa bergambar sebab tak sedar dah lepas dari line merah.
Fossil di Yehliu Geopark
Cuaca mendung, berangin dan sedikit hujan. Better than cuaca yang panas terik. ??
Bergambar boleh, tapi jangan sentuh batu-batu kat sini okay. Nanti kena marah oleh Pak Guard. - - - - - Kat hujung sana terletaknya Queen's Head, berumur 9000 tahun. |
Kawasan Yehliu Geopark begitu luas. Terdapat tiga bahagian untuk tengok batuan unik dan pelbagai bentuk ni. Tapi biasanya tourists akan ke Area 1 dan 2 sahaja, memandangkan Area 3 jauh. Tapi kalau anda memang dah plan untuk ke sini sahaja dan tak mengejar masa, boleh la ke Area 3 taman ini. Di sana lebih banyak batu-batu yang unik.
-
-
-
-
-
Destinasi seterusnya, Jiufen.
Snek semasa perjalanan ke Jiufen.
Cantiknya pemandangan laut di Taipei.
-
-
-
-
-
Sampai di Jiufen Old Street. Di sini banyak restoran, unfortunately... makanan halal... not so many choices. Alternatively, ada satu vegetarian restaurant kat sini. No lard. 100%. Selain tu boleh cari makanan lain seperti buah-buahan atau snek berbentuk seafood.
Jalan di kawasan Jiufen Old Street agak sempit dan ramai orang. Cuaca masa ni pun tak berapa baik. Lagilah rasa sesak skit bila nak berjalan.
Pastikan anda ingat jalan kalau kat sini. Kerana jalannya banyak cabang dan boleh jadi sesat.
Sekiranya tersesat, tanya je dengan orang... di mana arah nak ke 7 Eleven. Kerana di Jiufen Old Street hanya ada satu sahaja kedai 7e. Dan kedai ni terletak di jalan keluar Jiufen.
Kedai Xing Fu Tang. Apa-apapun... rasa minuman XFT kat sini berbeza sedikit dari XFT Kota Kinabalu. Of course lebih sedap... dan murah. Harga brown sugar fresh milky tea yang sejuk hanya NT$60 (RM8), yang panas pula NT$70 (RM9.50).
Sorry XFT KK branch. Banyak kena improve lagi.
Hujan dan tak ada bawa jaket. So kena pakai baju hujan. Lebih baik sentiasa bawa baju hujan dalam beg. In case tiba-tiba cuaca tak baik.
Masih dengan XFT. Part ni yang paling best.
Must try boba tea bila anda berkunjung ke Taiwan. Di sini la bermulanya sejarah boba tea. I choose XFT.
-
-
-
-
-
Memandangkan Jiufen tak ada choice untuk makanan halal, jadi kami dah siap bawa bekal dari hotel.
Thanks Brahims's. Travel food yang begitu convenient dengan makanan yang sedap. Caranya senang saja. Panaskan paket makanan di dalam air panas / water heater. Kemudian bawa la paket ni masuk dalam beg. Bila nak makan baru buka.
Saya harap lebih banyak travel food jual di kedai-kedai area KK. This one saya beli dari Shopee.
Makan... jangan tak makan.
Oh ya. Sempena menunggu rakan-rakan tour yang lain berkumpul, saya pergi main di claw machine dulu la. Yeay. Berjaya dapatkan ni.
-
-
-
-
-
Destinasi terakhir untuk hari ini, Shifen.
Sebelum ke Shifen Old Street, kami ke Shifen Waterfall dulu.
Ramai orang naik ke jambatan gantung.
Cantiknya sungai di sini ?_?
Beautiful Shifen Waterfall. Untuk view yang lebih cantik, boleh ke sebelah bawah. Kali ni saya tak turun sebab members yang lain dah lenguh badan. Maklumlah. Sehari berjalan. Lagipun kalau nak ke bahagian bawah, perlu turun naik tangga. Penat juga.
-
-
-
-
-
Selepas dari Shifen Waterfall, kami singgah ke Shifen Old Street. Saya lebih suka kat sini banding Jiufen Old Street sebab di sini ada lanterns. Jalan pun rata dan tak berbukit, less crowded.
Trip kali ni saya sempat tengok keretapi lalu di the famos Pingxi Line. Kalau tak ada keretapi, disinilah kawasan bermain lanterns.
Kami pun bermain lantern. Sebelum kita terbangkan lantern ni, kena tulis dulu wish kat sini. Tapi kami pergi melukis pula. Pun jadilah.
Setiap color lantern membawa maksud yang berbeza. Untuk single color, harga ialah NT$150, manakala untuk mix color pula NT$200.
Terbangkan lantern. Bye!! Don't worry. Pekerja kedai lantern tu akan bantu pasangkan api lantern dan amik gambar untuk kita.
-
-
-
-
-
Akhirnya tour dah tamat. Lepas tu kami balik hotel berehat kejap. Then cari makan di restoran semalam iaitu di Thai Yunus Halal Restaurant.
?
?
?
?
Day 4. Dah nak balik KK. ^^ Kami bersiap awal pagi dan meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.
Muka ngantuk sebab bangun awal pagi
Taipei. See you again!!
0 Response to "Visit Taipei dan Cari Makanan Halal - Part 3"
Post a Comment