Adsterra

Holiday di Kudat, Sabah

Memandangkan situasi COVID19 semakin serius, jadi saya pun terpaksa tunda sekali lagi perjalanan ke luar negara. 

Alternatif terbaik ialah teruskan percutian, tetapi pilih destinasi dalam negeri. Salah satu tempat yang mempunyai pantai yang cantik ialah Kudat. Saya cerita skit itinerary short vacation ke Kudat.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat memakan masa selama 3 jam. Sebenarnya sebelum sampai Kudat, ada beberapa tempat lain lagi yang boleh dilawati seperti tempat membuat gong di Sumangkap dan ladang madu lebah Gombizou. Tapi kami tersinggah ke tempat-tempat tu sebab memang berhajat terus ke bandar Kudat.

Oleh kerana kami sampai Kudat pada waktu tengah hari, terus pergi cari makan seafood dulu. Antara restoran seafood best di Kudat ialah Kampung Kelapa. Selain harga lebih murah dari seafood di KK, masakannya juga sedap dan ada banyak pilihan menu. 




Menu di seafood Kampung Kelapa.


Saya suggest menu siput kahanga. Memang sedap. Kalau seafood di KK jarang ada menu ni. 

Selain daripada seafood, menu lain seperti ayam juga ada. Oleh kerana anak buah saya suka makan ayam, kami pun order la ayam masak kicap.

Ini pula udang rebus. My favorite.

Sayur manis masak bawang putih. ?? Terbaik. Memang sedap.

Sebenarnya ada order ikan kerapu masak steam nyonya tapi tak terambil pula gambar. Maklumlah... dah lapar masa tu. Total makan untuk 4 orang dewasa dengan menu yang dipilih hanya RM118 sahaja. 

?
?
?

Selepas tu, kami terus berpatah balik menuju ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) sebab kami menginap di sana. Jarak bandar Kudat ke Simpang Mengayau mengambil masa kira-kira 30 minit.

Kami menginap di Tommy's Place@Tip of Borneo. Booking through Agoda lebih menyenangkan. Satu malam RM150+ untuk bilik family (1 queen bed and 1 single bed). Kami ambil 2 bilik memandangkan ramai yang ikut ke trip kali ini.

Cantik ?


Bilik mandi yang luas.

Veranda untuk lepak. 


Tommy's Place ada restoran yang beroperasi sehingga jam 9 malam, dan ada mini market juga. Jadi tak perlu bersusah payah nak keluar lagi since Simpang Mengayau ni jauh dari bandar. By the way, kalau hajat nak BBQ atau bawa makanan sendiri pun boleh. Oh ya. Kat sini ada banyak anjing. Jadi sila simpan selipar di dalam bilik. Takut nanti anjing bawa lari selipar pula. Semua anjing di sini manja. Jadi tak perlu risau kena gigit. Hehe.

Memandangkan tempat menginap kami terletak dekat dengan pantai, alangkah bestnya. Pantai di sini amat cantik dengan air berwarna biru serta pasir yang putih. Dalam jam 4 lebih gitu kami dah turun ke pantai. Baring atas pasir la, main layang-layang la, macam-macam aktiviti yang dilakukan.

Berjaya menerbangkan layang-layang.

Pantai di sini sangat cantik. Orang pun tak ramai. Rasa tenang saja.

?
?
?

Malam tu kami masak sendiri saja. Sebab tu saya bawa periuk elektrik non-stick saya ni. Kami masak oden. Yeay. Sambil makan sambil lepak di veranda dan menikmati pemandangan malam.


Suasana di waktu malam. Sebenarnya berhajat nak ambil gambar milky way, tapi memandangkan lampu jalan terang... tak nampak la milky way. Kena cari tempat yang gelap dan tak ada cahaya lampu, barulah sesuai. Jadi... ehmmm... pendamkan saja dulu niat saya.

?
?
?

Keesokan harinya sebelum check-out, kami bersiar-siar dulu di Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo). Disinilah titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu Pemandangannya marvelous. Kepada yang datang ke Kudat, ini adalah tempat wajib pergi. ?





Ada rumah api.

?
?
?

Selepas bersiar-siar, kami pun balik semula ke tempat penginapan... packing barang dan check-out. 

Ada satu lagi pantai cantik iaitu Pantai Kelambu. Terletak 15 minit perjalanan naik kereta dari tempat penginapan kami. Di sini juga pantainya sangat indah. Cuma sayang sebab sda banyak sampah di tepi pantai. Hopefully dapat dibersihkan. 



?
?
?

Lepas tu kami terus menuju kembali ke Kota Kinabalu. 

Ini adalah tanaman padi penduduk di Kudat.


Singgah sebentar di perhentian antara simpang Kota Marudu - Kota Belud untuk membeli jajan.


Kalau rasa nak beli kacang merah Kudat boleh beli di kawasan ni. Ada banyak deretan kedai.

?
?
?

Sampai di Kota Belud pula, singgah cari aiskrim gula apong. Restoran ni memang famos dan selalu penuh. Selain aiskrim, restoran ni juga ada menyediakan menu goreng-goreng dan kuih muih. 


Walaupun percutian saya kali ni begitu singkat, tapi sangat berbaloi. Dapat cari makan makanan yang sedap, menikmati keindahan pantai dan enjoy. Sudah tentu kos perjalanan juga murah berbanding ke luar negara.  

0 Response to "Holiday di Kudat, Sabah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel