Review : Cat Backpack Carrier
Akhirnya saya beli juga cat backpack carrier supaya saya boleh bawa kucing saya berjalan-jalan. Maklumlah semua kucing ni memang stay kat rumah. Kesian juga asyik terperuk.
Saya beli di JJ Petshop di UA, Sulaman, Sepanggar KK. Harga RM55. Kalau nak yang lebih murah boleh beli online. Tapi bila tengok harga online dengan harga di shop yang saya beli tu lebih kurang saja... jadi saya terus la beli yang di kedai. Yalah. Sabah Sarawak kan ada cas penghantaran lagi. Heheh.
Yang dalam beg ni masih anak kucing umur kurang setahun. Berat 3kg tapi badan panjang (Bengal). So far okay juga la. Muat dengan jayanya. Ada ruang lebih skit. Kucing ni pun nampak selesa berada di dalam beg ni.
Yang ni ada sekor lagi anak kucing tapi saiz lebih kurang sama macam yang gambar di atas. Ni layout dan keluasan dalam beg. Ruang yang besar. Anak kucing memang muat la. Saya try untuk masukkan dua ekor anak kucing, muat tapi sempit. So tak boleh la. The best is satu beg untuk seekor kucing sahaja.
Yang ni pula keadaa untuk kucing dewasa. Berat 5kg. Badan panjang. Still boleh muat juga tapi ada sempit skit. Apa-apapun, boleh consider muat dengan jayanya.
Ni keadaan di dalam.
Beg ni tak berat (kecuali masa ada kucing kat dalam), mudah dibawa dan di adjust. Dilengkapi dengan ruang udara untuk kucing bernafas. Ada zip kecil di bahagian tepi dan di sebelah lagi ada poket untuk simpan barang.
Setakat ni tak pernah lagi bawa jalam-jalan di kawasan taman awam. Paling jauh pun kat area rumah saja. Dari empat ekor kucing saya, ada sekor yang macam tak suka duduk dalam beg ni. Mungkin lebih selesa duduk kat rumah kot. Yang tiga ekor lagi siap boleh relax duduk dalam beg.
Bagi saya, good item tapi not nessecarily kena ada.
0 Response to "Review : Cat Backpack Carrier"
Post a Comment