Buruj Scorpius (Scorpius Constellation)
Saya ingat lagi masa mula-mula berkecimpung minat dalam stargazing ni. Masa tu nak mencari buruj Scorpius. Ingatkan susunan bintang tu kecik saja, rupa-rupanya besar. Memang teruja tengok Scorpius sebab susunan bintang tu sama macam bentuk kalajengking. Start dari sana, saya pun mula mencari constellation lain pula.
Itu zaman sekolah menengah dulu. Sekarang ni nak cari constellation lebih senang dengan bantuan apps. Saya pilih SkyView Lite. Free apps, tapi sangat berguna untuk tengok kedudukan bintang, planet or any celestial object.
Bulan ni Scorpius muncul di kawasan hemisfera Selatan dan boleh dilihat dengan jelas apabila langit tiada awan dan kawasan tiada cahaya yang terang. Gambar ni saya ambil dari belakang rumah. Cuba tengok titik bintang tu. Boleh agak tak macam mana garisan Scorpius?
Untuk memudahkan bacaan, saya lukis di mana garisan-garisan ini bermula dan berakhir.
Menerusi apps, lebih mudah untuk identify. Bintang paling terang pada Scorpius adalah Antares, iaitu bintang supergiant bewarna merah, dan merupakan the heart of Scorpius. Semestinya saiz bintang Antares lebih besar (dan sangat besar) dari matahari. Sebab tu ia di panggil supergiant star.
Ini adalah gambaran Scorpius. Thanks to SkyView Lite kerana memudahkan aktiviti stragazing.
By the way, saya kongsikan juga gambar yang belum di edit. Beginilah keadaan sebenar masa tu. Memandangkan jiran belakang rumah punya lampu ni terang, jadi ini sajalah hasil terbaik masa tu. Masa saya ambil ni lebih kurang jam 04.00 pagi. Sebelah ekor Scorpius actually boleh nampak Milky Way, tapi keadaan tak mengizinkan sebab terlalu banyak cahaya. Selain itu, antara buruj yang berdekaran dengan Scorpius ialah Sagittarius (atas kiri) dan Libra (kanan).
Ada banyak lagi constellations lain yang saya dah jumpa. Akan share di next post.
0 Response to "Buruj Scorpius (Scorpius Constellation)"
Post a Comment